MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

APA RAHSIA BESAR TAIB AZAMUDDEEN?

Assalamualaikum,

Ada beberapa isu menarik yang boleh diketengahkan oleh penulis untuk diperbincangkan bersama dengan para pengikut alam cyber ini. Biarpun ramai yang telah mengulas, namun masih ada kalangan puak-puak tertentu yang masih dengan sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan tajaan-tajaan soalan yang hanya layak dibakul sampahkan.

Meneliti dari awal isu `rahsia besar` ini, Zam selaku pendokong KERAjaan dilihat cuba menjerat Ustaz Taib Azamuddeen supaya mendedahkan apakah dia rahsia besar itu. Dengan hanya bersumberkan sebuah pita video yang mengandungi rakaman pengakuan mangsa liwat DSAI dengan disaksikan oleh Ustaz Taib Azamuddeen sendiri, keangkuhan Zam mencabar Ustaz Taib Azamuddeen telah dicanang dengan gahnya samada di dalam akhbar-akhbar perdana mahupun media elektronik. Tidak cukup dengan itu, ulasan-ulasan turut dibuat oleh juak-juaknya bagi mengukuhkan cabaran beliau itu ke atas Ustaz Taib Azamuddeen.

Bagaimanapun, cabaran tinggi melangit yang dilaung-laungkan itu terus padam seumpama api lilin yang dihembus dengan sekali tiup sahaja. Tiada ulasan selari dibuat dari juak-juak Zam mahupun dari kepala juak turut tidak kedengaran. Diam membisu seribu bahasa, terkedu tanpa dapat berkata-kata. Gara-gara cabaran Zam itu, akhirnya memaksa Ustaz Taib Azamuddeen menjemput semua wartawan media cetak dan elektronik untuk hadir ke majlis sidang akhbar yang dibuat baru-baru ini untuk menjelaskan `rahsia besar` tersebut.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh cabaran bodoh yang dibuat oleh Zam itu. Apa yang ingin penulis sentuh hanyalah sumber `resmi` yang digunakan oleh Zam iaitu pita video yang mengandungi rakaman perbualan pengakuan mangsa liwat DSAI dengan Ustaz Taib Azamuddeen. Menurut sumber-sumber dari juak sana, ramai yang telah menyaksikan pita video itu termasuklah pimpinan-pimpinan tertinggi PAS dan mungkin juga BA. Cuma soalnya sekarang, kenapa selaku orang yang dikenali ramai sebagai mufti, ulamak dan kini Ahli Parlimen, Ustaz Taib Azamuddeen tidak sanggup berdepan dengan realiti sebenar untuk mendedahkan apa yang telah berlaku berhubung dengan rahsia besar itu (dalam konteks ini dilihat merujuk kepada rakaman pita video itu)?

Penulis ingin mengajak pembaca sekalian untuk merenung fakta-fakta di bawah akan rasionalnya isu rakaman yang terdapat dalam pita video itu adalah palsu belaka.

1. KAITAN DENGAN KES PERBICARAAN DSAI

Umum telah mengetahui bagaimana kini DSAI sedang merengkok dipenjara Sungai Buloh hasil akibat apa yang dipanggil konspirasi jahat pihak atasan ke atas beliau. Pastinya penyokong-penyokong BA terutamanya dari kalangan Parti Keadilan Nasional masih ingat akan perbicaraan kes DSAI dua tahun yang lalu bagaimana berpuluh-puluh bukti direka cipta dan saksi-saksi palsu dipanggil oleh pihak pendakwa. Salah satu daripadanya ialah sebuah tilam yang terpaksa diusung keluar masuk mahkamah oleh barua-barua kerajaan bagi disoal siasat yang akhirnya menyaksikan tilam yang bisu itu terus membisu seribu bahasa tanpa dapat dibuktikan relevansinya ke atas kes DSAI oleh pendakwa.

Begitu jugalah halnya dengan pita video itu. Kenapakah pada ketika itu, pita video ini tidak dijadikan sebagi bahan bukti utama dan Ustaz Taib Azamuddeen pula tidak dipanggil untuk hadir sebagai saksi utama pihak Pendakwa semasa perbicaraan kes DSAI lalu? Kerana, jika dilihat dari sudut perundangan kanggaroo, relevansinya bahan bukti itu memang ada dan ianya sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman ke atas DSIA. Maka, tidak perlulah dijalankan perbicaraan panjang-panjang sehingga melampaui 3/4 bulan...

Bermakna di sini, kewujudan pita video ini turut diragui kerana ianya tidak terpilih untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Mungkin disebabkan selepas dari perbicaraan itu pilihanraya 1998 diumumkan, maka juak-juak di sana telah merencana satu rancangan baru untuk mengaibkan Ustaz Taib Azamuddeen dengan mengeluarkan pit rakaman tersebut.

2. RAKAMAN PITA VIDEO

Dahulu semasa penulis di bangku sekolah rendah, apabila menyaksikan sebuah filem perang, penulis sering beranggapan ianya merupakan satu peristiwa yang benar-benar terjadi. Tapi, bila usia semangkin meningkat, ianya hanyalah sebuah filem yang dilakunkan wataknya oleh orang-orang tertentu dengan aksi dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu bagi menghidupkan sesebuah filem itu. Begitulah kreatifnya pelakun, jurukamera, juru solek, pengarah dan lain-lain krew yang terlibat dalam menjayakan sesebuah filem itu.

Berlainan pula halnya yang berlaku apabila sahaja pita rakaman video Ustaz Taib Azamuddeen ini disaksikan oleh juak-juak di sana. Tanpa usul periksa, beliau telah dituduh menyimpan sebuah `rahsia besar` yang tidak diketahui oleh rakyat marhaen berhubung isu liwat DSAI. Dimanakah letaknya otak kiri dan kanan mereka-mereka yang semberono mempercayai rakaman video ini? Tidakkah anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri, siapakah yang telah merakamkan video ini dan sekiranya rakaman ini benar, siapakah juru kameranya? Mungkin Ustaz Taib Azamuddeen mempunyai jawapan kepada soalan ini dan penulis beranggapan Ustaz Taib Azamuddeen selaku seorang yang cukup amanah tidak akan memaklumkan kepada umum siapakah gerangan jurukamera itu.

Dengan kata lain, Ustaz Taib Azamuddeen tidak berseorangan dalam menjayakan rakaman itu malah jika boleh disimpulkan di sini, lebih dari empat orang berada semasa proses rakam itu dibuat.

3. LOKASI RAKAMAN

Penulis tidak pernah melihat rakaman pita video tersebut. Oleh itu, sukar buat penulis untuk menelah di manakah lokasi rakaman itu dibuat. Apa yang penulis ingin bangkitkan ialah, jika lokasi rakaman itu dibuat di dalam masjid, sudah barang tentu ada catatan kehadiran pelawat dibuat. Ini sudah cukup membantu untuk mengenal pasti mereka-mereka yang hadir pada hari rakaman tersebut. Jika tidak, hanya Allah dan Ustaz Taib Azamuddeen yang mengetahuinya.

Namun begitu, kemungkinan juga ianya dibuat di sebuah lokasi yang Ustaz Taib Azamuddeen sendiri tidak mengetahuinya. Dan para pendokong rakaman ini pula berkemungkinan besar memakai topeng bagi mengelakkan identiti mereka dari dikenali. Hanya Allah dan Ustaz Taib Azamuddeen sahaja yang mengetahuinya.

4. PROSIDUR

Jika benar peranggan pertama dalam perkara 3 di atas berlaku, seakan wujudnya satu prosidur yang telah ditetapkan kepada mana-mana individu yang inginkan khidmat nasihat dari Ustaz Taib Azamuddeen iaitu mereka perlulah bersetuju untuk dirakam dan divideokan perbualan mereka. Jika benar perkara ini dibuat, bermakna sudah banyaklah koleksi video yang ada dalam simpanan Ustaz Taib Azamuddeen. Maka sebab itulah Zam dan kuncu-kuncunya terpaksa membatalkan usaha untuk memburukkan kredibiliti Ustaz Taib Azamuddeen dengan cabaran di atas.

5. LAPORAN POLIS

Polis DiRaja Malaysia memang dikenali sebagai sebuah institusi kerajaan yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Saban hari, kita akan menyaksikan betapa pihak polis begitu cekap dalam menjalankan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat ke atas mereka. Yang terkini, menangkap pesalah-pesalah trafik yang masih gagal menjelaskan bayaran saman.

Dan juga, pihak polis cukup peka akan laporan-laporan yang dibuat oleh parti-parti memerintah terutamanya UMNO. Sehingga hari ini, ramai kalangan rakyat yang militan telah ditangkap dan diISAkan sebagai alternatif kepada penjara-penjara yang kini sesak untuk dihuni. Soalnya sekarang, kenapakah tiadanya kalangan ahli-ahli UMNO yang berani tampil kehadapan untuk melapurkan kepada pihak polis akan rakaman pita video itu? Penulis sendiri berasakan, ianya patut dilapurkan kerana pita video itu cukup sesuai untuk dijadikan sebagai penemuan bukti terbaru bagi mensabitkan DSAI.

Penulis amat mengalu-alukan perkara ini dibuat oleh pihak UMNO kerana ianya boleh dijadikan modal buat UMNO untuk meraih sokongan rakyat yang tak tahu menggunakan akal fikiran.

Kita telah maklumi 5 pertuduhan lain telah digugurkan tanpa sebarang alasan. Bermakna, jika disabitkan pertuduhan itu dengan pertuduhan rasuah yang dibuat, ianya berkaitan dan sudah sepatutnya DSAI dibebaskan.

Sebagai kesimpulannya, jelas kewujudan pita video itu boleh dipertikaikan kerana apa yang telah dimaklumi oleh penulis ianya telah disebarkan dengan meluas selepas sahaja kes DSAI selesai dibicarakan. Mungkin Ustaz Taib Azamuddeen mempunyai beberapa agenda tertentu sebagai usaha menjadikan pilihanraya yang bakal menjelang nanti sebagai medan pendedahan sebenar video itu. Hanya masa dan ketika yang memisahkan kita buat masa ini. Kita tunggulah perkembangan selanjutnya.

Walau apapun yang berlaku, penulis cukup menghormati pendirian Ustaz Taib Azamuddeen yang tegas dalam mempertahankan kerahsiaan para pelanggan yang telah datang untuk mendapatkan pandangan dan nasihat beliau. Sebaik-baiknya, juak-juak di sana haruslah memikir dalam-dalam sebelum bertindak untuk cuba memburuk-burukkan semua pemimpin dalam BA. Kerana ditangan mereka terdapat berpuluh-puluh bukti tentang keburukan perangai juak-juak di sana yang cuba diselimuti oleh juak-juak di sana dengan isu-isu pembangunan, keperluan perpaduan di kalangan kaum Melayu dan sebagainya.

Ayuh! Bertanyalah kepada diri anda sendiri, jika anda inginkan perpaduan sebenar apakah anda inginkan perpaduan yang berlandaskan kepentingan kaum ataupun agama Islam. Ingat! Rasulullah saw adalah Pemimpin Agung yang berjaya menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin dengan Islam sebagai landasannya.

Wassalam

CUCU REFORMASI







______________________
Terbitan : 25 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com