SELEPAS BUSH, MELANCONG BERJUMPA POPE ….
Kemudian siapa pula? Ariel Sharon……
Begitulah terdesaknya Mahathir dalam menghadapi PEMILU yang semakin menampakkan tarikhnya. Ada yang mengatakan awal tahun hadapan. Mengambil kira penangguhan Perhimpunan Agung Umno yang sekaligus menyelamatkan kedudukan Mahathir dan Bedollah Badawi, pengamat politik menerima pendapat itu. Mahathir tidak sanggup menunggu ribuan lagi siswazah yang akan bergraduasi dan masuk pasaran tenaga kerja yang tidak menjanjikan kegemilangan buat mereka.
Lawatan ke Amerika Syarikat yang diwar-war dengan cerita gagah dan gah Mahathir hanya berkesudahan dengan ucapan terimakasih dan saranan membebaskan Anwar yang terpenjara oleh pertentangan politik dengan Raja Penyangak. Ketokohan ala kampong Mahathir kemudiannya tercalar pula oleh kebejatan dirinya dalam mengulas soalan penemuramah CNN. Mahathir yang sering memutarbelit rakyatnya di hadapan wartawan upahan tempatan terbelit pula dengan kelentongan yang sama apabila diaju soalan yang bermutu, bebas dan tidak diatur dulu.
Seluar Mahathir yang juga Presiden Umno terlondeh menampakkan apa yang tersembunyi di sebalik kemegahan dan ketampanan Malaysia seperti yang mahu ia kelentong ke mata dunia. Mahathir bukanlah suatu lagenda untuk negara sebagaimana Langkawi yang telah dimiliki sebahagiannya oleh anak pinaknya. Mahathir telah menampakkan dirinya yang sebenar- diktator, perakus kuasa, perungus, lidah bercabang, penyeleweng fakta, perasuah dan perosak imej negara.
Berita jemputan oleh Pope yang berusia 80 tahun itu dimainkan seolah-olah ia dijemput oleh seorang Ulamak besar Islam untuk membincangkan persoalan dunia! Habis segala jenis ikan bilis dikerah untuk mengulas dan mencanangkan lawatan itu bagi menaikkan imej hapraknya yang terus-terusan melekat kepadanya. Sekiranya orang ramai menghayati maksud Ayat Surah anNur berkenaan tuduhan fitnah terhadap seseorang, jelas betapa Mahathir sedang ditimpa kemurkaan Allah dalam menganiayai hambaNya yang tidak bersalah. Mahathir tidak dipercayai oleh orang Melayu.
Mahathir sebenarnya diburu bayang-bayangnya sendiri. Dosa besar yang diperbuatnya terhadap Anwar tak mungkin ditampung dengan lawatan berjumpa Bush, Pope atau Vladimir Putin. Apakah dengan berjumpa dengan seluruh ketua Agama di dunia ini boleh memadamkan dosa dan kesalahan Mahathir terhadap Anwar, YDP Agong, rakyat dan negara???
Kenapakah Mahathir dan para jongosnya masih lagi menyembunyikan perkara sebenar tentang keruntuhan ekonomi negara yang bergayut di jurang kemuflisan?? Mampukah anak perempuan Prof Diraja Ungku Aziz dan beberapa ilmuan tajaan Umno meyakinkan rakyat betapa negara masih tampan dan segak sedangkan seluruh dunia memerhati gelongsoran ekonomi yang bakal Malaysia lalui. Hasil Mahathir berangkara dalam soal ekonomi, akan menyebabkan negara jatuh bebas ‘free fall’ dan terhenyak untuk suatu tempoh masa yang lama.
Berapa lamakah negara akan keluar dari hutang yang sekarang berjumlah RM 200 Billion lebih yang sentiasa sahaja bertambah dengan penjualan bon? Bagaimana boleh nak dikatakan Raja Kelentong ini pemimpin hebat sekiranya musibat ini hanya pandai membuat hutang untuk membayar hutang yang terdahulu? Kenapa pula alasan untuk kebajikan rakyat terbanyak dijadikan cagaran bagi ia menghalalkan segala bon yang mula menjerat ekonomi negara? Tidakkah kita meghampiri nasib Argentina….?
Pemuda Umno melalui Datok Hishamudin kelihatannya galak dan bersemangat sekali bagi mewajarkan perjumpaan Mahathir- Pope itu. Bebelan dan cakap merapunya itu kita ketepikan buat sementara. Umum mengetahui betapa Vatican City adalah sebuah kerajaan Kristian yang tersendiri dengan Pope sebagai pemimpin tertingginya. ‘Negara’ itu mempunyai kekayaan kewangan yang cukup besar dan mantap dengan projek di seluruh dunia.
Apakah pentingnya Mahathir perlu mengadap Pope untuk mewakili umat Islam dan siapakah yang melantiknya menjadi jurucakap atau wakil??? Apakah kerana Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam maka ia dijemput Pope? Apakah ianya adalah agenda tersembunyi yang dihasilkan oleh penasihat ekonomi Mahathir keturunan Yahudi itu bagi Mahathir membuat pinjaman luar (softloan) yang baru dari Vatican City dengan mencagarkan bagaimana kristian boleh berkembang biak dengan segala kemudahan di Malaysia??
Kenapakah Mahathir perlu ligat berkeliling dunia bagi membuat hutang yang boleh meranapkan negara sekiranya bukan untuk kepentingan peribadinya juga? Mahathir ke Jepun selepas pulang dari menziarahi Bush dalam usaha memohon softloan dari kerajaan tersebut. Mahathir memang terkenal di kalangan masyarakat Jepun sebagai kaki hutang sejak dahulu lagi sehingga pernah dipermainkan oleh liputan berita di sana. Mahathir juga meminta negara Matahari terbit itu sebagai penjamin bagi bon terbaru yang dikeluarkan oleh Petronas. Alangkah anihnya bon negara kita terpaksa dijamin oleh kerajaan Jepun!!
Khabarnya sebagai timbal balik, syarikat dari Jepun telah diberi hak ekslusif bagi menubuhkan satu pusat kajian herba di Malaysia berpusat di Cyberjaya. Perhatikan bagaimana Mahathir telah memperluaskan skop menjual dan melelong kedaulatan negara ke atas sumber aslinya yang amat bernilai dan berdaya maju sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Berbalik kepada gelembongan cerita karut kununnya lawatan Mahathir itu akan dapat membetul dan memperbaiki tanggapan dunia terhadap negara Islam pasca kejadian 11 September di Amerika. Itu semua adalah helah bagi menghalalkan lawatan Mahathir yang sebenarnya mempunyai agenda rahsia bagi menggadaikan negara demi kepentingan peribadi, suku-sakat dan juga kedudukan parti UmnoBn. Tidak lebih dari itu. Sekiranya nasib rakyat marhaen begitu penting dan mendapat tempat dalam pemerintahannya, sudah tentu sektor pelajaran dan kesihatan diberi dan dijamin percuma kepada seluruh warga tanpa ada syaratnya dari dahulu lagi.
Dalam dunia yang dikuasai teknologi maklumat, Mahathir tidak perlu kesana-sini menjual temberangnya. Segala maklumat terperinci negara sudah pun dalam pengetahuan negara luar apatah lagi bagi sebuah kerajaan autonomi yang diketuai Pope itu. Jaringan maklumat mereka tanpa batasan dan menyeluruh dan menjalar ke seluruh dunia. Mahathir lebih bertujuan untuk menyolek imej dirinya, parti UmnoBn dan Regimnya bagi menghadapi PEMILU yang semakin hampir.
Yang jelas Negara tidak berkecukupan kecairan bagi membayar hutang luar yang menggunung itu. Bolehkah Mahathir nafikan??
______________________
Terbitan : 29 Mei 2002
Ke atas
Home