MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Pesara senyum sinis dengar saranan Khir Toyo

Majoriti pesara-pesara kerajaan di negeri Selangor tersenyum sinis meneliti ucapan Khir Toyo seperti diucapkannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan ke -15 persatuan di Bukit Megawati, baru-baru ini yang menyeru mereka agar 'bersatu' dengan kerajaan ( Umno ? ) dan jangan takut memberikan saranan serta pandangan.

Sepatutnya Khir Toyo merasa malu sendiri membuat ucapan dan melahirkan harapan demikian kepada kalangan pesara yang pernah ' dikerjakan ' oleh pemimpin-pemimpin Umno semasa mereka bertugas menjadi orang kerajaan dahulu. Kerana ramai di kalangan mereka terutama kalangan guru-guru telah ditekan, diugut malah diambil tindakan bertukar tempat bertugas, tanpa memikirkan apakah kesusahan dan kesulitan mereka hadapi !.

Pesara bukan kalangan guru mungkin hanya menerima tindakan diberi amaran oleh bos mereka atau ditukar tempat bertugas bila dilihat mirip atau menyokong parti BA. Tetapi pesara kalangan guru ( terutama guru agama ) tidak cukup dengan tindakan demikian, hatta setelah bersara pun mereka masih diambil tindakan dan terus menerus ditekan….ditekan….ditekan !.

Cuba saksikan berapa ramai kalangan pesara guru agama di negeri Selangor yang bertugas sebagai pegawai-pegawai masjid ./ surau serta guru-guru takmir telah dipecat secara 'halus' dari jawatan yang disandang secara sukarela dan kerana Allah, semata-mata kerana mereka mengambil sikap tidak mahu bersekongkol dengan parti Umno dan pemimpinnya yang tidak mahu menerima teguran secara hati terbuka, selepas melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum agama dan budaya bangsa

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga di kalangan anak-anak pesara guru agama yang memegang jawatan sebagai pengetua sekolah / kolej terus menerus diberikan tekanan politik hingga kini dan ada yang ditamatkan tugas ( kontrak ) kerana ibu bapa mereka di kampung menjadi ' orang kuat ' atau penyokong kepada parti BA.

Kita ingin bertanya kepada Khir Toyo selaku ketua parti Umno di Selangor adakah yang dilakukan itu betul dan adil ?. Kenapa anak-anak perlu menerima hukuman , padahal ibu bapanya yang dianggap bersalah ?….Kalau dikaji selidik tindakan cara begitu tak ubah seperti tindakan raja Melayu pemerintahan Sultan Melaka terhadap bendaharnya yang dijatuhkan hukuman bunuh hingga kepada anak menantu serta cucu cicit sekali !. ( Amat ketinggalan zaman, kalau ada orang yang masih hendak melaksanakannya pada zaman IT ini ! ).

Sebenarnya, kalau ingin diceritakan bagaimana Umno melakukan tekanan dan kezaliman terhadap kalangan guru di negeri Selangor ini tak mampu rasanya kita mendengar dan hendak dicatatkan di sini. Tanyalah sahaja kepada pesara guru yang mengalaminya, mereka boleh bercerita panjang dari A sampai Z !…..

Kerana itu tidak hairanlah apabila seorang guru telah bersara, mereka lantas terus terang menyokong parti BA. Malah ada di antaranya menjadi penceramah BA di pentas-pentas ceramah dan menjadi ketua atau AJK cawangan parti BA ! ( Mungkin dalam pilihanraya akan datang akan jadi salah seorang calun parti BA . Jangan terkejut ! ….) Kenapa boleh berlaku keadaan begitu kepada mereka ?….Sebabnya, kerana mereka ingin melahirkan sikap 'menentang' kepada parti Umno dan pemimpinnya yang terlalu menzalimi mereka semasa dalam bertugas dahulu. Selain itu, kerana mereka mahu 'membetulkan' parti Umno dan pemimpinnya dari luar parti….. ( Kalau masuk ahli Umno, mulut mereka akan dikunci dan disumbat dengan berbagai rasuah ! . Itu jadi amalam dan wirid mereka…..).

Seterusnya, rakyat berharap kepada ahli persatuan pesara kerajaan di negeri Selangor janganlah terlalu ' menelan ' sangat saranan pemimpin Umno yang hanya mahukan sokongan demi kepentingan diri dan politik mereka. Fikirkanlah, siapa yang bercakap dan apa yang dia mahu di sebalik janji-janji manis kepada ahli dan persatuan. Bukankah sudah disebut ' mati semut kerana gula '. Fikirkan juga persatuan pesara bukanlah merupakan satu ' cawangan ' Umno yang 'mesti ' tunduk bersetuju kepada segala tindak tanduk parti dan pemimpinnya…Kalau dua tiga kerat pemimpin persatuan menyokong Umno secara terbuka, biarlah mereka dengan sikapnya. Itu hak mereka berpolitik. Tapi, jangan pula seluruh ahli persatuan hendak diheret dan dijadikan Umno !.

Kepada ahli-ahli persatuan pesara, rakyat ingin mengajak mereka supaya muhasabah diri masing-masing. Berfikirlah secara ' orang tua '. Umur telah lanjut dan kubur semakin hampir….. Takkanlah dari dahulu hingga sekarang terus menerus mahu melakukan perbuatan sia-sia saja…. Bagi mereka yang pernah dizalimi oleh Umno dan pemimpinya, ingatlah bagaimana susah dan sulitnya anda menerima ' hukuman ' dari mereka semasa bertugas dahulu. Sekarang orang yang sama ( sewaktu dengannya ! ) cuba menghulurkan tangan kanan untuk bersalaman, tapi tangan kirinya sudah siap sedia dengan seutas tali untuk mencucuk hidung , ditarik ke mana-mana yang mereka suka dan akhirnya anda akan jadi korban politik dan kepentingan mereka !. Awaslah…….

NAKDESADIKOTA.







______________________
Terbitan : 27 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com