MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Suku-sakat Khir Toyo untung besar, cabuli konsep bandar universiti

Oleh WARTAWAN MEMO21

BANGI: Satu lagi kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor dikesan berikutan keputusan mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), 5 Mac lalu, meluluskan permohonan syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd membangunkan secara komersil tanah seluas 10.823 ekar di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Tanah itu sebenarnya telah diwartakan sebagai kawasan rekreasi dan banyak persoalan timbul. Antaranya, mengapa hanya dua agensi dirujuk sebelum keputusan dibuat, iaitu PKNS dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). PKNS dikatakan menolak cadangan membangunkan kawasan itu selain daripada tujuan asal sebagai kawasan rekreasi.

“Khir dengan inisiatifnya sendiri ‘memanggil’ fail Bestarama untuk dibincangkan secepat mungkin. Carian menunjukkan pemegang syer syarikat kroni ini, Haslina Mohammed Fesal Arbi (39 tahun) dan Suzlita Nasron (25 tahun), juga menjadi pemegang syer kepada syarikat lain yang mendapat projek lumayan daripada kerajaan negeri,” kata sumber.

Difahamkan, hanya dengan menjual terus tanah itu kepada mana-mana pemaju, Bestarama boleh mengaut keuntungan segera lebih RM10 juta, tanpa perlu membelanjakan satu sen pun. “Ia ibarat perompak khazanah rakyat mengagihkan kekayaan Selangor sesama kroni, dengan tidak mengira kesan buruk kepada masyarakat setempat,” tambah sumber.

Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BBB) menggesa agar kelulusan tersebut ditarik balik dan pandangan masyarakat setempat diambil kira sebelum suatu keputusan dibuat mengenainya, apatah lagi green belt (kawasan hijau) di situ hampir pupus.

Menurut Yang Dipertuanya, Prof Madya Dr Tajul Ariffin Noordin, perancangan asal BBB sebagai bandar universiti sudah jauh menyimpang apabila faktor komersil lebih dititik-beratkan sehingga banyak kepentingan awam terjejas.

Ditanya apa makna bandar universiti, beliau merumuskan ia boleh bermaksud bandar ilmu, bandar pendidikan, bandar budaya, bandar lestari, bandar kemanusiaan, bandar peradaban, bandar karyawan, bandar madani. “Pengertian mudahnya bermaksud bandar yang mempunyai ciri-ciri kehidupan yang berkualiti,” katanya.

Ahli Jawatankuasanya, Haji Yaakob Mat Nor kesal dengan sikap Menteri Besar yang tidak mempedulikan keperluan penduduk sekitar terutama di kawasan yang padat penduduk itu. “Sepatutnya tanah itu dibangunkan untuk kepentingan awam, selain kemudahan rekreasi dan mengekalkan kawasan hijau, sebuah kompleks pendidikan Islam bersepadu boleh didirikan di situ.”

Bagaimanapun seorang pensyarah UKM berpendapat: “Isu sebenarnya lebih dari itu. Ia petanda jelas kes rasuah Khir Toyo masih banyak yang belum dibongkar. Tanah strategik itu dianugerahkan untuk suku-sakatnya bagi mengutip untung cepat sementara beliau masih berkuasa. Khir bimbang selepas pilihan raya nanti orang lain pula yang dipilih jadi MB, jadi inilah masanya untuk mengaut apa saja yang ada di depan mata.”







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com