Membaca catatan Dato' Seri Anwar bekas TPM merangkap Timbalan parti kapiaq UMNO dalam ruangan dua muka surat penuh Harakah memang cukup menyedihkan bagi mereka yang mempunyai perasaan,walau bagi orang kapiaq UMNO pastinya ianya tak akan membawa apa-apa pada jiwa mereka.
Bayangkanlah berada dalam kurungan yang yang hanya mempunyai sebuah tingkap untuk udara keluar masuk dan tak boleh berhubung dengan sesiapa pastinya membuat penghuninya menjadi gila atau separa gila.
Walaupun ujian yang menimpa DSAI tidaklah sehebat para Nabi ,Sahabat dan Ulamak yang terdahulu tetapi kesanggupan beliau untuk terus berada dalam ranjau yang berduri sepatutnya dikagumi.Tak semua orang dapat menempuhnya seperti yang dilalui oleh beliau.Bekas Naib Presiden PAS yang menjadi Preseden kapiaq mengkapiaq UMNO satu masa dulu belum kena pun dah mengalah,begitu juga dengan seorang Ulama yang dikagumi oleh ahli PAS ceroi Ustaz Shamsuri juga tak sanggup untuk menghadapi semua itu dan memilih jalan untuk berkempen bagi parti kapiaq UMNO pada pilihanraya Indera Kayangan yang lalu.Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada pada di dalam hati kecil DSAI.Kita berharap semoga keiklasan sentiasa besamananya.
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memuji atau memuja mahupun mengutuk DSAI tetapi ingin mengajak DSAI ,keluarga dan pengikutnya bermuhasabah deretan peristiwa sejak DSAI besama parti kapiaq UMNO sehingga kini.Bukan pula untuk memecah belah perpaduan antara BA yang bersiap untuk menghadapi pilihan raya pada masa yang terdekat ini.
ANWAR ZAMAN BLUES
Anwar aku kenali sejak di darjah dua lagi.waktu tu aku bersekolah di sekolah Anwar bersekolah waktu kanak-kanak dulu.nama Anwar menjadi sebutan para guru pada ketika itu kerana bangga bekas anak murid mereka dah jadi menteri.(waktu tu beliau menjadi menteri belia dan sukan)Aku pun turut berbangga .Aku ingat lagi bila dia bersembahyang jumaat di masjid dekat rumah aku ,bapa aku suruh aku pakai kopiah hitam.Aku tak tahu pasal apa tapi mungkin nak tunjuk pada Anwar yang Permatang Pauh sudah tak ada PAS lagi.Aku tak kisah semua tu,lagi pun masa tu kanak-kanak bukan macam kanak-kanak sekarang yang dah pandai PAS/UMNO.Bila sekolah aku menyambut ulang tahun jubli perak masa aku di darjah empat nama Anwar sekali lagi menjadi sebutan dan kebanggaan warga sekolah.Wajahnya menghiasai ruangan sekapur sirih dalam buku cenderahati.Beliau di jemput untuk makan malam bersama para guru dan pembodek guru(pengawas).Aku masa tu manalah cikgu nak pandang
ANWAR SUNSET SUPERMAN
Pilihan raya 1986 aku dah masuk tingkatan dua.Waktu tu Anwar bertanding di Permatang Pauh.Walau masih sekolah tapi dah mula buat kerja untuk parti kapiaq umno.Kerja aku mudah saja buang semua lambang dan bendera PAS yang ada.Pada pilihanraya tahun 1990 Anwar yang masih berencik pada ketika itu berapi rapi mengutuk Tengku Razaligh masa datang kempen kat dewan kampung aku.Di hinanya Tengku kerana jadi nak teruna tua.Aku masa tu dah jadi petugas rasmi parti kapiaq umno walau tak pernah di bayar walau satu sen pun.Tak apalah sebab kata Anwar dia akan pertahankan kampung aku dan kampung jiran sebagai sebuah kampung melayu sampai bila bila.Masa tu akulah yang sambut Anwar dengan bendera kapiaq UMNO di persimpangan jalan sehinggalah masuk kedalam kampung.
ANWAR BLACK SABBATH
Kali terakhir aku jumpa Anwar masa aku jadi polling agent dalam pilihanraya tahun 1995 sewaktu Anwar bertanding dengan Ustaz Mohzani dari PAS dan Melayu DAP yang aku tak ingat namanya lagi di parlimen Permatang Pauh.Masa ni aku dah tak jadi pertugas parti kapiaq umno lagi.Musuh aku kali ni bukan PAS lagi tapi orang yang aku puja pada tiga pilihanraya yang lalu.Anwar datang melawat saluran yang aku bertugas lebih kurang pukul 2.30 petang dengan isteri dia Kak Wan.Aku benci betul tengok wajahnya.berpura pura baik pada pengundi.Aku lari keluar bila dia masuk untuk bersalam dengan pertugas SPR dan parti yang bertanding.Inilah kali terakhir aku tengok wajahnya secara live.Lepas pada tu kalau aku tengok gambar dia dalam TV pun aku ludah.Sampailah sekarang aku tak pernah tengok lagi wajah dia .
ANWAR DREAM EVIL
Tahun 98 adalah mimpi ngeri bagi pemimpin parti kapiaq umno yang berjiwa besar ni.Selepas menolong pelampau hindu di Kampung Rawa dan kalah dalam pilihanraya Arau nasibnya semakin malap. Mahathir yang membawa dia menjadi kapiaq dulu sudah tak memerlukannya lagi.Bukan kerana Anwar ni ada ciri ciri Islam kerana masa tu sememangnya Anwar sudah kapiaq dan dia sendiri yang memilih untuk menjadi kapiaq.Bukan juga kerana Anwar anti Kronisme atau Nepotisme ,kerana Anwar juga kaki kroni pada ketika itu.Bukan juga kerana Anwar cuba menegak demokrasi dalam UMNO kerana dia juga anti demokrasi.Anwar di buang kerana Mahathir tahu yang Anwar akan melawannya dan cuba nak jadi PM.Inilah hakikat yang perlu Anwar dan keluarganya tahu walaupun sememangnya mereka tahu.
UMNO ITU KAPIAQ DAN KAPIAQ ITU UMNO.
Orang sering mengatakan bahawa Mahathir adalah punca kepada kerosakan UMNO.Kalau dulu UMNo adalah pejuang bangsa dan ugama tapi sejak Mahathir menjadi Presiden UMNO sudah mula lari dari perjuangannya.Inilah pendapat mereka yang bahalol lagi benggap.Mahathir hanyalah pelengkap kepada kezaliman UMNO.Walau selepas ini Tok Guru yang menjadi Presiden UMNO ,UMNO tak akan berubah tapi yang berubah adalah Tok Guru.Yang rosak adalah Mahathir bukannya UMNO.UMNO tetap UMNO.UMNO yang merosakan Mahathir bukannya Mahathir yang merosakan UMNOKalau mahathir bersama PAS adakah keadaan yang ada padanya sekarang akan terjadi.UMNO di tubuhkan adalah untuk menghancurkan Islam.Anwar sendiri memilih untuk berlawan dengan Islam.Kehadiran Anwar dalam UMNo tak membawa apa apa kesan kepada kebangkitan Islam Siapa yang tandatangan lesen judi,kilang arak dan tempat maksiat kalau bukan Menteri Kewangan.Kalau masa dalam ABIM dulu yang itu haram yang ini haram tapi bila bersama parti kapiaq UMNO yang haram dah jadi halal dan yang halal dah jadi haram.Kalau setakat salam dengan perempuan tu biasalah katanya.Bukankah Anwar yang berubah dan bukannya UMNO yang berubah.Tak perlulah nak berbangga yang Anwar buat Bank Islam dan Universiti Islam.Shahidan Kassim yang menjadi calon neraka yang ketujuh pun boleh buat kalau nak dapat undi rakyat.
KALAU ANWAR MASIH BERSAMA UMNO
Anwar sepatutnya berasa bersyukur walaupun berada dalam kurungan tanpa seorang teman pun tetapi ianya lebih baik dari berada dalam neraka yang bertemankan UMNO,MCA,MIC dan kafirin serta munafiqin.Kalaulah Mahathir tak buang Anwar dari parti kapiaq UMNO sudah pasti sekarang Anwarlah yang akan menyokong Israel sebelum Mahathir.Bukan kita tak tahu yang Anwar juga penyokong Salman Rusdee satu ketika dahulu.kalau Anwar masih bersama UMNO lagi sudah pasti kumpulan anak haram KRU lebih mudah untuk buat konsert bergerak.Bukan kah dulu MB Kedah Sanusi tak benarkan kumpulan anak haram ni buat konsert kat Kedah tapi Anwar benarkan?Kalau Anwar masih bersama UMNO tentu lebih banyak lagi kedai judi dan kilang arak di buka.Pendek kata kalau Anwar masih bersama parti kapiaq umno sudah pasti namanya menjadi top ten dalam carta ahli neraka.Bukankan ini satu kifarah dari kesilapan yang Anwar lakukan pada masa yang lalu.Sabar sajalah…..
MAHATHIR SELAMATKAN ANWAR DARI API NERAKA.
Oleh itu walau berat badan memikulnya aku rasa lebih baik Anwar dan keluarganya redha saja.Bukan mudah untuk masuk syurga.Kalau setakat isi borang kemudian dok rumah tunggu menang banyalah ceritanya.Anwar perlu banyak bersyukur kerana keadaanya sekarang membuat ramai manusia terselamat dari kesesatan.Orang tak akan kenal Tian Chua kalau tak terjadi cerita Anwar.Saifudin Nasution sudah pasti menjadi dalang kepada kehancuran Islam kalau tak terjadi cerita Anwar.Bagaimana pula dengan Luqman Adam kalau masih bersama UMNo?Sudah pasti sekarang dan jadi teman lelaki ketua persatuan homosexs Malaysia.(Dato'Hisham).Yang pastinya Anwar sudah pasti menjadi musuh aku nombor wahid sebelum Yahudi.
MAAFKAN AKU
Akhir sekali aku memohon maaf kiranya tulisan ini melukan hati Anwar dan keluarganya.aku sendiri tak pasti sama ada laman web pro demorkrasi akan siarkan atau tidak tulisan ini.Aku sentiasa doakan semoga Anwar mampu menghadapi mujahadah seorang pejuang.Bagi teman dalam keADILan semoga semangat perjuangan kamu tak akan luntur.Biarlah cat ICI yang disapukan didalam hati kamu itu tak akan luntur seperti yang diiklankan didalam TV.Buat Kak Wan jangan takut kami akan pertahankan Permatang Pauh sehingga lafaz kalimah Allah yang terakhir.Biarlah ribut datang melanda namun lautan yang bergelora tetap kami akan harungi.Sampaikan salam aku pada Anwar.InsyaAllah kami akan mengantikan bilik penjaranya jika perlu.Bukan saja sebelah bilik mayat tetapi besama mayat pun kami sanggup insyaAllah demi menentang kapiaq UMNO.Semoga Allah menguniakan keiklasan kepada kita semua kerana Iblis akan menyesatkan siapa saja keculai mrereka yang ikhlas.
Kalau ikan tengok sisik,
Kalau burung tengok paruh,
Kalau ayam tengok taji,
Kalau orang tengok apa?
Tak kan nak tengok bulu hidung!!!!!!
LY -May 2002
______________________
Terbitan : 26 Mei 2002
Ke atas
Home