MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

"Selamatkah Khir Toyo?" "Selamat ..."

Oleh ORANGKOTA

Semalam bila aku menziarahi saudara di Tanjong Karang, isu utama yang mereka tanya ialah pasal Khir Toyo.

"Selamatkah Khir?" kata seorang daripada mereka.

"Selamat," kata aku.

"Tak kena pecat dengan Mahathir?" tanya mereka lagi.

"Apa nak dipecatnya, yang Khir buat tu sikit sangat berbanding Mahathir dah buat. Malah Mahathir bangga Khir dah jadi MB Umno yang sebenarnya."

"MB Umno yang sebenarnya?"

"Yalah, sudah pandai bohong, pandai belit, panda temberang, pandai rasuah, pandai main kong kalikong dengan projek dan tanah yang mahal di Selangor. Sudah boleh mengalahkan Mat Taib dari segi buat duit ...."

Saudara dan kenalan aku itu angguk tanda faham. Dan selepas itu mereka ula buka cerita.

"Patutlah Khir siang malam upah orang buat cawangan baru Umno. Nak tunjukkan kat Mahathir bahawa walaupun dia kena tuduh macam-macam, sampai dibuat laporan kat BPR berulang kali, tapi pengaruhnya tak terjejas, malah makin kuat pula."

"Betulkah ramai orang masuk Umno balik di Tanjong Karang ini," aku cuba menduga kebenaran Khir dapat tubuhkan 50 cawangan baru Umno di situ.

"Mana ada? Makin kurang jadinya. Dalam Umno bergaduh sesama sendiri. Mana tidaknya, cawangan baru yang ditubuhkan itu diambil ahlinya daripada cawangan lama. Misalnya kalau cawangan lama ada 100 ahli, maka dipecahkan cawangan lama itu jadi tiga cawangan baru."

"Begitu ...?"

"Lepas itu, ketua cawangan akan diberi elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan, ketua pemuda dan ketua wanita dapat pula elaun bulanan RM150 setiap seorang."

"Banyak duit Khir," tanya aku.

"Itu baru sikit, lebihkurang sebulan RM150,000. Setahun tak sampai pun RM2 juta. Setakat seekar tanah di Bangi yang diambil dari tapak rekreasi pun boleh untung sampai RM1.6 juta," pandai pula seorang dari mereka buat perbandingan.

"Jadi tak terjejaslah Dr Hassan Ali dan PAS di Tanjong Karang?"

"Tak tentu juga, dengan duit yang ditabur, ada juga yang tersilau mata. Kita kena kerja lebih kuat. Susun program dari rumah ke rumah bila ceramah diharamkan."

"Betul tu, PAS Tanjong Karang kena kerja lebih kuat. Isu rasuah Khir mesti diterangkan lebih terperinci. Biar orang Umno sini nampak, mereka hanya dapat kuah basi daripada ratusan juta yang dirompak Khir, Jamian, Haji Sumadi dan banyak lagi kroninya."

"Tapi Noh Omar yang celupar mulutnya tu macam mana?"

"Habislah nanti, Khir dah sediakan parang panjang dah sembelihnya ..."







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com