MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Student IPT...

Mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri kedah, Fadzil Hanaf tentang pelajar IPTA kerap kena cekup dalam operasi mencegah maksiat di Kedah, http://www.emedia.com.my/z/Current_News/HM/Wednesday/National/20020508093242, dan kes tangkapan pelajar IPT kerana terlibat dengan konsert haram http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Wednesday/National/20020508094623,

saya merasakan bahawa faktor utama yang memyebabkan pelajar kita terutamanya pelajar melayu gagal atau tidak cemerlang di IPT adalah kerana cinta (ada yang pergi jauh sehingga melakukan maksiat seperti didalam gambar pelajar UiTM baru-baru ini serta kerana frust bercinta), hiburan (thrash/rap/ black metal dll) dan malas pergi ke kelas (lebih suka tidur dan main computer games di asrama/rumah sewa).

Faktor-faktor ini adalah faktor utama kerana kebanyakan pelajar terlibat. Walaupun terlibat didalam aktiviti kepartian juga menyumbang kepada kemerosotan kecemerlangan pelajar-pelajar melayu, tetapi ianya adalah faktor kecil kerana peratusan pelajar yang aktif didalam politik kampus dan luar kampus adalah kecil dan kebanyakan yang terlibat adalah cemerlang akademiknya (kerana itu mereka boleh bertanding didalam pilihanraya kampus yang memerlukan seseorang calon itu adalah cemerlang didalam akademik). Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa sebilangan besar pelajar adalah tidak berminat dengan politik dan tidak ingin mengambil tahu perkembangan politik tahanair. Mereka lebih berminat untuk mencari pasangan cinta, pergi ke konsert-konsert atau bersantai/lepak di KLCC dari mengambil tahu akan perkembangan politik.

Tetapi atas dasar kepentingan politik, pemimpin BN/UMNO, terutamanya PM sendiri menyalahkan penglibatan pelajar-pelajar ini didalam politik kampus dan luar kampus dan melupakan faktor-faktor yang lebih utama didalam menangani masalah kecemerlangan pelajar melayu di IPT.

Akibatnya, kebanyakan pentadbiran IPT lebih menumpukan kepada usaha-usaha membenteras kegiatan yang cenderung kepada politik luar kampus (politik UMNO/BN di bolehkan pulak) terutamanya yang cenderung kepada pembangkang. malah sampai ke peringkat membuang/menggantung mereka ini dari pengajian serta melebel mereka sebagai militan. selain dari itu juga, pelajar-pelajar IPT dipaksa menandatangani akujanji yang bersifat menekan para pelajar. Di masa yang sama, faktor - faktor utama yang menyebabkan pelajar Melayu tidak cemerlang tidak diambil tindakan, malah sesetengahnya digalakkan seperti menganjurkan konsert semasa pesta konvo dan di masa yang sama mengurangkan subjek pengajian Islam seperti yang dilakukan oleh pihak UiTM.

Oleh itu, jika faktor faktor utama tidak dibenteras, pelajar-pelajar melayu akan terus hanyut dalam alam percintaan dan maksiat, dibuai dengan hiburan serta terus malas. Maka dengan ini, masalah ketidak cemerlangan pelajar Melayu akan terus berlaku.

Ini membuktikan bahawa dakwaan kecenderungan politik pelajar kepada pembangkang sebagai punca pelajar melayu tidak cemerlang adalah semata-mata bersifat kepentingan politik sempit BN/UMNO kerana kerajaan BN/UMNO merasakan pelajar-plajar ini cenderung kepada pembangkang. Akujanji yang dipaksakan juga adalah bersifat politik untuk kepentingan BN/UMNO, bukan untuk menjamin kecemerlangan pelajar - pelajar IPT.

Jika pihak kerajaan betul-betul jujur untuk mengatasi masalah ketidak cemerlangan pelajar-pelajar IPT, mere perlulah menangani secara lebih serious faktor-faktor utama yang telah disebutkan tadi, bukan hanya menumpukan faktor-faktor kecil seperti kecenderungan sebilangan pelajar kepada pembangkang.

Anak perelih

=====







______________________
Terbitan : 12 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com