Kelmarin kerajaan negeri Kedah telah mengadakan satu majlis mesra dengan pehak media dengan MB Syed Razak menyampaikan sedikit ucapan. Majlis berkisar tentang program ekonomi negeri itu yang diwarwarkan akan mencapai tahap negeri maju menjelang tahun 2010, sekaligus mendahului unjuran kebangsaan yang ditaja Mahathir. Kata Pak Syed lagi, apabila negeri Kedah telah mencapai tahap itu secara tidak langsung taraf ekonomi rakyat juga meningkat (secara eksponen?). Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menjadi lebih senang ujar beliau dengan penuh semangat. Barisan Nasional juga katanya yakin akan memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dengan asas kemajuan yang dibawa oleh pentadbiran UmnoBn itu.
Media sebagaimana yang pernah diucapkann oleh Said Zahari bukan lagi saluran bagi menyuarakan suara hati rakyat dan berani dalam menyanggah sebarang kekhilafan oleh kerajaan UmnoBn. Ketajaman dan keberkesan penulis sudah hilang dan tumpul apabila parti Umno telah membeli saham dan hak milik ke atas media akhbar. Zaman Rahim Kajai, Said Zahari, A. Samad Ismail yang sinis dan tajam penanya sudah berlalu. Kini akhbar hanya menjadi barua suruhan Regim Mahathir dalam memutar minda dan pengetahuan rakyat.
Negeri Kedah Darul Muflis adalah negeri yang dahulunya terkenal sebagai jelapang padi. Kini sebahagian besar tanah bendang itu telah bertukar taraf menjadi kawasan perumahan ataupun perindustrian. (tak lupa juga kolam udang Ben Laden). Atas kertas negeri ini diketuai oleh seorang Sultan yang pernah menjadi YDP Agung menggantikan Sultan Kelantan. Secara politiknya negeri ini diperintah oleh UmnoBn semenjak dari kemerdekaan lagi. Menteri Besar bertukar ganti dengan masing-masingnya mempunyai fe’el tersendiri yang menyumbang kepada kerugian marhaen yang menabalkan mereka.
Mantan MB sebelum Osman Raop, Syed Nahar Shahabudin telah kecundang dengan skandal majlis koboi Monolito Mantoya; manakala Man Raop pula terkenal dengan kegiatan komisyen dan rasuah yang bermaharajagila di Kedah. Sebagai pengetahuan Regim Mahathir telah menghalalkan rasuah dengan nama yang berbagai- yuran perkhidmatan, yuran perundingan dan sebagainya.
Manakala penganjur Majlis Pendewaan Mahathir di Langkawi, Sanusi ‘karate chop’ Joned pula memeriahkan lagi kisah penyelewengan pentadbiran negeri Kedah yang hanya akan terbongkar sekiranya negeri yang muflis itu jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Bukankah warga Malaysia hanya mengetahui bahawa Terengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi selepas negeri Penyu Menangis itu dirampas PAS? Strategi otak udang itu akhirnya dihentikan apabila disedari memakan diri. Rencana khas dalam TV ¾ saban minggu menyiarkan betapa ramainya warga malang seluruh Negara yang melewati sempadan dan juga pegangan politik.
Sanusi yang pernah memukul seorang pekerja malang KLIA telah menambah beban kewangan negeri Kedah dengan projek mengarut Mat Jenin. Dalam dunia ini hanya di Kedah sahaja kita boleh dapati Pertandingan Lembu cantik atau mencari uban suami. Antara lain-lain program yang tak kurang gilanya ialah menanam padi atas bumbung dan rumah dinginbeku daging korban. Satu lagi perwarisan yang memakan belanja yang berjuta ringgit ialah Muzium Padi yang dipaksa beli oleh syarikat Ting Phek Khiing kepada kerajaan negeri.
Pak Syed Razak telah mewarisi hutang negeri kepada Kerajaan Pusat sebesar RM 1.27 Billion, suatu angka yang sangat besar memandangkan penghasilan negeri yang rendah. Kita tidak pasti samaada Kerajaan pimpinan Syed Razak ada membayar hutang negeri itu sepertimana yang dibuat oleh Kelantan dan Terengganu. Kemampuan dua negeri Pantai Timur itu membayar dengan teratur dan dalam keadaan terhad kewangannya memang amat terpuji sekali dan pernah dipuji pula oleh Juruaudit Negara. Bandingkan dengan negeri Melaka yang kehilangan berjuta Ringgit oleh penipuan pemimpinnya!!
Suatu waktu dahulu MB Kedah sekarang pernah menimbulkan suasana lucu dalam DUN Kedah apabila mengumumkan kadar pertumbuhan negeri itu ialah 15% yang jauh meninggalkan kadar kebangsaan yang dipimpin oleh Raja Penyangak. Hampir tersedak dibuatnya apabila didengari oleh DUN Barisan Alternatif yang kelulusan akademik mereka jauh meninggalkan ahli Dewan UmnoBn.
Memang secara politiknya Kedah adalah antara medan pertempuran yang sengit antara BN dan BA. Negeri PM Mahathir ini juga menunjukkan peningkatan sokongan orang Bukan Melayu terhadap gabungan pembangkang. Rakyat sudah jelak dengan retorik dan sikap kerajaan yang bikin tidak serupa cakap!
Kita sangsi samaada ucapan Syed Razak itu dating dari kajian teliti atau pun sebagaimana sebuah tong kosong yang menggemakan bunyi. Melihat kepada keadaan ekonomi negra yang berada di jurang kemelesetan yang menakutkan dengan hutang luar yang besar, eksport menurun, kadar pengangguran yang meningkat dan tekanan inflasi, adalah terlalu premature bahkan mustahil bagi seorang yang berfikir dengan mendalam sanggup mengeluarkan sasaran sebegitu rupa. Ianya bagai seorang pesakit mental yang grandiose intipati percakapannya.
Sekiranya sasaran Raja Kelentong untuk Wawasan 2020 sudah pun tersasar dan diperlekehkan oprang sebagai Waswas 2020, apa hujah ekonomi Pak Syed nak pertahankan teori baru ekonominya ini?? Bagaimana Pak Syed yang baru membeli gelaran Master itu nak menerangkan tentang hutang negeri yang berbilion ringgit itu? Ramai orang mengetahui bagaimana Pak Syed menyauk duit projek Persekutuan untuk belanjaurus negeri. Pada zaman IT ini Pak Syed kena berlapik dan beralas sikit sebelum berkuntau lidah.
Syed Razak sebenarnya takperlu menyogok rakyat marhaen dengan janji-janji tentang peningkatan ekonomi. Sekiranya ketika ekonomi meledak pun pemimpin tidak memandang dan perihatin nasib rakyat, bagaimana mungkin ketika Negara terhenyak sekarang sikap kerajaan boleh berubah? Apa yang rakyat tahu selagi Regim Mahathir memerintah ala Demokrasi mamak Kutty, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan papa kedana!!!
Kerajaan negeri Kedah ada asas dalam memperkatakan betapa mereka yakin menang besar dalam PEMILU akan datang. Mengambilkira Akta Pilihanraya yang dipinda, SPR yang diperkuda, pengundi hantu, PDrM yang bias dan gejala politik wang, memang UmnoBn berkeyakinan besar. Namun kemenangan secara undemokratik ini pula sebenarnya mengundang seribu masalah yang hanya mempercepatkan kejatuhan Negara dalam kemelut ekonomi dan politik.
Pak Syed Razak seharusnya membuat sedikit kerja rumah dalam memberi sesuatu ucapan, janganlah menganggap audiens yang di hadapannya itu adalah pesawah kawasan DUN Kubang Rotan sahaja!!
Tahun 2010 Pak Syed?? Wow………
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 29 Mei 2002
Ke atas
Home