Mahathir Pekak
Dalam desakan rakyat yang semakin kuat untuk meminta dimansuhkan ISA dan tahanan terutamanya tahanan politik reformasi ISA dibicarakan tiba-tiba Rejim Zalim Mahathir Mohamad sekali lagi dengan sombong melakukan 12 tangkapan baru ISA. Kali ini yang menjadi mangsanya ialah sekumpulan yang digelar KMM. Tangkapan terbaru ini termasuk suri rumah yang mempunyai anak kecil. Ini membuktikan kepekakan rejim gila Mahathir. Semua harus sedar dan bangkit sekarang kerana anda semua berpotensi menjadi mangsa ISA maka sebelum anda ditangkap sertailah gerakan mansuhkan ISA.
Beri sokongan dengan melawat Pusat Mogok Lapar Gerakan Mansuhkan ISA di Pusat Tarbiyah PAS Taman Melewar berikan sokongan anda.
.................
YAB Dato Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi dan KDN penipu
Mengikut laporan web UMNO-online dan beberapa media lain Menteri Dalam Negeri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan semua tahanan ISA sihat dan telah mula mengambil makanan sejak Rabu.Menurut beliau lagi Dato' Seri Anwar juga telah memberhentikan penyertaannya dalam Kempen Mogok Lapar Menentang ISA kerana selsema.
Pn Zumrah, isteri Ust. Dr Badrul Amin Baharon ketika di temui jam 3.00 petang tadi menyatakan " Suami saya dan 5 rakan yang lain tetap meneruskan mogok lapar. Tahanan Politik Reformasi ISA di KEMTA memulakan mogok sejak 10 April dan 2 hari lepas mengambil keputusan nekad mogok dengan menolak air pun keranan kem menafikan hak perubatan Ust Dr Badrul dan Sdr Hishammuddin Rais yang kini mengalami tekanan darah tinggi yang teruk dan kadar gula dalam darah yang turun mendadak. Namun semalam mereka difahamkan telah mengambil air kerana kedua-dua tahanan telah mula mendapat rawatan doktor di Klinik KEMTA."
Ini membuktikan Dollah dan KDN penipu. YM Raja Petra ketua pemogok dan Pengarah Kempen Pembebasan Anwar FAC " Ini mengingatkan kita kepada kejadian ketika Anwar dibelasah Ketua Polis Negara dimana walaupun Anwar parah tetapi kenyataan KDN bahawa Anwar sihat."
Tambah YM Raja Petra yang juga sepupu DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Selangor menambah " Ini semua tidak menghairankan kerana ini bukan kali pertama mereka menipu, namun kita akan berusaha meyakinkan rakyat ."
FREE ANWAR CAMPAIGN (FAC)
______________________
Terbitan : 4 Mei 2002
Ke atas
Home