MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

KENAPA KMM DIJADIKAN MANGSA

ASSALAMUALAIKUMWM WBT;
SALAM SEJAHTERA;

NST 23.5.02 WORLD NEWS muka satu semalam melaporkan, sah KMM adalah salah satu kumpulan pengganas yang diawasi oleh US. Kenapa KMM? Kalau tidak Najib dan Dr Mahathir Mohamed yang membekalkan maklumat tentang KMM. Begitu kejam sikap Dr Mahathir Mohamed, membekalkan maklumat yang salah kepada US, sedangkan kita tahu KMM tidak pernah wujud dan di wujudkan oleh Mahathir sebagai satu kumpulan yang akan bangun menentang kerajaan UMNO dengan bersenjata! Ianya adalah satu provokasi Mahathir untuk melindungi kepentingannya setelah SAUK gagal.

Peristiwa SAUK, yang memakan diri Mahathir, dengan segala peralatan canggih, tapi bodoh dalam perlaksanaan, macam juga tilam bisu yang menempelak pendakwa pekak yang sekarang ini jadi peguam negara, telah mengorbankan orang persaorangan yang di tangkap dan di tuduh sebagai KMM, telah dirancang oleh Mahathir dalam satu lagi peristiwa pembohongan yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai sarang pengganas yang tidak pernah wujud.

Kerana tindakan dibawah ajaran sesat sudah tidak boleh dilabelkan lagi, Mahathir dengan lebih berani, mengorbankan rakyat sendiri untuk menjaga kepentingan beliau dan juak juak dalam UMNO untuk mempertahankan kuasa. Islam dijadikan isu untuk membunuh PAS, adalah satu niat jahat UMNO yang tidak berperi kemanusiaan dan takut untuk menghadapi realiti bertarung secara demokrasi bebas, pilihan raya bebas! Cabaran masa telah mengajar Mahathir yang tersepit dengan sebuah kegagalan kerana terlalu tamak mengaut hasil negara untuk kekayaan sendiri, beliau sanggup melakukan apa saja asalkan hasratnya terjamin.

Lantas, bagi menghadapi pilihan raya kali ini, beliau menyeru semua dalam UMNO dan BN menyerang PAS dari semua sudut. Tindakan ganas oleh pengikut pengikut UMNO sewaktu di dalam pilihan raya kecil yang baru lalu, tidak pernah di tangkap dan tidak pernah di bawa ke pengadilan. Mereka, UMNO boleh melakukan adengan samseng terhadap orang yang tidak melawan, di bolehkan! Tidak salah di segi undang undang! Polis yang menjadi anjing UMNO, tidak pernah menepati slogan sebagai pencegah jenayah dalam menjaga keselamatan dan keharmonian rakyat. Kes kes salah laku UMNO dalam jenayah terlepas, tapi SPEAKER DUN Kelantan, berkahwin secarah sah, ditankap dan dibawa ke pengandilan dan di hukum! Inilah UMNO! Berkahwin bawa lari bini orang di Perlis boleh pulak! Siap dengan daftar tak payah pergi Thailand.

Ini adalah salah laku yang besar oleh Mahathir Mohamed yang memframekan KMM dan meletakkan mereka sebagai pengganas. Kalau mereka itu benar benar pengganas tidak mengapa! macam Tamil Ellam dan IRA! Senjata apa yang KMM ada? Rakyat semua nak tahu! Pemimpin yang macam inikah yang kita akan kekalkan di dalam pilihan raya akan datang, sama samalah kita urut dada minta di jauhi Tuhan. Kerana apa? Kerana dia zalim!!!

WASSALAM

laduniseven







______________________
Terbitan : 25 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com