Perkongsian Kuasa Antara Pas dan Umno
Perkongsian kuasa antara Pas dan Umno itulah yang menjadi agenda Presiden Abim kini setelah berjaya mengeksploitasi isu kemanusiaan Palestin di DBP baru-baru ini.Dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia itu Ahmad Azam mengemukakan ia adalah penyelesaian kepada perpecahan umat Islam kini,dan menyatakan ia juga disarankan oleh Rashid Ghanusi dan ulama terkenal,Yusof AlQardhawi.
Tafsiran Ahmad Azam mungkin berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua tokoh Islam itu.Namun Ahmad Azam melihat perkongsian kuasa itu adalah satu alternatif pada masa kini di mana Islam berhadapan dengan ramai musuh-musuh, samada di luar atau di dalam kerangka tubuh Islam itu sendiri.
Namun cadangan Presiden Abim itu seolah-olah menolak kita jauh ke belakang,di zaman Pas di bawah pimpinan Asri di mana ia mengorbankan prinsip perjuangan Pas. Sebagai seorang pemimpin perjuangan Islam Abim, Ahmad Azam sepatutnya memahami prinsip perjuangan Islam yang di bawa oleh Pas dan juga lain-lain pergerakan Islam.Tidak ada gunanya perkongsian kuasa dengan mereka yang tidak yakin dengan Islam bahkan mempermain-mainkan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Umno dan pucuk pimpinannya. Lagi pun kita ditegah mencampurkan di antara yang hak dengan yang batil.Kita ditegah berkongsi kuasa dengan kaum munafikin, apalagi setelah jelas kemunafikannya seperti Umno dan para pemimpinnya.
Biarlah Ahmad Azam dan Abim sahaja yang berkerjasama dan berkongsi kuasa dengan Umno,sambil melupakan perjuangan Islam yang suci adalah bersih dari perkara-perkara sedemikian.Adakah Nabi Musa mengajak Firaun berkongsi kuasa dengannya? Apakah nabi kita Muhammad SAW mengajak berkongsi kuasa dengan Abu Jahal dan Abu Lahab?. Begitulah, kita pun kadang-kadang kurang mengerti apakah uslub yang diterima pakai oleh Abim dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Apakah perlu mengorbankan prinsip semata-mata hendak memperlihatkan bahawa Abim itu sebuah pertubuhan yang bersifat non-partisan?
AlKundangi,
28.5.2002
______________________
Terbitan : 29 Mei 2002
Ke atas
Home