MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

PENDUDUK SG. ISAP KECEWA KENYATAAN KERAJAAN NEGERI

Ekoran tiada jaminan banjir tidak akan berlaku lagi
PENDUDUK SG. ISAP KECEWA KENYATAAN KERAJAAN NEGERI

KUANTAN : Rata-rata penduduk perkampungan Sg. Isap di sini kecewa dengan kenyataan Kerajaan Negeri tidak memberi jaminan banjir tidak akan berlaku lagi di tempat tinggal mereka. Kenyataan tersebut di keluarkan semasa pertemuan dalam Majlis Dialog Sultan Pahang dengan mangsa banjir Sg.Isap baru-baru ini. Walaupun kenyataan tersebut diucapkan oleh Sultan Pahang, namun sebenarnya ianya adalah jelas merupakan kenyataan rasmi oleh Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

Inikah dia “Tradisi Membela Rakyat” yang dilaungkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini ? Tiada jaminan bermaksud banjir akan berlaku lagi. Pengalaman ngeri yang menimpa hampir keseluruhan penduduk Sg.Isap masih tidak dapat dilupakan. Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan. Menurut seorang penduduk yang enggan namanya di siarkan , “ Sepatutnya sebagai Kerajaan, haruslah memberikan jaminan yang positif kepada rakyat, walaupun ianya akan berlaku lagi di masa akan datang. Sekurang-kurang kami penduduk Sg.Isap boleh tidur lena. Dengan kenyataan tersebut kebanyakkan antara kami hidup dalam ketakutan, terutamanya apabila berlaku hujan lebat di kawasan ini, kami tidak mahu kejadian banjir besar hujung tahun lalu menimpa kembali”. Katanya.

Menurut seorang pemerhati politik, jaminan banjir akan berlaku lagi oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini adalah gimik politik untuk mengancam para penduduk di Perkampungan Sg.Isap agar mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya tidak lama lagi. Kerusi DUN Penor, melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya dirampas oleh PAS dalam pilihanraya lalu. Ini merupakan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri, kerana kerusi Dun Penur terletak begitu hampir dengan pusat bandar Kuantan. Perkampungan Sg. Isap pula didiami hampir 100% penduduk berbangsa Melayu. Inilah ancaman terbesar Kerajaan Negeri bagi memastikan penduduk kembali memilih BN dalam pilihanraya umum nanti.

Tidak kurang juga yang menyatakan langkah Kerajaan Negeri mengeluarkan kenyataan tersebut , jelas membuktikan bahawa penebangan balak secara berleluasa adalah menjadi punca kepada banjir lumpur yang melanda Kuantan dulu. Semasa banjir dulu , ada yang mengatakan ianya tidak akan berlaku lagi kerana terjadi 30 tahun sekali. Itu seandainya hutan balak tidak ditebang, tetapi sekarang hutan sudah tiada . Bukit sudah gondol. Tadahan hujan sudah tiada. Mana mungkin menunggu setahun dua untuk pokok balak tumbuh semula. Disebabkan perkara inilah Kerajaan Negeri Pahang tidak memberi jaminan banjir tidak akan berlaku lagi di Perkampungan Sg. Isap baru-baru ini.

Justeru itu sebagai rakyat, adakah kerajaan yang celupar dan tidak bertanggungjawab seperti ini harus dipilih sebagai kerajaan ? . Bukankah banjir besar yang berlaku tempohari juga melibatkan penyokong-penyokong UMNO. Apa yang melucukan juga majlis dialog yang diadakan tempohari terpaksa dijalan dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat yang turun sebelum majlis dimulakan. Secara tidak langsung agaknya akibat hujan yang turun inilah Kerajaan Negeri tidak berani memberi jaminan yang banjir tidak akan berlaku lagi di Perkampungan Sg. Isap. Lebih melucukan lagi, sesi dialog dengan Sultan yang diadakan adalah sandiwara politik semata-mata. Ini kerana soalan dan jawapan sudah siap disediakan. Malahan orang yang ingin bertanya juga sudah dipilih lebih awal lagi. Yang hairannya sesi dialog juga ada latihan persediaan “reahesel”. Tujuannya untuk memastikan program berjalan lancar. Sepatutnya sesi dialog perlu diadakan secara lebih terbuka. Biarkan penduduk Sg.Isap bertanya soalan masing-masing. Kerana ramai penduduk yang ingin bertanya tidak mempunyai peluang, akibat daripada pihak penganjur sudah menetapkan soalan dan orang yang ingin bertanya. Sebab itulah soalan yang ditanya , kebanyakannya soalan yang “tidak panas”. Maklumlah mereka yang dipilih untuk bertanya pula adalah terdiri daripada penyokong UMNO dan kerajaan. Mana mungkin mereka akan mengajukan soalan yang “panas”, kerana ianya akan menjatuhkan imej Kerajaan Barisan Nasional. Inilah dia kerja UMNO, sesi dialog dengan Sultan Pahang pun terpaksa disandiwarakan oleh pelakon-pelakon tambahan yang dikawal dari jauh dengan “remote control”.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!
Lawan Tetap Lawan !!
"Kalau Takutkan Perjuangan
Jangan Bicara Soal Keadilan"

CUCU MAT KILAU
Pahang DM







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com