MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Tulisan dari KMU yang menyelongkar isu2 Azalina

MT UMNO Perlu Siasat Siapa Timbalan Menteri Berkomplot Bersama Khalid Jafri Posted on Tuesday, May 14 @ 02:30:22 MYT by KuntaKinte

Rencana Khas Pengarang

Isu Azalina Othman Said, Ketua Penaja Puteri UMNO yang heboh diperkatakan beberapa minggu lalu akhirnya sampai ke satu tahap yang sukar diterima lagi oleh penyokong UMNO.

Dakwaan Khalid Jafri bahawa seorang Timbalan Menteri memberi tip atau, lebih tepat dibaca, menyaran beliau terbabit dalam perkara tersebut memperlihatkan satu sikap tidak bertanggungjawab Timbalan Menteri tersebut.

Sama ada Azalina bersalah atau tidak terhadap semua tuduhan tersebut adalah terserah kepada MT UMNO yang mempunyai mekanisme dalam hal disiplin anggota parti. Tapi pendedahan pembabitan Timbalan Menteri ini amat mengecewakan kerana sepatutnya Timbalan menteri ini menggunakan saluran parti untuk menyelesaikan sebarang masalah. Kalau ahli UMNO biasa membawa masalah parti ke pengetahuan umum tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan terlebih dahulu dianggap tidak wajar bagaimana pula dengan seorang Timbalan Menteri yang memberi ruang kepada seorang penulis politik?

MT UMNO harus menyiasat perkara ini dengan teliti kerana kita tidak mahu perselisihan peribadi atau kepentingan diri Timbalan Menteri ini telah menjahanamkan imej UMNO yang sedang dipulihkan. Untuk siasatan ini MT UMNO perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Kenyataan awal Khalid Jafri mendedahkan bahawa beliau menerima maklumat awal daripada seorang Pegawai Tinggi di ibu pejabat UMNO. (lihat Malaysiakini, 2 Mei 2002, "Lesen tabloid Perdana Sari digantung tiga bulan").

2. Dalam Malaysiakini 9 Mei 2002, berita bertajuk "Scandal story a ‘tip-off’ from deputy minister, says Khalid", menjelaskan pula bahawa beliau turut mendapat tip dan saranan daripada seorang Timbalan Menteri.

3. Satu pendedahan oleh seorang ahli Kelab Maya UMNO dalam web UMNO-Reform mendedahkan bahawa penulis beberapa puisi memfitnah Azalina yang menggunakan Sherry Sally merupakan isteri seorang Pegawai Kanan Ibu Pejabat UMNO.

4.Siasatan oleh pasukan Teknikal KMU mendapati fitnah terhadap Azalina mula muncul di sebuah Forum Pembangkang dan mendapati Nombor Internet Protocol (IP) penulis tersebut merujuk kepada IP internet UMNO di PWTC.

Berdasarkan perkara-perkara ini pihak MT UMNO dan Jawatankuasa Disiplin Parti perlulah mencari siapa Timbalan Menteri terbabit dan tindakan disiplin parti perlu dikenakan kepada beliau dan pegawai-pegawai lain sekiranya terbukti mereka terbabit bersama Khalid Jafri.

Adalah tidak wajar ketika sebahagian daripada kita bertungkus lumus membantu memperbaiki imej UMNO, terdapat orang yang diberi jawatan dan pangkat oleh UMNO bertindak sewenang-wenangnya di luar saluran politik.

Antara perkara yang perlu dilihat oleh MT UMNO untuk mengesan Timbalan Menteri ini ialah Timbalan Menteri mana yang mempunyai hubungan rapat dengan pegawai-pegawai UMNO di PWTC yang memberi breaktrough kepada Khalid Jafri. MT juga perlu melihat apakah sememangnya Khalid Jafri ini mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana Timbalan Menteri.

Penulis tidak berniat untuk mengajar MT UMNO tetapi dalam hal ini amatlah sukar untuk penulis menerima hakikat bahawa seorang Timbalan menteri yang jawatan dan pangkatnya diberi oleh UMNO bertindak diluar saluran UMNO.

Kalau betul Azalina bersalah Timbalan Menteri ini sepatutnya membawa perkara ini kepada MT bukannya membuka ruang kepada seorang penulis politik memburukkan UMNO.

Berbeza dalam Kes Datu Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan kes polis, kes ini boleh dibawa terus ke MT kerana tidak ada sesiapa pun yang melapor kepada polis. Selebihnya Azalina bukanlah besar sangat pun dalam UMNO hingga memerlukan pendedahan dari luar UMNO untuk menarik perhatian MT UMNO.

Kalau dalam kes Datuk seri Anwar dulu mungkin ada masalah mengikut saluran parti kerana beliau Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti dan juga Timbalan presiden UMNO. Tapi dalam kes ini Azalina hanyalah Ketua Penaja Puteri UMNO yang tidak mempunyai apa-apa kuasa pun dalam UMNO.

Mengapa harus mengambil jalan luar sedangkan ada saluran dalaman. Atau apakah ini hanya agenda Timbalan Menteri tersebut untuk menjatuhkan orang yang beliau tidak suka atau orang yang boleh membangkang pandangannya?

Jika MT UMNO tidak serius dalam menyiasat dakwaan Khalid mengenai pembabitan Timbalan Menteri ini tidak mustahil pada masa depan ramai ahli UMNO yang bertungkus lumus mempertahankan parti dan membantu memperbaiki imej parti akan kecewa dan mula merasakan usaha mereka sia-sia sahaja kerana terdapat mereka yang berkuasa sewenang-sewenangnya mementingkan agenda diri berbanding parti.

Kunta Kinte Malaysia







______________________
Terbitan : 15 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com