MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Pas juara di Negeri-Negeri Melayu

Fakta menarik tentang praya 1999

Dalam pilihanraya umum tahun 1990, PAS berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan, manakala dalam tahun 1999, parti itu berjaya menawan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).

Malah di Kedah, PAS memenangi lapan daripada 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum tahun 1999. Parti itu juga memenangi 12 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Dalam pilihanraya umum yang sama, daripada 40 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu di mana majoriti pengundinya adalah Melayu, PAS memenangi 25 kerusi (62 peratus), Umno 9 (22.5 peratus), Keadilan 4 (10.0 peratus). Dua lagi kerusi Parlimen dimenangi oleh MCA.

Pada keseluruhanya, dalam pilihanraya umum yang lalu, bagi kerusi Parlimen di keempat-empat negeri berkenaan, PAS memperolehi 1,018,681 undi, Umno 294,296 undi and Keadilan 153,842 undi. Dari segi peratusan undi pula, ia bermakna PAS memperolehi 70.8 peratus undi, manakala Umno 20.4 peratus dan Keadilan 10.7 peratus.







______________________
Terbitan : 24 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com