Oleh : Mona Solomon
Pidato mengenai Palestin telah dianjurkan. PAS telah memberi pidato yg baik mengenai isu yang dibincangkan. Tidak keluar topik.
Mahazir telah menggunakan platform itu untuk politikal mileagenya. Maka dia agak tersasar dari tajuk yg nak di syarahkan. Oleh itu Mahadir menggunakan masa tersebut untuk 'matlamatnya'.
Pidato Mahadir juga mengesahkan kpd kita bhw beliau dan Umno masih tidak mengiktiraf perjuangan bersenjata rakyat Palestin. Pengebom berani mati masih lagi diiktiraf sebagai 'pengganas' oleh Mahzir. Perjuangan secara diplomatik adalah yg terbaik bagi Palestin, kata Mahazir. Biar kita menunggu 50 tahun lagi untuk berjaya....kerana kita telah lalui 50 tahun dlm sengsara menentang Israel!.
Adakah Mahazir pasti bhw 50 tahun atau 100 tahun lagi boleh berjaya?. Ini yg beliau dan Umno tidak dapat fikirkan. Mereka tidak belajar sejarah dan sirah.... mereka sebenarnya tidak mengenali Israel.
Teks ucapan Mahadir juga dilihat amat 'berhati-hati'. Kita sedia maklum beliau akan 'mengadap' tuan Bush tak brp lama lagi.Silap bicara, temujanji boleh dibatalkan, atau beliau boleh 'diherdik' disana nanti.
______________________
Terbitan : 11 Mei 2002
Ke atas
Home