Pada 14 & 15 Mei yang lalu telah berlansung satu Seminar Pengurusan Kebahagian di Renaissance Palm Garden, Putra Jaya anjuran Bahagian Psikologi, JPA. Ia dihadiri oleh pegawai pegawai kaunseling seluruh Malaysia. Tahniah kepada Dato Dr Mat Saat. Ianya sangat bermanafaat kecuali untuk perkara berikut:
1. Prof. Syed Naguib Al-Attas menyanjung keberanian Perdana Menteri menentang pendapat barat mengenai keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Menurutnya Malaysia sahaja yang berani menentang pandangan Barat ini. Saya hairan kenapa seorang ilmuan yang bertaraf antarabangsa membutakan mata kepada negara Islam Iran yang sentiasa menentang sikap sombong barat tak kira di mana sehingga kini tidak berminat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan The Great Satan. Padahal orang dikagumi sanggup menangkap orang-orang Islam dan disumbat dalam penjara semata-mata untuk mengambil hati Bush, musuh Islam yang nyata.
2. Seorang lagi ialah Haji Pawan Cik, pemilik Pyraco Sdn Bhd yang menyindir mereka yang mengkritik Mahatir . Beliau juga menunjuk gambar yang kononnya serban nabi dan tempat tidur nabi. Saya kurang percaya apatah lagi ianya dari Turki. Usahlah nak angkat Mahatir pada forum begitu. Apa takut tak dapat kontrak kah?.
3. Penyertaan Dato Dr Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia menambah cela seminar tersebut. Mana bisa seorang yang dipercayai ada skandal sex menasihat perserta supaya mengawal dorongan nafsu sex untuk mencapai keharmonian diri.
4. Yang paling buruk ialah penyertaan Tan Sri Kadir Talip, Iman Masjid Putra Jaya sebagai ahli forum. Sudahlah tiada yang baru dari idea beliau malah mengambil kesempatan menghentam mereka yang memanggil Mahatir Mahafiraun dan mengecam tok guru kerana perkataan barua. Tindakan beliau yang keluar dari topik menyebabkan perserta tidak puas hati hingga ada yang berani mengeluar kata-kata "hoi sudahlah' dengan nyaring. Beliau juga mengatakkan ajaran songsang satu pandangan ulamak (hadis ?) yang mengatakan "dunia ini penjara bagi orang Islam dan surga bagi oang kafir". Beliau hanya melihat makna ayat tersebut tetapi tidak meneliti apa yang tersirat. Inilah mungkin dikatakan sudahlah jahil, menjahilkan orang pula.
Bagimanapun Dato Dr Mat Saat Baki, Prof dari UKM dan UUM telah menyampai kertas mereka begitu professional.
laporan pegawai kaunseling
______________________
Terbitan : 21 Mei 2002
Ke atas
Home