MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

5 Penulis Jadi Alat ZAM

Oleh Ummu Natasya
ummu_natasya@hotmail.com

SENATOR Zainuddin Maidin (Zam) berjaya mempergunakan RTM (TV) untuk dijadikan alat politik sempitnya, mengampu Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad; dengan menyerang Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang juga Anggota Parlimen kawasan Sik.

Butir-butir serangannya; mencadangkan supaya gelaran SN ditarik balik atau Dato' Shahnon menyerahkan semula gelaran itu kepada kerajaan.

Beberapa orang budak penulis yang dijadikan kuda tunggangan Zam pun diinterview dan disiarkan pandangan mereka di kaca TV. Antaranya Ayob mamat (Kawat), Azahar Othman (novelis), SM Noor (Pelita), Dr. Ahmad Razali (Pesara DBP) dan Gunawan Mahmood (Kakitangan kerajaan) senada mahukan gelaran SN yang Shahnon pegang ditarik balik. Budak-budak ini menjadi alat Zam. Dulu, apabila ada seorang dua pemimpin keADILan bercakap di luar negara mengenai kezaliman pemerintahan di Malaysia, ada seorang dua budak-budak Umno menjerit meminta taraf kewarganegaraan Mohd Ezam Mohd Nor dan seorang dua lagi ditarik balik.

Apakah gelaran SN dan taraf kewarganegaraan seseorang itu sama dengan lessen memandu? Boleh ditarik balik? Apakah kalau Zam jadi Perdana Menteri Malaysia (minta dijauhkan Allah), maka budak-budak berlima ini, Ayob mamat, Azahar Othman, SM Noor, Dr. Ahmad Razali dan Gunawan Mahmnood dapat jadi Setiausaha Parlimen macam Zam yang dilantik oleh Dr. Mahathir Mohamad?

Para penulis ini, termasuk budak berlima ini, lebih baik menulis mengenai penyelewengan menteri-menteri, penyelewengan Tabung Haji, Penyelewengan AIM dan KWSP yang sudah jelas dan nyata. Mengapa mereka tidak ada semangat untuk memperbetulkan kemungkaran? Apakah dengan terdirinya bangunan KLCC maka penyelewengan boleh dibenarkan?

Apakah dengan siapnya KLIA, maka wang rakyat termisikin boleh digunakan untuk membiayai membina mahligai bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar?

Bolehkah sebagai penulis, Dr. Ahmad Razali benarkan Perdana Menteri membina mahligai bernilai RM200 juta?

Bolehkah rakyat digelapkan berita-berita bagaimana wang PNS dilesapkan begitu sahaja oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz?

Bolehkah kehilangan RM80 juta wang KUB hasil dari pengambilalihan Sime Bank didiamkan begitu sahaja?

Yang mereka kecohkan gelaran seseorang. Mula-mula kisah gelaran SN kemudian nanti mereka mahu gelaran Dato' pula ditarik balik. Ini kerja budak-budak tidak cukup akal. Apa ada pada gelaran dan nama? Apakah Shahnon itu akan hilang kehebatannya kalau gelaran SN ditarik balik? Yang jadi masalah, budak-budak berlima ini tidak nampak walaupun matanya terbuka terhadap kezaliman dan kemungkaran.

Budak-budak berlima ini juga tidak dengar walaupun mereka punya telinga. Mereka buat-buat pekak dan buat-buat buta. Ada bakat menulis, mereka asyik menulis perkara khayalan dan cinta semata-mata. Penyelewengan dan kemungkaran tidak mereka "perbetulkan". Saya mencadangkan supaya kelima-lima budak-budak yang jadi alat Zam ini membaca buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Susunan Fadzli Mohd Nor untuk mengetahui lebih lanjut ke mana wang RM40 juta digunakan untuk kepentingan Dato' Annuar Musa, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.







______________________
Terbitan : 14 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com