Biarpun rakyat Palestin tiada senjata dan lemah dari segala sudut, Israel tetap merasa peritnya Intifada yang dilancarkan. Mungkin ini adalah sebab utama mengapa Sharon menjadi 'desperate', kerana ekonomi Israel menjadi cukup lemah. Maka dia terpaksalah memusnahkan semua infrastruktur Palestin, kerana nak balas dendam. Maruah dia cukup tercabar sebab orang Palestin masih boleh bom sana-sini. Semua rakyat Israel makin takutlah. Diorang ni kan takut mati.
Sejak dua tahun lepas, ekonomi Israel dalam 'recession'. Perbelanjaan untuk 'defence' sewaktu 90an telah menurun kepada 8.5% GDP daripada 13.5% GDP pada tahun 80an. Tahun ini dijangka meningkat sehingga 10 % GDP. Apa yang pasti, jika keadaan berterusan, Israel tidak lebih sebagai satu 'charity project' ditengah-tengah benua Arab. Setiap rakyat Israel dikatakan menerima USD 14,000 setahun daripada Amerika sahaja. Hidupnya dibantu dengan ehsan bantuan Amerika dan Yahudi kaya di merata dunia. Export Israel menjunam 13% tahun lalu manakala kadar inflasi meningkat hampir 5 % daripada 0 % pada tahun 2000.
Kerajaan Israel pula sentiasa dalam 'budget deficit' (macam Malaysia jugaklah sejak kebelakangan ini), malah semakin meningkat kerana kenaikan kos 'defence' dll.
Bagaimanapun selagi Amerika masih membantu Israel, mereka tidak peduli akan dunia Arab. Sampai Bush kena bagi ucapan, "Sharon is a man of peace", dek tekanan ke atas presiden Amerika, beberapa hari selepas memberi ucapan mendesak Sharon berundur. Bush boleh tumbang jika tidak berhati-hati. Ini membuktikan PM Israel lebih berkuasa daripada Presiden Amerika.
Engineer Terengganu
______________________
Terbitan : 16 Mei 2002
Ke atas
Home