Webreformis menjawab kenyataan Ketua Sekretariat Tetap Agama Pergerakan
Pemuda Umno, Ustaz Shamsul Najmi Samsuddin yang disiarkan oleh laman
web
Malaysiakini kononnya, mogok lapar adalah haram disisi Islam.
Kita melancarkan
Mogok Lapar sebagai ikhtiar kita apabila berdepan dengan kezaliman yang
dilakukan oleh pemerintah. Kita memilih cara aman, dengan menahan diri
kita
dari mengambil sebarang makanan sebagai tanda bantahan terhadap
kezaliman
tersebut.
Kita akui bahawa di dalam Al Quran tidak ada ayat yang menyuruh kita
Mogok
Lapar, tapi apakah hanya Al Quran sahaja sumber hukum kita? Selain Al
Quran
sumber hukum untuk seorang muslim (bermazhab Syafie) adalah Hadis,
Ijmak
Ulama dan Qias.
Al Quran hanya mengariskan dasar dan hadis menjelaskan
dasar, apa yang tidak dijelaskan oleh hadis akan ditelaah oleh
ulama-ulama
akan diputuskan dengan ijtihad mereka, kemudian baru datang Qias.
Sesuatu
tindakan penentangkan bagi sebuah kerajaan yang zalim, yang tidak ada
cara
lain melainkan dengan cara tersebut maka penentangan itu akan
memberikan
kesan -maka demi keadilan diperbolehkan.
Kita cadangkan Pemuda UMNO merujuk fatwa Syeikh Yusuf Qardawi berkenaan
dengan 'membunuh diri" merelakan diri dililit bom (seperti pejuang
intifada
Pelestin yang mahu keluar dari rejim Zionis) yang menghalalkan tindakan
'bunuh diri' tersebut bahkan mengiktiraf sebagi syahid peringkat
tertinggi.
Mogok Lapar yang dilakukan oleh teman-teman kita yang dizalimi jika
diistibat
kepada hukum yang di fatwakan oleh Qardawi adalah harus dan akan tiba
masa-masanya
menjadi wajib. Kita bertanya sejak bila Pemuda UMNO dan UMNO itu
sendiri
menrujuk kepada agama bagi setiap keputusan yang mereka ambil.
Kita ingin
soal mereka adakah menfitnah dan menuduh seseorang itu berzina dan
meliwat
tanpa bukti dan 4 saksi yang adil itu halal? Sejak bila mereka merujuk
Al
Quran, sedangkan pemimpin mereka tidak mempercayai Quran sebagai sumber
hukum? Adakah mencuri wang rakyat untuk kepentingan peribadi anak
pemimpin
tertinggi UMNO itu halal?
Adakah menyokong dan mempertahankan seorang
penzalim yang memeras dan menakutkan rakyat dengan menggunakan polis
itu
halal? Adakah menangkap dan menahan tanpa bicara beberapa pemimpin
parti
yang berlawanan dengan UMNO, kemudian mengurung mereka tanpa diketahui
tempoh
bebas mereka itu halal?
Akhirnya kita cadangkan kepada Pemuda UMNO supaya
berhenti memperalatkan seorang dua 'agamawan perut' demi cita-cita
politik
mereka serta menjadikan Al Quran dan agama sebagai bahan gurauan
mereka.
Amat memalukan apabila percakapan dan perbuatan harian mereka
bercanggah
dengan Al Quran itu sendiri.
Wartawan WR
http://www.webreformis.cjb.net
http://www.geocities.com/webreformis/mogok/0418_09.htm
______________________
Terbitan : 19 April 2002
Ke atas
Home