MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

BUMI PALESTIN

Barangkali Palestin,engkau tetap setia
pada umat ini; yang kehilangan kekuatan
menghadapi ancaman Ariel Sharon seganas anjing liar,
tetapi Palestin;bumimu tetap setia
memegang Amanah Allah;AlAqsa yang menjadi taruhan
yahudi pun teringin;untuk menjadikan masjidil aqsa
sebagai gereja;mereka pun sebenarnya percaya
ia adalah warisan masjid nabi-nabi,
hanya senya kerana ingkar,bodoh dan sombong
lalu menolak Muhammad sebagai rasul terakhir
dari senarai nabi-nabi,kerana ia bukan
keluarga yahudi.

Palestin; bumi keramatmu pernah diselamatkan
oleh Alayubi dari rempuhan musuh,tetapi kini
engkau berada di tangan mereka
di tangannya penuh senjata moden
sambil menunggang kereta kebal
rakyatmu habis terkorban;menunaikan janjinya
syahid di jalanNYA; bilakah lagi al Ayubi muncul
untuk sekali lagi menyelamatkan
bumi bertuahmu dari kezaliman?.

Palestin; suatu hari engkau pasti bebas
dari angkara Yahudi atau Amerika
mungkin setelah berjuta syuhada
terkorban demimu;atau paling tidak
engkau akan dibebaskan; dari belengu kekafiran
oleh AlMahdi dan Isa alaihissalam;
sekurang-kurangnya begitulah
yang kami percaya dengan penuh keimanan.

Palestin; teruskan perjuangan
walau berjuta syuhada terkorban
kerana perjuangan hanya bererti
setelah banyak memakan korban.

pakitam@yahoo.com
1.5.2002

......................
Catatan : Aktikal terakhir sdr Pakitam di laman ini ialah 26 Oktober 2001. Pakitam sebenarnya mempunyai nama pena lain dan selalu menulis dalam laman ini. Nama pena Pakitam selalunya digunakan untuk sajak dan puisi.







______________________
Terbitan : 3 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com