Ni cerita sandiwara jugak ke macam cerita Fauzi yang terus "pupus" di
telan dek "masa" tanpa
apa-apa keputusan dan tindakan. Sudah jdi lumrah parti UMno dari dulu,
kini dan selamanya...
KAMI MALU DENGAN TINDAKAN 2 AHLI BADAN BERTINDAK KLANG
Anonymous menulis...
"Pemerhati politik Klang
Kepulangan Perdana Menteri kita ketanah air disambut dengan sekeping
writ saman dari Ahli UMNO
bahagian Klang, Saudara Othman Ibrahim (Othman bengkel) keahlian
00105800 dan saudara Zulkeflee
Abu dari cawangan selat selatan bernombor keahlian 2941646.
Dua ahli Umno memfailkan saman mereka ke atas Presiden parti, Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad dan
juga Setiausaha Agung, Tan Sri Khalil Yakob kerana kegagalan
mengisytiharkan mesyuarat perwakilan
Umno Bahagian Klang bagi tahun 2001 dan 2002 sebagai tidak sah dan
terbatal di Mahkamah Tinggi, di
sini, Jumaat.
Othman merupakan bekas bendahari cawangan Pelabuhan Klang sementara
Zulkifre adalah bekas ahli
jawatankuasa cawangan Selat Selatan.
Di dalam writ saman difailkan itu, mereka memohon agar mesyuarat
perwakilan Umno bahagian Klang
bagi tahun 2001 dan 2002 dipanggil semula dan segala urusan termasuk
pemilihan jawatankuasa
bahagian dijalankan semula .
Mereka turut memohon mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu pada 22
April, 2001 dan 17 April,
2002, diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal. Ketua Umno Bahagian
Klang ialah Datuk Zakaria
Md Derus.
Menurut saman yang difailkan melalui Tetuan Teng Chang Khim & Co,
mesyuarat itu telah dicemari
dengan kehadiran 11 cawangan Umno yang telah dibubarkan sementara oleh
Pendaftar Pertubuhan di
bawah seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 dari Oktober hingga Disember
2000.
Dua orang ahli umno ini merupakan wakil kepada sebuah badan bertindak
yang telah ditubuhkan kerana
tewas dalam pemilihan bahagian UMNO bahagian Klang tahun 2001 dan 2002
dan sering mencari
kesilapan dan juga kesalahan yang dilakukan oleh Dato’ Zakaria Mohd
Derus. Mereka juga menggunakan
sebuah laman web untuk mencapai matlamat mereka bagi memburukkan Dato’
Zakaria.
Rentetan laporan Polis yang mereka lakukan terhadap Dato’ Zakaria
beberapa bulan yang lalu yang
telah menyalahi perlembagaan UMNO, Kini mereka pula seolah-olah mehu
menconteng arang dan
memburukkan imej UMNO Selangor dengan sikap mereka yang gilakan kuasa
ini dengan menyaman pula
Perdana Menteri Malaysia (Presiden UMNO) dan juga Setiausaha Agung, Tan
Sri Khalil Yakob.
Perbuatan ini adalah di anggap melampau oleh semua ahli UMNO Selangor
dan menyaran agar kemelut
UMNO Klang ini dapat di selesaikan dengan secepat mungkin memandangkan
kemungkinan pilihan raya
akan di adakan secepat mungkin. Kita harus menyingkir kesemua
mereka-mereka yang terlibat didalam
kemelut UMNO Klang ini bagi memulihkan kembali imej UMNO Selangor.
Kumpulan bertindak ini juga telah melakukan tindakan-tindakan yang
melampaui batas di mana
tindakan mereka lebih buruk dari pembangkang. Perbuatan mereka menarik
Perdana Menteri di dalam
kemelut UMNO Bahagian Klang ini melalui makahmah amat dikesali. Di
fahamkan perhubungan UMNO
negeri akan bermesyuarat pada hari selasa ini bagi membincangkan
perkara ini. Seharusnya
Perhubungan UMNO Selangor mengambil tindakan yang sewajarnya dengan
memecat mereka yang bersikap
“kurang ajar” ini bersama konco-konco mereka yang sering membuat kacau
di UMNO bahagian Klang ini.
****************************************************************
BADAN BERTINDAK TIDAK HADHIR MASYUARAT BAHGIAN KLANG ?????
Posted on Saturday, April 20 @ 14:39:42 MYT by
Pemerhati UMNO Bahagian Klang.
Klang- 17 hb April 2002
Perjalanan Mesyuarat UMNO Bahagian Klang telah berjalan begitu tersusun
dan dengan lancar sekali
pada 17 hb April 2002 Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Sri Isa Samad
telah diberikan
penghormatan untuk merasmikan mesyuarat ini.
Hampir kesemua ketua cawangan dari 69 cawangan telah turut hadir
melainkan 10 ketua cawangan yang
tidak menghadirkan diri, 5 dari cawangan juga telah di hadiri oleh
perwakilan tetapi tanpa
kehadiran ketua cawangan mereka.
Mesyuarat juga telah memilih 7 orang perwakilan untuk menghadiri
perhimpunan UMNO Malaysia bagi
mewakili Bahagian Klang
Tiada perkara yang serius yang telah dibangkitkan , malainkan usul yang
di bawa oleh En Sharrif
Yamin , perwakilan dari Telok Gadung yang mengusulkan agar Dato’
menilaikan kembali , sebab-sebab
mengapa 15 ketua cawangan yang tidak menghadiri Mesyuarat Bahagian
Klang pada kali ini.
Dato Zakaria selaku ketua Bahagian, di dalam ucapannya telah merakamkan
ucapan ribuan Terima Kasih
dan berbesar hati menerima sebarang teguran dengan hati yang terbuka
seandainya ia dilakukan
mengikut saluran yang betul dan beliau berjanji akan meneliti usul ini.
Klang yang dilanda masalah ketidakpuasan hati sebilangan ahli yang
tewas ketika pemilihan Bahagian
dahulu telah menubuhkan satu badan yang di namakan “badan bertindak”
yang terus bertali arus
menentang pucuk pimpinan Dato’ Zakaria.
Badan Bertindak ini yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka
terus menerus mencari
kesilapan pimpinan Dato’ Zakaria dan cuba untuk mengulingkan pimpinan
Dato’ Zakaria dengan
memburukkan beliau di sebuah laman web. Namun sikap Dato’ Zakaria yang
tidak mahu mengeruhkan
suasana politik UMNO dengan masalah dalaman ini telah memberikan satu
kesan di mana lebih dari 54
cawangan telah menyokong beliau dan bersimpati kepada beliau diatas
segala tindakan “badan
Bertindak ini yang seolah-olah memainkan peranan sebagai pembangkang.
Menurut salah seoarang jurucakap Dato’ Zakaria Mohd Derus, Dato Zack
tidak mahu mengeruhkan krisis
ketidakpuasan hati ini dengan memburukkan mereka-mereka yang kini hebat
memburukkan beliau,
walaubagaimana pun beliau kini sedang meneliti semua fakta-fakta
peribadi mereka-mereka ini dan
tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan jika keadaan memaksa beliau
melakukannya.
Beliau juga menjelaskan, 15 ketua cawangan ini sengaja tidak hadir ke
Mesyuarat Bahagian, kerana
mereka telah menyedari akan tiada sokongan dari cawangan yang lain,dan
kemungkinan takut untuk
menghadapi perwakilan yang memberikan sokongan padu keatas pimpinan
Dato’ Zack.
Walaupun mereka telah menyenaraikan 7 nama untuk bertanding bagi
merebut tempat ke perwakilan 7
namun hanya 3 dari antara mereka yang bertanding dan menerima kekalahan
yang teruk dengan ada yang
mendapat undi sendiri sahaja dan selebihnya hanya mendapat tidak lebih
dari tiga undi sahaja.
Dato’ Zakaria , bagaimanapun akan terus meneraju bahagian
Klang seperti yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli UMNO bahagian
ini.Beliau tidak akan melayan
segala remeh-temeh yang sengaja di bangkitkan oleh kumpulan ini yang
sengaja mahu merosakan nama
baik beliau dan UMNO Bahgian Klang.
Kesemua mereka yang didalam badan bertindak ini sebenar adalah
orang-orang yang telah banyak
menerima pertolongan Dato’ Zakaria secara peribadi.
Ada di antara mereka telah mendapatkan sekeping tanah hasil pertolongan
Dato’ Zack dan juga ada di
kalangan mereka yang menerima sumbangan peribadi dari Dato’ Zack
sendiri.
Insyaalah jika keadaan yang memerlukan kami menghantar perihal peribadi
Cik Gu Sharrif dan juga
rakan-rakan mereka dan juga penyalahgunaan pejabat mereka di baangunan
Hotel Cryistal Crown, kami
akan melakukannya. Sekian
Assalamualaikum.
Note: Kami mengalu-alukan laporan mesyuarat Bahagian , sila hantar kan
laporan anda. Terima Kasih
kepada wakil Klang, wakil Sepang, laporan plss. sdr Zainal.
______________________
Terbitan : 24 Mei 2002
Ke atas
Home