Cabaran-demi cabaran oleh pemimpin Umno dan Kerajaan tentang rahsia
besar
yang disimpan oleh Bekas Imam Besar masjid Negara yang juga Ahli
Parlimen
Baling akhirnya terjawab dengan majlis kenyataan media oleh Yang
Berhormat.
Zam selaku Badut media telah melakukan sepak mula yang terus disambut
oleh
rakan separtinya seperti Muhyiddin dan lainnya. Media dengan berbagai
ruang
termasuklah ruangan Penyesat Agama terulung Astora Jebon memainkan isu
tersebut. Akhbar berbahasa Inggeris turut menyiarkan cabaran terhadap
YB
Taib Azzamudin yang kununnya rahsia tersebut boleh menggemparkan
Negara.
Umum mengetahui bagaimana kerajaan hari ini adalah mirip Regim komunis
yang
hanya bertopengkan Demokrasi yang palsu. Sebarang tingkah-laku mereka
mesti
diawasi kerana ia seringkali melakukan pukul curi yang dianggapnya
penting
bagi menyelamatkan survival dirinya walau ia menyalahi moral dan Hukum
Agama. Isu KMM dan penahanan haram yang dilakukan oleh Regim Mahathir
adalah
menghampiri kemuncak keganasannya terhadap rakyat negaranya sendiri
yang
tidak pun melakukan kesalahan seperti pemimpin Umno yang terkenal
dengan
rasuah, rogol, membunuh dan menganiaya rakan sendiri.
Sorotan media yang menjolok mata dan tanpa henti wajar kita lihat dari
segi
penyalahgunaan kuasa yang akan menyusul kemudiannya. Jangan kita leka
dan
lupa bagaimana Operasi Lalang dilakukan setelah rakyat dihangat dan
dilekakan dengan isu Lee Kim Sai sedikit masa dahulu. Anihnya selepas
itu
yang bersalah boleh bebas bercanda ke Australia, pemimpin Alternatif
pula
yang digari dan disumbat ke Kamunting. Itulah corak keadilan Raja
penyangak.
Salah satu tujuan Zam adalah untuk memenuhi kehendak mereka bagi
mengesahkan
kes DS Anwar yang kununnya terlibat dalam perbuatan keji itu. Ini bagi
mengesahkan satu cerita dalam sebuah buku yang berada di pasaran.(usah
carilah!) Oleh sebab itulah makanya mereka masih lagi tuidak berpuas
hati
dengan pendedahan media oleh YB Taib Azzamudin. Selaku seorang yang
berakhlak dan memiliki ketokohan Agama yang tinggi, YB begitu pandai
menghurai dan melapik kata. Tanpa pendedahan nama individu, YB
sebenarnya
sudah pun menyalakan api dibontot pemimpin Umno yang berkaitan. Maka
siapa
yang terasa panasnya pasti memerah mukanya kecuali orang yang
dibersihkan
namanya oleh mahkamah- Rahim Thamby Chik!! Kalau udah tiang lampu
berskirt
pun nak disapu, faham-faham sajalah……
Pendedahan berhemah ini sekaligus menyembulkan kembali jerangkung yang
selama ini disembunyi dan cuba ditutupi oleh Mahathir, mahkamah dan
juga
ejen khas PDrM.
Pembayang yang diberi sudah cukup kuat dan begitu jelas sekali siapa si
polannya. Pemimpin Umno terbabit kini bagai cacing kepanasan. Sekali
lagi
ZAM mengundang masalah. Sekali ini ZAM meludah ke langit, bukan sekadar
mukanya berpalit liur malah rakan separtinya turut terseret kedalam
limpahan
lampu sorot yang memalukan.
Pemimpin Umno kini saling memaki hamun sesama sendiri kerana telah
membuka
almarinya yang penuh dengan jerangkung yang bersimbolkan keris
telanjang
itu. Mereka kini saling menghunuskan keris untuk mempertahankan
kedudukan.
Manakala yang tidak terpalit bersandar gembira mengintai peluang
sebagaimana
Khir Toyol dahulu.
ZAM siBadut media kini berada di sudut dengan pemimpin lain memandang
dengan
penuh benci dan marah. Sudah tentu mereka saling berkonspirasi bagi
menamatkan kariernya. Apatah lagi bagi yang Brahmin dalam hiraki.
Takkan
Najib, Muhammad Taib dan beberapa pesalah lain yang terdedah pekung
mereka
lantaran mamak anak tukang tebar roti canai Kuala Muda ini nak berdiam
diri!!
Sekiranya kita melihat sejenak ke belakang, tiada seorang pun pemimpin
Umno
yang berani mendahului dalam mengulas sesuatu isu melainkan setelah
mendapat
limpah perkenan Raja mereka, Mahathir. Dalam kes ini ZAM bersendirian
memulakan tarian yang kemudiannya diikuti oleh beberapa menteri dan
pemimpin
kanan Umno. Secara simbolisnya kita tahu ZAM tentu sahaja mendapat
keizinan
Mahathir terlebih dahulu, ia tidak mungkin mengulangi kesilapan lalu
yang
menegur tindakan Mahathir di Indonesia. Siapalah ZAM untuk menjadi
begitu
berani? Sama sahaja tahap penakutnya sepertimana Mahathir yang kecut
telor
apabila disapina!!
Apakah Mahathir ingin melenyapkan pengaruh beberapa Naib Presiden (NP)
yang
dilihatnya boleh menggugat rancangannya menjadi PM sehingga ke mati??
Bukankah suatu waktu dahulu Mahthir pernah terajang Musa, Ghaffar dan
Anwar?
Sebelumnya bagai tiada yang cacat dalam pandangan Mahathir, namun
sebaik
sahaja terasa kerusinya diintai orang, bermulalah skrip konspirasi.
Setelah Anwar yang kelihatan amat mencabar kedudukannya dipasung, kini
tinggal 3 orang NP yang sekiranya mereka bergabung tentu sahaja mampu
menterajangkan beliau keluar dari Sarkas Umno. Inilah yang Mahathir
khuatir,
lalu jerangkong-jerangkong dalam almari dilepaskan melalui asakan
kepada YB
Taib Azzamudin. Zam menjadi fasilitatornya dan kini dia menerima
seranah
dari berbagai pihak dalam Umno sendiri.
Nama-nama seperti Najib Tun Razak, Rahim Thamby Chik, Muhammad Taib,
Megat
Joned, ZAM, Ismail IKIM dan berbagai lagi akan menjadi buah mulut
rakyat
terutamanya orang Melayu. Jerangkong-jerangkong ini bukannya didedahkan
oleh
haprak-haprak seperti Khalid Jefri, Umi Halfilda atau Azizan.
Akan tetapi Bekas Imam Besar Masjid Negara yang membuka bicara. Ia
dilakukan
pula dengan penuh hemah dan bergaya. Kini almari buruk Umno telah
ternganga
lagi dengan mendedahkan jerangkungnya….
Ehek2001
______________________
Terbitan : 15 Mei 2002
Ke atas
Home