MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Khir tidak serik, malah lebih rakus guna kedudukan untuk kepentingan diri, kroni

Oleh WARTAWAN MEMO21

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Dr Hassan Ali menyifatkan pendedahan kes-kes baru rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor menunjukkan sememangnya Dr Mohd Khir Toyo tidak pernah serik, malah bertindak lebih rakus menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri dan kroni.

Beliau mengulas laporan Dr Khir Toyo meluluskan permohonan sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya, bagi membangunkan hampir 11 ekar tanah yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi di Bandar Baru Bangi.

Kata Dr Hassan, di Selangor nisbah tanah lapang dan kawasan perumahan adalah amat kerdil sekali. “Kawasan rehat untuk kanak-kanak dan orang-orang tua khususnya memang terlalu kurang. Jika tanah yang sedia sempit untuk kemudahan rekreasi itu pun mahu diceroboh dan dikomersilkan, apa lagi yang tinggal,” tegasnya.

“Sepatutnya tanah untuk kegunaan riadhah ataupun kawasan hijau mesti diperluaskan. Masyarakat setempat amat memerlukannya, apatah lagi difahamkan tanah yang mahu dibangunkan itu berada di kawasan yang padat penduduk,” kata Dr Hassan yang juga ADUN Sungai Burung.

Tambahnya, sememangnya golongan remaja mudah terdedah dengan gejala sosial apabila tiada kawasan yang sesuai untuk berehat dan berinteraksi sesama sendiri. “Apatah lagi konsep Bandar Baru Bangi sebagai taman ilmu dan bandar universiti yang mesti dikekalkan. Ditambah burul lagi, di Lembah Kelang nisbah tanah lapang hampir tiada.”

“Ini jelas menunjukkan keghairahan Khir dan kroni-kroninya mengaut khazanah Selangor sebanyak-banyaknya, semasa peluang masih ada, meskipun ia membawa kemudharatan untuk masyarakat sekeliling,” kata Dr Hassan.

Kes ini juga menjadi bukti, tambahnya, bahawa kawasan tanah lapang dan hutan simpan di Selangor akan diagih-agihkan kepada kaum kerabat Khir semata-mata dan selepas itu dijual terus kepada pemaju.

“Trend buruk di Selangor ini mesti dihentikan. Sepatutnya kita mengambil contoh negara maju yang jauh lebih sofistikated seperti London, Switzerland dan negara-negara di Eropah,” ujar Dr Hassan sambil menambah kawasan lapang seperti di Regent Park London memperlihatkan keseimbangan keluasan tanah dengan kepadatan penduduk bila diperuntukkan sebagai kawasan rekreasi.

Ia menunjukkan, katanya, negara maju lebih menghormati dan sensitif dengan keperluan rakyatnya. Sebaliknya di Malaysia, terutama di Selangor, elit pemerintah cukup ghairah dan bernafsu besar untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa perlu berusaha keras, dan tanpa memikirkan kesan kepada kualiti hidup masyarakat setempat.

Beliau turut mengaitkan fenomena gejala sosial dan gangguan mental yang semakin meningkat dengan ketiadaan kawasan rehat dan taman rekreasi yang sesuai untuk menenangkan fikiran.

“Selangor kononnya diumumkan akan menjadi negeri termaju pada 2005, tetapi Menteri Besar dan konco-konconya tidak pernah puas melakukan segala bentuk penyelewengan dan memusnahkan kawasan hijau yang sepatutnya dipelihara dengan baik, demi mengejar kemewahan.

“Selain itu sikap tidak mempedulikan atau merujuk terlebih dulu dengan masyarakat sekeliling adalah petanda keangkuhan pemerintah yang ada. Saya tidak boleh menjangkakan bila tindakan rakus ini dapat dihentikan kerana kes-kes rasuah Khir seperti tidak habis-habis,” kata Dr Hassan.







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com