Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang paling
kaya di Malaysia yang menjadi idaman parti pembangkang
sekian lama. Dimana mana ceramah pembangkang sebelum
pilihanraya ‘99 kalau tidak kesemua nya tapi
diselitkan idaman mereka jika Terengganu dimenangi PAS
atau BA, maka PAS tidak akan menghadapi masaalah
keewangan kerana Terengganu ada duit royalty. Malah
didalam manisfesto PAS sendiri disebut, PAS akan
berusaha menambahkan royalty ini dari 5 % kepada 20 %.
Ditakdirkan tuhan didalam pilihanraya yang lepas BA
memenangi Terengganu hampir menyapu bersih kerusi
DUNnya. Riang gembira para penyokong BA tiada
tandingnya kerana dapat satu negeri lagi selepas
kelantan.
Malangnya masa honey moon BA tidak lama. Kerana ada
makluk makluk yang dengki dengan kejayaan orang melayu
yang berugama islam ini. Pendengki juga mengaku
memperjuangkan kepentingan melayu dan juga berugama
islam. Oleh kerana kefahaman politik yang sempit puak
disana yang menjadi kerajaan lebih besar (pusat) dari
kumpulan UMNO melakarkan satu lagi kisah sandiwara
untuk tatapan rakyat marhaen.
Oleh kerana kebimbangan yang amat sangat (gila kuasa)
Terengganu tidak mungkin akan dicuri lagi dari BA maka
diolahnya cerita dengan tajuk wang royalty vs wang
ehsan. Mereka yang pakar dalam sandirwara sekali lagi
mengajak pemimpin pemimpin BA ikut serta dalam
menjayakan sandirwara mereka.
Terkejut besar para pimpinan BA kerana tidak menyangka
sandirwara dengki dan khianat puak UMNO begitu jauh
sekali sehingga sanggup membatalkan kontrak yang
dibuat oleh mereka sendiri. Akhir nya siang malam
pensyarah BA turun naik pentas berceramah dengan tajuk
Wang Royalty dan Wang Ehsan. Bersiri ceramah dibuat
untuk rakyat jelata yang masih kehairanan dengan
tindak tanduk kerajaan pusat. Sandirwara ciptaaan
parti UMNO ini nampaknya akan berpanjangan dan
bersiri.
Kerajaan pusat diterajui oleh Umno bermain kasar,
merampas wang royalti untuk Terengganu dan rakyat
jelatanya. Mereka menuduh PAs Terengganu tidak pandai
mentadbir wang itu nanti. Pelik sebuah parti yang
terpalit penuh dengan najis rasuah tiba tiba menuduh
orang lain tak pandai mentadbir duit.
Yang tersangat pelik lagi wang tersebut disalurkan
kepada bekas orang orang besar UMNO untuk mentadbirkan
nya seolah olah wang ini keluar dari keringat mereka.
Seolah olah parti UMNO lah yang mengali minyak dari
Terengganu lansung dihakmilikan hasil royalti
tersebut.
Sudah terlalu terang betapa UMNO yang rakus kuasa dan
gila duit mempunyai satu kepercayaan karut bahawa
sanya hanya UMNO saja lah parti yang layak memerintah
malaysia sampai hari kiamat. Lagi--hanya UMNO saja
yang tahu mengendailikan duit untuk rakyat.
Sepatutnya kalau kerajaan pusat tidak percayakan
kerajaan PAS Terengganu. Elok diberikan duit ini
kepada satu agensi yang bukan ditadbirkan oleh bekas
bekas pembesar UMNO pencen seperti sekarang ini. Kalau
ia ditadbirkan oleh orang seperti Idris Jusoh dan
kuncunya ini bermakna Wang tersebut sudah jadi milik
UMNO, jadi apa jua bantuan dari wang ini boleh
dianggap sebagai wang UMNO kerana UMNO yang memberikan
wang ini kepada rakyat. Jadi tukar saja lah nama wang
ini kepada wang UMNO. Dan UMNO boleh membahagikan duit
ini sesama mereka sendiri dan saki bakinya diberikan
kepada rakyat.
Persoalanya sekarang mampukan bekas bekas pembesar
UMNO
mentadbirkan duit ini dengan baik sedang kan UMNO hari
ini hidup penuh bergelumang dengan rasuah ??? agaknya
sekali lagi UMNO akan menampilkan gaya pemimpin
seperti Anuar Musa yang juga tercalit muka nya dengan
rasuah kerana mentadbir duit rakyat miskin di
kelantan. Kes ini masih belum selesai dalam perhatian
BPR. Sukar untuk kita tidak mempercayainya jejak
rasuah ini tidak diikuti oleh pembesar pencen UMNO di
Terengganu.
Pembahagian ‘wang politik UMNO’ ini begitu hebat
sekali dilaksanakan. Keluar masuk kampong tukang
tukang bahagi ini. Dengan harapan kononya ini lah jasa
UMNO, ini lah duit UMNO jadi rakyat harus memilih UMNO
dimasa akan datang kalau berkehendakan duit ini secara
berterusan. Tak tahu lah dimana logiknya cara
pemikiran puak puak pencen ini. Menjaja nama UMNO
kesana kemari.
Kita harap nasib wang ehsan dan kafilahnya tidak akan
senasib dengan Tabung Haji, Pewaja atau MAS dan
berbelas agensi lain yang kucar kacir pentadbiranya.
Rakyat Terengganu haruslah sedar segala ini hanya lah
sandirwara UMNO untuk merampas kembali Terengganu
dengan mengambil kesempatan duit royalty dan berharap
rakyat Terengganu akan memakan jerat tipuan mereka
yang khianat kepada nilai nilai norma kemanusiaan.
______________________
Terbitan : 24 Mei 2002
Ke atas
Home