Pada 25hb Mei, 2002 (Sabtu) rakyat Malaysia yang beragama Islam telah menyambut hari keputeraan Nabi besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Majlis ini berlarutan selama 3 jam secara ala kadar di Stadium Tertutup Bukit Jalil.
Pada keesokkan malam harinya 26hb. Mei, 2002 (Ahad) semua rakyat Malaysia telah menyambut Malam Citrawarna yang diadakan dengan begitu meriah sekali bermula dari jam 8:30 malam sehinggalah lewat tengah malam. Sebanyak 70 buah Stesen TV dari luar negara telah mengambil bahagian menayangkannya secara langsung, Malam Citrawarna ini akan berlarutan selama 1 bulan bermula pada hari tersebut.
Bagi para pembaca yang terang hatinya, saya ingin bertanya secara terbuka kepada anda semua....
1) Berapakah KOS keseluruhan Malam Citrawarna itu jika anda congak-congakkan...?
... kos pakaian, kos persediaan pentas, kos jamuan peserta & jemputan, kos juruhias, jurutari dan lain-lain lagi...?
2) Berapakah MASA yang telah dihabiskan oleh semua peserta yang mengambil bahagian, bermula dari latihan sehinggalah ke Malam Citrawarna ini...?
3) Soalan terakhir, apakah penghayatan yang saudara & saudari perolehi dari sambutan Maulidur Rasul yang baru disambut semalamnya...? Jawapannya TIADA APAPUN YANG SAYA PEROLEHI !!!
Kerana, saya masih lagi...
1) tidak menutup AURAT...
2) tidak mengerjakan SOLAT...
3) BEBAS Bercampur Gaul...
4) BEBAS Melakukan DOSA...
4) Suka menghabiskan MASA & WANG saya sesuka hati saya...
Jadi kesimpulannya, inilah negara Islam yang cuba ditunjukkan oleh Pemimpin kita sekarang...
Keranamu Malaysia
______________________
Terbitan : 29 Mei 2002
Ke atas
Home