MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Hina Nabi: PUM kesal tiada jawapan dari Majlis Agama

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) hari ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas sikap tidak ambil endah yang telah ditunjukkan oleh Majlis Agama Islam Kebangsaan mengenai memorandum PUM berhubung isu tulisan penulis yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan ulama'.

Setiausaha Kerja PUM, Khairul Anuar Mustafa berkata, setakat ini tiada respon yang diterima oleh pihak PUM mengenai isu tersebut dan PUM berasa kesal dengan keadaan ini.

"Kita kecewa kerana mereka tidak bertindak tegas dalam hal ini, malah mereka mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak," katanya dengan nada kesal ketika dihubungi Harakah.

Memorandum tersebut dihantar berhubung beberapa tulisan yang dilihat sebagai menghina Nabi Muhammad s.a.w dan ulama'.







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com