MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Kecelaruan Dunia Kampus: Minta Maaf Profesor!

Oleh: Hj Mohnas

SEBELUM ini, kita selalu mendengar peringatan pemimpin negara, terutamanya Perdana Menteri, supaya mereka yang tidak berpuas hati, menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan mereka. Selalunya, ingatan tersebut dibuat, apabila terdapat individu, terutama dalam parti itu mendedahkan sesuatu atau bertindak menyanggah sesuatu keputusan atau peribadi.

Peringatan tersebut ada benarnya, khususnya dalam suasana demokrasi berjalan dengan baik.

Namun, tiba-tiba seperti berlaku swing pula pandangan tersebut. Sepatutnya pandangan Perdana Menteri itu harus dihormati, dan rakyat pun mula menggunakan saluran yang betul dan sah menyampaikan pandangan mereka. Terutama pemimpin parti pembangkang, mereka antara yang paling mematuhi nasihat seorang Perdana Menteri itu, meski pun dalam banyak hal tindakan pemimpin di ambang senja itu tidak disetujui. Sebab itulah, mereka menggunakan PDRM, BPR dan kedutaan asing, termasuk juga Suhakam.

Benar, Suhakam adalah saluran yang betul dan tepat, sah kerana ditubuhkan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Luar. Justeru, membuat pengaduan kepada Suhakam, meski dengan bidang kuasa yang terhad dan tiada upaya penguatkuasa, tetapi Suhakam dilihat antara saluran yang dapat disalurkan pandangan tersebut.

Sama ada, tindakan susulan berjaya atau tidak, ia sudah jadi soal kedua. Soal pertamanya, Suhakam adalah saluran tepat dan sah, malahan, berdasarkan nasihat PM supaya menggunakan saluran yang betul pula.

Lalu, bagaimana pula tiba-tiba ada pihak yang berada di bawah kerajaan, dipilih dan dilantik kerajaan, merasakan pengaduan kepada Suhakam merupakan tindakan bercanggah dengan undang-undang kampus? Dan apa halnya, apabila sejumlah siswa membuat pengaduan kepada Suhakam yang ditubuhkan kerajaan dan berdasarkan nasihat PM itu, dijatuhkan hukuman bersalah?

Ia adalah kecelaruan. Kecelaruan ini wajib dijawab Profesor Mohamed Mansur Abdullah. Kalau tidak, orang bukan sahaja nanti menuduh UTM sudah bercelaru, bahkan juga takut-takut ada yang menfitnah otak profesor pun ada yang bercelaru.

Kita tidak mahu melihat kreadibiliti golongan akademik dipertikaikan dengan kecelaruan yang ada ini. Biarlah, orang mempertikaikan benak dan otak ahli politik, tetapi janganlah pula sampai orang menjadikan otak dan benak golongan cerdik pandai dan cendikiawan ini seperti bola sepak yang boleh dilantun ke sana dan ke sini.

Dalam masa yang sama, saya merasakan pandangan Profesor Hamdan Adnan, salah seorang pesuruhjaya Suhakam yang agak berkaliber, kurang tepat apabila menggambarkan tindakan UTM tersebut tidak menghormati Suhakam. Saya merasakan, tindakan tersebut bukan semata-mata tidak menghormati Suhakam, bahkan tidak menghormati Kementerian Luar dan kerajaan itu sendiri, malah secara tidak langsung, tidak menghormati Perdana Menteri!

Nampaknya sekarang, kecelaruan yang sebelum ini banyak dikaitkan dengan dunia politik UMNO, sudah merayap masuk ke kawasan autonomi kampus, yang dalamnya sepatutnya subur pemikiran dan keintelektualan, berasaskan pandangan rasional dan matang. Ia adalah petanda buruk di tengah kita berkira-kira mahu melahirkan peradaban keilmuan yang tinggi.

Sepatutnya dalam sesebuah kampus erti dan makna demokrasi lebih difahami warganya, terutama golongan akademik. Mahasiswa hanya berada dalam dunia kampus, hanya semasa proses pembelajaran dalam lingkungan empat hingga enam tahun, tetapi golongan akademik sekiranya tidak meninggalkan dunia kampus untuk menceburi dunia profesional yang lain, akan berada di situ sehingga bersara. Malahan, sesudah bersara sekali pun, golongan akademik ini akan tetap dikenal akrab dengan dunia kampus.

Ia adalah title. Ia juga adalah penghormatan. Ia semestinya dianggap status seumur hidup. Justeru, ia tidak wajar bercelaru!

Malangnya, dunia kampus kita tidak lagi semanis teorinya. Barangkali, Baghdad, Andalusia dan puncak ilmu peradaban Islam dulunya, hanyalah arkib yang tersimpan dalam perpustakaan universiti kita.

Bagaimana golongan akademik kita mahu memimpin gedung ilmu semula Baghdad dan Andalusia, kalau mereka diketuai pemikir yang bercelaru? Maaf kalau pandangan saya ini agak biadap kepada golongan akademik, tetapi kalaulah golongan ini sendiri tidak menghormati ilmu dan pemikiran mereka sendiri, bagaimana pula anak belasahan nanti mahu memuliakan mereka?

Kadang-kadang, manusia semakin bijak, masih perlu belajar, bagaimana mahu memelihara bijaksana mereka itu!

=====







______________________
Terbitan : 26 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com