MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Dr. AQ - KASIHANILAH MELAYU : ANEKDOT DAN TEORI

ANEKDOT SATU :

MEREKA KETAWA serentak. Kasihan Melayu disuruh pakai bikini untuk jadi moden ; dan negara terutama Kelantan dan Terengganu akan ramai dikunjungi "pelancong" yang merasa bebas tidak disekat oleh budaya kuno..

"Bagus, bagus sekali ! ini satu kemajuan menurut zaman." Seorang mengangkat gelas teh tarik berkata dan minum. "Betul sungguh Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan--membangkang "pendapat" Menteri Besar negeri Terengganu yang mengharamkan pakaian bikini dan mengarahkan hotel supaya kolam mandi dipisahkan antara lelaki dengan perempuan".

"KALAU MAHU PITIS MUDAH SAHAJA" Menjawab seorang di hadapannya," Anjurkan supaya Menteri dan semua staf di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan keluarga mereka, iaitu dari nenek sampai ke cucu memakai "bikini" untuk wanita dan "uu-bikini" untuk lelaki. Jika penyokong pendapat mahu boleh juga suruh nenek moyang dan anak dara mereka tunjuk-tunjuk "bikini" dan "uu-bikini" kepada ramai. Insya Allah ramai orang mahu tonton walaupun harga tiket mahal." Semua gelak dan ada yang terbatuk-batuk sampai memberi bayangan khayal tentang "expo" di atas pentas atau di tepi kolam mandi.

ANEKDOT DUA

Dia budak kampung di Pahang dan dalam tahun 1970an baharu pulang dari Timur Tengah. Dia lulusan universiti di Mesir. Waktu itu saya dan beberapa orang lain membuat penyelidikan di lembah sungai Pahang termasuk kawasan berkenaan. Anak muda ini, dilaporkan oleh seorang penduduk, sudah begitu moden. Setiap hari pakai tali leher (neck tie) berjalan ke sana ke mari. Dia tidak setuju dengan cara kebanyakan orang, terutama guru agama, lebai dan imam kampung yang menolak pakaian "Barat". Di Mesir ramai orang Arab berpakaian Barat. Lihat sahaja filem tentang kelab malam yang mempertontonkan "wanita gelek perut". Pengaruh budaya Barat dalam berbagai bidang kehidupan Mesir begitu ketara.

Sekarang orang sudah ramai memakai "neck tie" atau "bow" dengan "coat" atau "jecket". Ustaz pun ramai yang gemar memakainya ; sampai tidur pun dengan tie. Kopiah (biasanya berwarna putih) sudah diketepikan. Mereka 'berbojeng','berkerol' dan berambut agak panjang. Setengahnya lawar /handsome macam wira dalam filem cerita romantis. Mereka sudah menolak cukur kepala setiap empat puluh hari, menolak kopiah dan " turban" atau "head tie" Setengahnya tidak "matching" jadi macam lawak. Sekali-kali salah pandang, gaya macam"orang korporat". Cakap pun sudah dicampur aduk dengan istilah Inggeris memberi nasihat dan pandangan itu dan ini ; tetapi pada umumnya sama sahaja rentak dan "misi"nya. . Ceramah dan soal jawab mereka dapat dirumuskan kepada dasar "teori dan pendekatan orang lemah" iaitu perasaan sudah kalah, salah dan mengalah : Melayu berbalah dan jadi lelah.

KASIHAN MELAYU. Saya terjumpa seorang kenalan menunggu teksi di sebuah kampus universiti. "Dari mana ustaz ?" Baharu selesai seminar, hendak ke Kuala Lumpur. Ustaz ini pakai begitu kemas, kot dan tali leher dan tidak bersongkok. Berpeluh-peluh kerana tengah hari yang panas. "Dress makes a man". Pakain menjadikan seseorang itu "orang" !

Begitulah. Insya-Allah bersambung ke kesah lain.

Dr.AQ~ Mei, 2002







______________________
Terbitan : 21 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com