BANTU MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

UMNO BERGANTUNG PADA PATUNG UNTUK RAMPAS KELANTAN

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas kepada majoriti rakyat Kelantan khususnya masyarakat Islam kerana tidak terpengaruh dengan usaha jahat UMNO untuk menyesatkan mereka. Program syirik dan khurafat anjuran UMNO Kelantan semasa sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang disiarkan secara langsung ternyata gagal samasekali mendapat sambutan khususnya dari rakyat Kelantan. Ternyata patung burung yang diusung untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan sebenarnya adalah langkah yang amat memalukan serta menjatuhkan maruah Sultan Kelantan. Setelah UMNO sendiri tahu bahawa Mufti Kelantan serta beberapa orang ulamak menyatakan pembuatan patung tersebut adalah khurafat, namun demi keangkuhan pimpinan UMNO mereka terus menghadiahkan patung tersebut kepada Sultan Kelantan. Ini bermakna, UMNO telah memperlekehkan Sultan Kelantan dengan memberikan sesuatu yang haram kepada Sultan Kelantan.

Maka, di majlis tersebut terpacullah Ibrahim Al-Kataki meneruskan sandiwaranya menjilat Mahathir. Majlis di malam tersebut seolah-olah bukan sambutan hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi seolah-olah sambutan `Keputeraan Mahathir'. Ibrahim Al-Kataki terus mengampu sehinggakan mempelawa Mahathir untuk belajar memakan budu. Ucapan Ibrahim Al-Kataki yang bagaikan orang gila di atas pentas dengan penuh semangat umpama bercakap seorang diri. Tiada tepukan gemuruh menyambut ucapan beliau lebih-lebih lagi bila beliau mengampu Mahathir kerana semua telah maklum, siapakah Ibrahim Al-Kataki ini. Yang hadir hanya kelihatan tersenyum-senyum sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan percuma itu. Mereka tahu, bukankah Ibrahim Al-Kataki ini juga bercita-cita untuk kencing di atas kubur Mahathir semasa beliau di dalam Parti Semangat 46 dulu? Bahkan, semasa beliau dalam UMNO semula, beliau telah mengkritik hebat Mahathir semasa ucapan beliau di dalam majlis `Takkan Melayu Hilang Di Dunia'?

Begitulah kehebatan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan ini sehinggakan beliau sendiri menyatakan beliau sanggup menawarkan diri menanggung dosa sepanjang majlis khurafat tersebut. Dalam ucapannya, beliau berharap agar patung burung tersebut menjadi sumber kekuatan dan keberanian rakyat Kelantan untuk merampas Kerajaan Kelantan dari PAS. Begitulah hinanya UMNO Kelantan sehinggakan akhirnya terpaksa mencipta patung burung untuk merampas Kelantan. Jika dilihat usaha itu memang releven, kerana harapkan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada mereka semua juga seperti patung juga. Mereka tidak lagi mampu merubah kepimpinan yang haprak dalam UMNO itu sendiri. Maka, sewajarnya lah patung dicipta sebagai lambang simbolik kepimpinan UMNO yang ada.

Akhirnya, sekali lagi kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana rakyat Kelantan kini semakin mengetahui yang mana hak dan yang mana batil. Mereka semua hanya bergantung kepada Allah SWT dan bukannya kepada patung-patung ciptaan manusia ataupun manusia berupa patung. Biarkan saja Ibrahim Al-Kataki menggunakan kekuatan patungnya untuk menanggung dosa-dosa mereka yang ingin beliau tanggung itu. Semoga Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan mengembalikan hadiah haram tersebut kepada UMNO kerana mereka sahaja yang layak menyimpan patung tersebut.

ZULHAZMI NS







______________________
Terbitan : 15 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com