MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Pembangunan : Senjata Umno Tanjong Karang.

Isu pembangunan tetap menjadi pilihan dan 'senjata berpuaka' kepada parti dan pemimpin Umno Bahagian Tanjong Karang untuk melemahkan pengaruh parti PAS dalam bahagian itu. Ini diperkuatkan lagi dengan siaran TV dan akhbar arus perdana yang terus menerus memburukkan Dr. Hassan Ali selaku ADUN Sungai Burung , yang kononnya tidak berupaya membawa pembangunan di kawasannya, walaupun pernah berjanji akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik-baiknya selepas 100 hari menang pilihanraya umun lalu.

Bagi ahli-ahli PAS yang tulin, senjata itu memang sedia dimaklumi dan mereka tidak merasa gentar dengannya. Namun bagi ahli-ahli PAS ' baru ' terdiri daripada mereka yang dulunya telah pernah ' makan minum dan mandi ' bersama dengan Umno sejak lama, kadangkala tergugat juga pendirian mereka apabila melihat ketua-ketua cawangan Umno ( termasuk yang baru ditubuhkan ) sudah ada perubahan dari segi fizikalnya…..Dan ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian bahawa hanya Umno sahaja yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat !.

Seperti dilaporkan, Noh Omar selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang pernah memberitahu dalam satu mesyuarat agung PIBG sebuah Sekolah Rendah Agama di DUN Sungai Panjang ( SRA Sungai Haji Dorani ) , kalau mahukan wang peruntukan untuk pembangunan apa sahaja di kampung-kampung , panggillah wakil rakyat Umno/ BN. Wakil-wakil rakyat pembangkang seperti Dr.Hassan Ali ( ADUN Sungai Burung ) dan Ustaz Solehen Mohyi ( ADUN Sungai Besar ) tidak guna dijemput , kerana mereka tidak ada wang……

Isu pembangunan ini juga disemarakkan lagi oleh 'ahli kedai kopi ' Umno yang sengaja memperbesar-besarkannya supaya ahli Umno yang berpaling tadah, balik semua ke pangkuan parti Umno secepat mungkin. Ia ditambah pula dengan ' paluan gendang kosong ' serta gembar-gembur kemasukan beberapa ' kerat pemimpin ' parti pembangkang ( seperti Haji Mee - Sungai Haji Dorani ) ke dalam Umno ( Walaupun kemasukannya ke dalam Umno semula kerana tekanan dan tertawan dengan tawaran-tawaran lumayan ! ).

Memandangkan isu-isu tersebut berterusan dilakukan oleh pengampu-pengampu Umno dan sedikit sebanyak ada kesannya atau sekurang-kurangnya melahirkan keraguan di kalangan mereka yang ' muallaf ' dalam PAS, pihak pemimpin PAS semua peringkat tidak wajar berdiam diri dan terus yakin 'senjata' yang digunakan oleh Umno Tanjong Karang itu tidak menggungat sokongan kalangan akar umbi.

Dipahamkan, ahli dan penyokong PAS seluruhnya tidak rela benih kemenangan yang mula bertunas di DUN Sungai Burung itu akan layu dan mati akibat serangan 'serangga' yang dicipta oleh Umno itu. Mereka mahu benih yang bertunas itu terus subur dan membesar, supaya rantingya boleh ' ditut ' untuk dijadikan benih dan ditanam pula di DUN Sungai Panjang yang dimenangi oleh Khir Toyo dengan majoriti tipis, pada pilihan raya umun akan datang.

Dr Hassan Ali ( ADUN Sungai Burung ) dan Ustaz Solehen Mohyi ( ADUN Sungai Besar) dan AJK Lujnah Penerangan masing-masing mungkin boleh membuat perbincangan yang berterusan , bagi merangka satu strategi bersama menangkis dan membasmi isu-isu pihak Umno tersebut. Kalau di DUN Sungai Besar isu pembangunan mungkin kurang hebat diperkatakan, tetapi masih ada isu lain yang dimainkan oleh pemimpin Umno bahagian Sabak Bernam memerlukan kedua-dua wakil rakyat dari PAS itu 'duduk semeja ' dan berunding bersama-sama demi pertumbuhan dan penyuburan PAS di kawasan masing-masing. (Demikian juga diharapkan kepada wakil-wakil rakyat BA di kawasan lain di negeri Selangor ).

Penyokong dan ahli PAS di kawasan-kawasan terebut sebenarnya terus menunggu apakah ubat atau pil yang ' dicipta ' oleh Dr.Hasaan Ali sebagai seorang pakar motivasi, untuk memusnahkan sama sekali isu-isu pembangunan yang terus digembar-gemburkan oleh pemimpin dan pengampu Umno itu. Mereka tidak mahu mendengar dan mengetahui 'kelahirannya' untuk digunakan, apabila masa sudah sangat hampir dengan pilihanraya umum kelak. Kerana jarum jam itu terus berputar amat pantas menggenapkan bilangan masa 24 jam !………

NAKDESADIKOTA.







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com