Allah merahsiakan saat kematian kita adalah untuk
melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang
telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula
kita meninggalkan larangannya.
Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas
untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Manusia begini
sentiasa merasai setiap tingkahlakunya diperhatikan
oleh Allah s.w.t. . Dan ia juga mengetahui setiap
tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya
satu persatu oleh Allah swt di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut
tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau
bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :
" Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang
mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah
sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan
kayu, dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula
ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah
sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada
isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging
disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat
sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak
mampu menghilangkan dahaganya. Semuanya ini cuma
secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah
beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika
dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa
amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya :-
Sebelum tidur :
1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih
Amalan Harian :
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan
diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi :
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Buang air kecil berdiri -
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :-
"Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana
sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab
buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatulmaut datang untuk bertemu
dengan Nabi Idris a.s. lalu Nabi Idris a.s. mengetahui
kesakitan sakaratulmaut agar taqwanya lebih mendalam
dan teguh lagi. Maka Allah s.a.w. memberikan wahyu
kepada malakaitulmaut supaya mencabut nyawa Nabi
Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatulmaut menangis dan memohon kepada Allah
s.a.w. supaya Dia (Allah s.a.w. ) menghidupkan
kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah
didapati Nabi Idris a.s. sudah hidup kembali,
malaikutul maut bertanya :-
"Ya saudaraku bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris a.s. :-
"Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih
dari 1000 kali sakitnya. "
Kata malakatulmaut : -
"Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah
pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa a.s. telah
menhidupkan beberapa orang yang telah mati dengan
keizinan Allah s.w.t.
Maka sebahagian orang kafir berkata :
"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang
yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka
itu belum benar-benar mati. Maka hidupkan untuk kami
orang yang telah mati seperti zaman awal dulu."
Kata Nabi Isa a.s. : -
"Cubalah kamu pilihkan..."
Mereka berkata :-
"Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh a.s. (Saam bin
Nuh)."
Maka Nabi ISa a.s. pergi ke kuburnya, lalu
mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah
s.w.t. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi
rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa a.s.
hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira
hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya
berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya
hari kiamat.
Berkata Nabi Isa a.s. :-
"Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?"
Kata Sam : -
"Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit
dari sakaratulmaut."
Semuga kita dapat amal dan sampaikan, insyallah.
w.n.afinaz
______________________
Terbitan : 12 Mei 2002
Ke atas
Home