KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan dijangka akan tunduk dengan kehendak
Perdana Menteri, Mahathir Mohamad apabila mengumumkan keputusan kes
Rayuan
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi. Sumber-sumber yang rapat
dengan
Putrajaya memberitahu bahawa satu formula telah dicapai antara Perdana
menteri dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dzaiddin Abdullah mengenai
perkara tersebut.
Formula tersebut ialah Mahkamah Persekutuan hanya akan menyalahkan
Mahkamah
Tinggi, tetapi tidak Mahathir dan kerajaan apabila keputusan diumumkan.
Caranya ialah dengan menyalahkan Mahkamah Tinggi dan Dato' Augustine
Paul
kerana tidak memulakan hukuman terhadap Anwar dari tarikh ditangkap,
iaitu
tujuh bulan lebih awal. Ini bererti tempoh hukuman Anwar yang akan
berakhir
pada bulan April tahun depan dibawa ke bulan Ogos tahun ini.
Formula ini disahkan lagi apabila Mahathir memberitahunya kepada DYMM
Sultan
Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini.
Kesimpulannya hukuman ini tidak membawa apa-apa erti kepada Anwar
kerana ia
akan tetap menjalani baki hukuman sembilan tahun kes kedua. Tidak
seperti
sekiranya jika Anwar didapati tidak bersalah ,beliau mungkin akan
diberi
ikat jamin dan dibebaskan.
Menurut sumber itu lagi, Mahathir sekarang menghantar setia usaha
politiknya
menemui Dzaiddin setiap hari ke rumah Dzaiddin bagi tujuan itu. Draf
pindaan
Tempoh persaraan ketua hakim yang melibatkan Dzaiddin dijadikan bahan
tawar-menawar antara kedua pihak.
-Mahakuda
______________________
Terbitan : 6 Mei 2002
Ke atas
Home