MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Persiapan Muktamar Pas masih kurang

Assalamualaikum W.B.T

Pada 31/5 ~ 2/6/2002 sekali lagi Kota Bharu di banjiri orang ramai bagi mengikuti Muktamar Agung PAS di PUTIK Pengkalan Chepa. Ini lah kali ke dua PUTIK digunakan bagi tujuan rasmi PAS. Kalau sebelum ini ia di gunakan bagi menyambut sambutan Jubli Emas PAS sempena 50 tahun PAS di tubuhkan tetapi kali ini ianya digunakan bagi melangsungkan Muktamar Agung Parti.

Kalau sewaktu sambutan Jubli Emas baru ini berbagai kelemahan yang diutarakan oleh pengunjung diantaranya ialah kurangnya papan tunjuk arah untuk ke PUTIK. Pada saya teguran ini penting sebabnya ianya menggambarkan keperihatinan pihak yang berwajib keatas para pengunjung.Walaupun sambutan Jubli Emas sudah berbulan-bulan lamanya berlalu namun tidak ada apa-apa tindakan yang di buat. Baru-baru ini pada 11/5/2002 saya berkesempatan melawat ke PUTIK itu pun secara kebetulan kerana anak saya masuk wad di HBKB. Jadi alang-alang dah ada di KB saya pun pergi ke PUTIK bagi meninjau persiapan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Malangnya saya pun sesat juga sebab kurangnya papan tunjuk arah sebab ini adalah pertama kali saya pergi kesana. Disini saya bukannya nak persoalkan layanan yang diberikan oleh orang yang menguruskan pembinaan PUTIK.( Tentang layanan itu memang cukup baik, saya di bawa melawat kesemua tempat dalam bangunan PUTIK dan sempat bersembang dengan Orang yang menjaga PUTIK selama lebih kurang 1 jam di dalam bilik mesyuarat ) Tetapi apa yang nak saya ulaskan di sini ialah kenapa masalah papan tunjuk arah ke PUTIK masih tidak ada apa-apa tindakan sedangkannya ianya penting bagi orang yang pertama kali mengunjung ke PUTIK.

Semalam 25/5/2002 saya pergi sekali lagi kesana tetapi keadaanya masih sama. dan di ruangan ini juga saya ingin memberi komen yang mana saya ternampak kain rentang yang menghebahkan tentang Muktamar Agung PAS yang terletak di lampu isyarat simpang empat Kubang Kerian berdekatan dengan HUSM ( Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian ). Kain rentangnya warna hijau tua manakala tulisannya warna hitam dan diletak ditempat tinggi.(Lihat Gambar yang diberi) Jadi macamana orang dapat baca.

Oleh itu saya mengharapkan kepada pihak yang berkenaan dapat membuat sesuatu supaya kes yang sama tidak berulang lagi untuk kali ke dua. Semoga semua para pengunjung dapat pulang dengan hati yang senang apabila habisnya Muktamar Agung PAS nanti.

Wassalam.

"SELAMAT BERMUKTAMAR"

Nor Hasin.





______________________
Terbitan : 28 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com