BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Keputusan pilihan raya kecil Ketari dan tanggungjawab kita

Sebelum saya mendengar keputusan pilihan raya kecil Ketari, saya telah menduga BN akan menerima kemenangan yang besar. Analisis ini telah dibuat oleh ramai penulis yang terkenal seperti MGG Pillai, malah sdr Lim Kit Siang sendiri telah membuat telahan awal tentang beberapa kemungkinan.

Saya tak mahu buat analisis tentang kekalahan ini kerana saya percaya ramai penulis-penulis siber akan membuat analisis dalam artikal-artikal yang akan mendatang.

Apa yang nak saya utarakan di sini ialah tasawur kita tentang penyertaan dalam pilihan raya. kekalahan adalah perkara biasa. Semenjak pilihan raya awal PAS sentiasa kalah, malah pernah kalah teruk dalam pilihan raya tetapi perjuangan PAS tak pernah padam sehingga sekarang.

Soal memang atau kalah bukan perkara pokok. Memang kita mahu memang, tapi yang lebih utama ialah dakwah kita. Memberi kesedaran tentang Islam dan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.

Inilah beza yang cukup jelas di antara kita dengan UMNO. Jika tasawur kita tentang penyertaan dalam pilihan raya ini cukup jelas, maka apa-apa pun keputusan pilihan raya tidak sedikit pun akan melemahkan semangat perjuangan kita.

Ini cukup jelas telah diterangkan oleh YAB MB Terengganu dalam mana-mana tempat bahawa kita lebih rela kalah dalam pilihan raya akan datang dengan Isu Negara Islam. Bagi kita menjelaskan tentang konsep Negara Islam kepada orang Islam seperti UMNO dan bukan Islam seperti DAP, MCA dan lain-lain adalah lebih penting daripada strategi politik.

Memang banyak saya membaca analisis politik mengatakan bahawa tindakan MB Terengganu dalam menyatakan tentang konsep-konsep Negara Islam terlalu gopoh. Terlalu awal menyebut tentang 'karaj' (sejenis cukai kepada orang bukan Islam) dan lain-lain perkara sehinggakan hubungan dengan DAP sendiri, rakan BA menjadi rengang.

Perlu diketahui dan diingati, tanggungjawab kita terhadap Allah s.w.t adalah besar daripada kemenangan sesuatu pilihan raya. Dalam soal dakwah dan perjuangan Allah tidak sekali-kali bertanya kepada kita adakah kita menang dalam perjuangan menegakkan agamaNya. Yang ditanya sejauh manakah kita telah menyampaikan tentang Islam.

Dalam sejarah perjuangan telah ramai nabi-nabi yang mati dalam penyebaran dakwah, apakah kita boleh mengatakan nabi-nabi ini tidak bijaksana dalam strategi perjuangan ? gopoh dan tidak bijaksana ?

Setakat saya cukup berpuas hati dengan isu-isu yang dimainkan oleh kerajaan sendiri sebenarnya telah menunjukkan bahawa rakyat mula tahu dan insya-Allah akan faham bahawa Islam itu sempurna, adil dan saksama.

As-Syahid Qutb dalam kitabnya 'Pertunjuk Sepanjang Jalan' tentang hakikat 'La Illahaillah manhajul hayat' iaitu La Illahaillah sebagai panduan hidup, bahawa kita mesti mentauhid Allah bukan sahaja pada perbuatan dan percakapan, malah hati dan gambaran fikiran kita tentangNya pun mestilah suci.

Berapa ramaikah orang-orang Islam yang cukup jelas dalam fiirannya tentang Islam boleh memerintah, boleh menghadapi dunia dan kuasa luar ?

Kita cukup takut jika dalam hati dan pemikiran orang Islam ini ada keraguan tentang keupyaan Islam - Nazubillah kerana ini akan membuat kita tidak Islam sebenar-benarnya.

Dalam kesempatan yang ada, suasana politik masih memberi ruang kepada kita untuk menyebar maklumat dan memberi penerangan, maka kita perlu ambil kesempatan ini semaksimum yang mungkin untuk menyebar dakwah kita. Apakah bila perluang ini tiada maka perjuangan kita sudah tamat ?

Politik pilihan raya hanyalah wasilah perjuangan kita, oleh itu jangan kita mudah tertipu dengan helah politik ini.

Oleh itu kita mesti bergerak semaksimum yang mungkin. Jika kita seorang pegawai di satu-satu tempat, kita boleh menyebarkan maklumat Islam di tempat kita. Jika kita seorang guru, kita boleh menyebarkan maklumat perjuangan kita kepada anak didik kita. Jika kita seorang petani atau nelayan kita boleh sebarkan maklumat perjuangan kita. Apa pun kita, kita boleh berperanan. Inilah kelebihan kita yang UMNO atau BN tidak ada.

Jika semua kita mempunyai kefahaman tentang perjuangan ini, maka kita boleh bergerak di mana pun kita berada dan kita tidaklah memerlukan kewangan yang besar sebagaimana BN terpaksa membelanjakan wang yang besar mengerakkan jenteranya.

Oleh itu tingkatkanlah kefahaman Islam dan perhalusilah matlamat dan perjuangan kita.

Abu Jihad
Webmaster







______________________
Terbitan : 1 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com