MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Kerajaan tidak halang pelajar terima wang ihsan

KEMAMAN: Kerajaan Terengganu tidak menghalang para pelajar dan murid-murid untuk menerima wang ihsan untuk melanjutkan pelajaran, tetapi persoalannya sama ada wang itu diperuntukan untuk bidang itu atau sebaliknya. Dalam Dialog Perdana antara rombongan Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kakitangan kerajaan Daerah Kemaman, kerajaan ditanya sama ada boleh pelajar-pelajar menerima bantuan ihsan untuk melanjutkan pelajaran dan murid-murid sekolah boleh mengambil bantuan wang itu atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang jika skim itu ada. Mengikut pengetahuannya, setakat ini wang ihsan tidak punya peruntukan bagi pelajar melanjutkan pelajaran. Hanya kerajaan saja yang ada peruntukan biasiswa dan pinjaman bagi para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah yang lebih tinggi.

Kerajaan Negeri tidak mendapat maklumat tentang bantuan seperti itu kerana wakil Yayasan Terengganu (YT) ada dalam jawatankuasa pendidikan. Sebelumnya beliau telah menjelaskan sungutan ibu bapa tentang murid-murid sekolah agama tidak dibenarkan menginap di asrama YT. Dato’ Haji Mustafa berkata, YT tidak menghalang murid-murid sekolah agama dari tinggal di asrama. Bagaimanapun dasar Yayasan ialah mengutamakan pelajar-pelajar yang jauh dari sekolah.







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com