MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Khalid Jafri menjerat Umno

Oleh Aman Rais

Keris makan tuan! Mungkin itulah situasi yang menimpa Umno sekarang. Pengarang dan penerbit Khalid Jafri yang dulunya pernah dianggap sebagai `hero' kini menimbulkan masalah pula kepada parti pemerintah itu. Perdana Sari, akhbar tabloid milik Khalid telah mendatangkan masalah kepada Umno dan para pemimpinnya apabila mendakwa Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said sebagai lesb***.

Dakwaan itu, walaupun belum pasti kebenarannya, namum ia bukan sahaja memalukan Azalina dan Puteri, malah Umno keseluruhannya. Dakwaan akhbar tabloid itu telah meletakkan Umno dan presidennya dalam dilema. Rakyat membandingkan kes Azalina ini dengan bekas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah didakwa sebagai peliwat oleh Khalid di dalam buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM'.

Kini rakyat bertanya apa bezanya dakwaan Khalid terhadap Azalina dengan dakwaannya terhadap Anwar. Kedua-dua dakwaan itu melibatkan skandal seks dan kedua-dua mereka adalah pemimpin utama Umno. Mereka bertanya mengapa kes Anwar mendapat perhatian presiden parti hingga diheret ke mahkamah dan kes Azalina cuba disenyapkan begitu sahaja. Rakyat mahu Azalina mempertahankan dirinya bagi membersihkan segala dakwaan Perdana Sari itu kerana bagi mereka pelbagai spekulasi negatif akan timbul jika Azalina berdiam diri.

Sesungguhnya laporan Perdana Sari ini amat besar implikasinya. Bukan sahaja ia menyerang Azalina tetapi meletakkan Umno dan presiden parti itu dalam keadaan tersepit. Tidak hairanlah mengapa permit penerbitan akhbar ini dibatalkan dalam sekelip mata. Azalina mungkin tidak begitu tertekan dengan kes ini kerana sebagai seorang peguam beliau tahu sejauh mana kesan dan tindakan yang menimpa dirinya.

Tetapi bagi Umno, luka lebih parah. Parti-parti pembangkang kini mempunyai modal baru untuk memburuk-burukkan Umno. Presiden parti dan Umno akan dicop sebagai bersikap `double standard'. Modal politik Isu Anwar akan dengan dibangkitkan semula. Rakyat, khususnya ahli-ahli Umno, akan diajak berfikir dan akan bertanya "mengapa Azalina terselamat dan mengapa Anwar dikenakan tindakan sebelum mahkamah mensabitkan kesalahannya?".

Rakyat akan menyoal mengapa pucuk pimpinan Umno secara tiba-tiba pula tidak lagi mempercayai Khalid sedangkan dua tahun lalu dakwaannya di dalam buku `50 Dalil.....' begitu dipercayai. Apa yang didakwa oleh Perdana Sari ini bukannya isu kecil. Ia tidak mudah ditutup sebagaiman mudahnya membatalkan permit penerbitan akhbar tersebut.

Perdana Sari mungkin sudah berkubur tetapi apa yang didakwanya terhadap Azalina akan terus diingati dan dibangkitkan sebagai modal politik. Bukan sahaja orang PAS, DAP dan Keadilan akan memainkan isu ini, tetapi musuh-musuh Azalina dalam Umno juga akan terus menghidupkan isu ini dari masa ke semasa. Khalid kali ini menjerat Umno walaupun beliau menjelaskan bahawa yang diserang oleh akhbarnya bukan Umno atau Puteri Umno tetapi Azalina.

Umno terjerat oleh `heronya' sendiri! Sekali lagi Khalid mengegarkan negara, tetapi kali ini beliau tersilap langkah dan akibatnya Datuk Seri Mahatahir Mohamad menyifatkan apa yang dilaporkan oleh Perdana Sari itu sebagai "kerja orang muflis yang tidak ada kerja".







______________________
Terbitan : 12 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com