MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Hilang.. harap bantu jika jumpa

Assalamualaikum saudara sekelian. Ini Kisah benar yang menimpa seorang sahabat .... harap dapat dofirwardkan sebanyak yang mungkin , kepada semua sentiasa berhati hati dan beramal dengan surah Kursi ... Kepada yang mengenali atau ada ternampak gadis berwajah ini dengan lelaki atau wanita dalam keadaan yang mencirugakan, harap dapat mengecam mereka seperti No Plat Kereta, alamat rumah atau apa - apa sahaja termasuk lokasi di mana anda ada melihat mereka, Sila hubungi No telefon : 07-2527219 ( Ibu beliau ) Mudah mudahan beliau selamat kembali ke rumah secepat yang mungkin. Bersamalah kita berdoa.

Nama : Nurul Azreen bte Ahmad Uusuf
Umur : 16 tahun (pelajar SMK Pasir Gudang 2, tingkatan 4 Sains 1)

Kali terakhir dilihat pada 01-04-2002 (Isnin) pada pukul 3.00 petang hari tersebut, beliau memberitahu pada ibunya yang beliau hendak pergi ke perpustakaan awam di Pusat Bandar Pasir Gudang seperti hari -hari sebelumnya, namun sehingga ke pukul 10.00 malam beliau tak balik juga sedangkan perpustakaan awam tersebut menamatkan operasinya pada pukul 5.00 petang. Sehinggakan pada pukul 2.00 pagi, beliau tidak kelihatan juga, ibu-bapa beliau telah membuat aduan polis pada malam itu juga.

Menurut rakan-rakan sedarjah beliau sewaktu menuju ke perpstakaan, rakan-rakan beliau nampak beliau tidak menuju ke perpustakaan tapi menuju ke Bukit Layang2. Selepas itu rakan-rakan beliau tidak nampak kelibat beliau lagi.

Pada hari Rabu pagi ibunya baru terperasan bahawa buku dan alat tulis beliau ada terletak diatas meja sedangkan dua pasang baju berserta empat pasang pakaian dalam, alat solek dan berus gigi beliau telah tiada. Hari berikutnya (Khamis), beliau ada menalipon kawan karibnya Rizal yang mengatakan dia sihat dan tak perlu bimbang. Bermacam ikhtiar telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa beliau seperti mencari di sekitar taman tasik dan Bukit Layang2 tapi tidak berhasil.

Selang beberapa hari (Ahad pukul 8.30 mlm), beliau ada menalipon Rizal yang mengatakan beliau dalam kesakitan akibar dipukul di kepala dan badan. Selepas dari hari itu beliau tidada menalipon Rizal sehingga kehari ini.

DIpercayai dipukau kerana beliau bukanlah seorang gadis yang liar yang sanggup mengikut sesiapa sahaja. Pihak keluarga telah berikhtiar di merata - rata tempat tradisional dan moden, namun sentiasa tersasar dari menemui beliau. Diharap pihak TV3 (Rancangan 999) dapat menjejak kes yang masih belum selesai ini.







______________________
Terbitan : 17 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com