MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

MAHATHIR : PALESTIN KECEWA DAN GANAS

8 Mei 2002 bolehlah dicatat sebagai hari ini dalam sejarah bagi diri penulis..Sejarah mempersandingkan 4 orang pimpinan negara yang bermusuhan politik duduk sepentas di DBP anjuran ABIM dalam Majlis Syarahan Perdana bertajuk “Palestin dan Kemanusiaan”. Pertama, walau pun Mahatir ,PM Malaysia telah memerintah Malaysia selama lebih 21 tahun dan tiap tahun tidak kurang dari 4 kali ucapannya disiar secara langsung di tv dan radio,ia- itu ,ucapan Persidangan Umno , sambutan Tahun Baru, sambutan Hari Raya Eidil Fitri dan sambutan Hari Kemerdekaan, namun inilah pertama kali penulis memaksa diri untuk mendengar dari awal hingga tamat ucapanya itu..Sebelumnya tidak pernah penulis mahu membuang masa mendengar ucapan beliau yang merapu dan membebel.

Kedua ,di pentas DBP inilah merupakan julung-julung kali Mahatir mahu duduk bersama dengan pemimpin PAS yang sangat dimusuhi Mahatir.

Dan ketiga, inilah julung kali Presiden PAS diberikan ruang berucap secara live keseluruh Malaysia melalui RTM .

Kiranya penulis menjadi pengadil syarahan pada malam itu,maka beberapa faktor perlu dipertimbangkan. Pertama apakah tajuk syarahan perdana itu dipatuhi dan tidak menyimpang oleh masing-masing pensyarah. Kedua apakah pensyarah-penyarah meghormati pendidrian teman sejawat,ertinya sama-sama meghormati sesama pemimpin parti politik. Dan ketiga tidak ada unsur perli memerli atau sindir menyindir antara pensyarah.

Berdasar faktor-faktor tesebut,maka penulis memberikan markah kepada Mahatir hanya 20% markah berbanding Ustaz Fadil Nor boleh diberikan 75%.

Pertama,Mahatir jelas telah menyimpang jauh dari tajuk syarahan “Palestin dan Kemanusian”. Mahatir lebih banyak bercakap tentang perasaan orang kecewa dan cara mengatasi kekecewaan .Mahatir tidak langsung menyentuh sejarah dan nilai manusia yang tertindas,diganasi dan dibunuh.Mahatir tidak ada langsung memberikan kredit bahawa bumi yang diduduki Israel itu adalah bumi Palestin yang dirampas oleh Yahudi. Mahatir tetap berpendirian bahawa orang Palestin adalah orang kecewa. Orang kecewa jangan bertindak membabi buta nasihat Mahatir.Oleh kerana itu Mahatir terus beranggapan bahawa meletupkan diri bersama bom oleh Palestin dan perjuangan intifada adalah sia-sia dan perbuatan ganas. Intifada kepada Mahatir adalah gerakan pengganas.Perbuatan itu harus dihentikan segera.

Tambah Mahatir ,Intifada diibaratkan sama seperti orang Melayu yang tertekan dan mengamuk. Mahatir cuba memberikan persamaan bahawa orang Melayu yang kecewa dan mengamuk menggunakan parang adalah sama dengan pejuang-pejuang Palestin yang berjihad dan mati syahid .

Mahatir beranggapan bahawa nilai manusia /roh Palestin sama dengan nilai /roh pejuang Palestin Mahatir tidak langsung mempedulikan pandangan Dr.Yusof Qardawi dan ulama Mesir, Syeikh Tantawi bahawa pejuang intifada adalah syahid. Jangkan ulamak dari dunia Arab ingin melebelkan orang Melayu mengamuk sebagai syahid,ulamak barua Mahatir pun tidak akan memfatwakan Melayu mengamuk sebagai syahid.Mati kataklah Melayu yang mengamuk itu.

Kedua,penulis dapati ,Mahatir telah menyindir pemimpin PAS dalam mukadimahnya.Dipertengahan dan akhir ucapannya,Mahatir masih menyindir PAS dalam kes perpaduan ummah.Tetapi Fadil Nor tidak sekali pun membuat sindiran kepada Mahatir atau memerli pendirian politik Mahatir. Padahal Fadil Nor boleh menyentuh kes Mahafuz yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara oleh Mahatir selama sebulan kerana membuat bantahan atas kedatangan pemain kriket Israel di Kuala Lumur satu masa dahulu.Dalam ucapan Mahatir terang-terang mengatakan bahawa yang jahat dan ganas bukan Yahudi tetapi adalah Negara Israel. Mahatir adalah contoh klasik pemimpin desperate dan lidah biawak.Jika Israel jahat dan ganas mengapa Mahfuz didapati bersalah dan disumbat dipenjara Kajang kerana membuat bantahan kedatangan pemain kriket Israel di Kuala Lumpur?.

Jelas ,Mahatir memang sengaja membutakan diri jika sejarah itu merugikan pandangan dan kepetingan politiknya.Negara Israel wujud adalah kerana sokongan Yahudi seluruh dunia yang mendesak US dan Britain merampas tanah milik Palestin dijadikan Negara Israel.Sungguh mengherankan bagaimana Mahatir yang haprak lagi berpekong itu mengatakan Yahudi baik.

Jelas dikaca tv,Mahatir sangat herhati-hati ketika menyentuh kes keburukan dan keganasan Israel/Yahudi.Audian Umno tertepuk sakan bila Mahatir mengatakan Kerajaan Israel yang jahat tetapi Yahudi baik..Umno Melayu memang mudah lupa.Jika Mahatir dan Umno bersetuju yang yahudi baik , mengapa Umno mesti melenting apabila pemimpin PAS menyamakan tingkah laku dan perangai pemimpin Umno macam Yahudi?.

Ketiga,Mahatir tidak langsung menghormati pendirian parti teman sejawat. Pentas DBP digunakan Mahatir untuk menyidir PAS. Kononnya PAS hanya pandai menyeru OIC atau negara Arab Islam untuk bersatu tetapi PAS sendiri adalah sebagai penyebab perpecahan umat Islam di Malaysia. Jangan minta Arab bersatu.Bersatulah sesama Islam di Malaysia lebih dulu sindir Mahatir yang ditujukan kepada Ustaz Fadil/Hadi Awang. Dipentas tersebut Mahatir dengan bongkak menyatakan yang ia akan ke US mengadap Bush supaya dapat berbincang masalah orang Palestin. Mahatir menggunakan pentas “Palestin dan Kemanusiaan” seolah-olah semua umat Islam dimalysia merestuai pemergiannya untuk melacurkan diri dihadapan Bush.

Siapa sebagai perancang program syarahan perdana malam itu? .Apakah program memang idea ABIM atau sebaliknya. Jika ABIM secara jujur mengatur dan meminta Mahatir memberikan syarahan bersama Fadil Nor,tentu Mahatir akan menolak .Tetapi jika Mahatir mencadangkan atau memberikan klu kepada ABIM akan idea masalah Palestin perlu dibincang bersama pemimpin Islam Malaysia,tentu ABIM menerima dengan baik.Kemudian ABIM sebagai orang tengah mencadangkan hal yang sama kepada PAS,pasti PAS juga tanpa usul periksa menerima baik cadangan itu sebab ABIM sifatnya adalah non-partisan dan berdakwah.

Tetapi jika idea masalah Palestin secara terbuka dilontarkan oleh sama ada Mahatir atau Fadil Nor pasti kedua pemimpin lebih berhati-hati untuk menerima pelawaan itu.

Namun demikian usaha ABIM tidak perlu disangsikan kerana jika ia menjadi orang tengah adalah bertujuan berdakwah dan memberikan ruang kepada Fadil Nor untuk memberikan pandangannya terhadap Palestin. Tetapi oleh kerana mungkin perangkap memang dibuat oleh Mahatir ,maka kerana itu ucapan Mahatir lebih banyak menyindir PAS pada malam bersejarah tersebut.

Namun demikian penulis berharap ABIM dapat menganjurkan siri dua syarahan perdana tersebut. Jika Presiden dari kedua parti sudah kepentas,maka dicadangakan pula Timbalan Presiden dari kedua parti mendapat giliran masing-masing. Kali ini TPM pula memulakan ucapan dan diikuti Timbalan Presiden PAS. Seterusnya ada pula siri ketiga,Naib-Naib Prediden dari kedua parti yang bermusuhan pula diberikan giliran dengan tajuk syarahan “ Malaysia dan Kemanusiaan”.

Dan seterusnya, siri keempat ABIM harus memulakan langkah muzakarah antara PAS dan UMNO dipentas DBP dan disiarkan secara live.

Dr.Seri Bulan







______________________
Terbitan : 16 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com