MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Isu saman lagi: RM2 pun PDrM nak tipu

Nampaknya isu saman ni tak habis-habis di bangkitkan. Mula-mula dahulu Ops Warta II nak dijalankan selepas April 30. Di sebabkan ‘anjing pengesan’ tidak mencukupi Dollah Badui lanjutkan lagi 2 minggu. Selepas tempoh 2 minggu, sapa-sapa yang tak bayar lagi pasti akan di ambil tindakan yang tegas. Apa tidaknya, isu ini telah memalu dan meranapkan reputasi Polis dan Menteri Dalam Negeri. Semua ni gara-gara Mr. Karpal Singh yang bising kerana dia pun kena saman. Polis ni pun satu, kalau nak saman tu bacalah sikit undang-undang tu…..

Ditambah pula oleh Rais anak Yatim yang ‘membongkar’ kebodohan polis dan Menteri Dalam Negeri. Rakyat ‘terkejut’ sejenak…..mungkin inilah pertama kali rakyat marhaen mendengar perkara yang benar dari Rais. Sebelum ini kenyataannya semua bias pada kerajaan. Mengamuk sekejap si Dollah Badui kepada Rais. ‘Rais hang pi explain kat polis tentang isu saman ni!’ Lebih kurang begitulah bunyinya. Tapi hang harus ingat Rais oii….dia suruh hang jangan celupar le tu. Lepas tu si barua Mahadey (Peguam Negara) masa kes DSAI tu pun terpaksa membuat statement yang sama macam Rais setelah disoal oleh wartawan. Kalau tidak dia lah orang yang akan menghalal dan membela segala ketidakadilan dan ke‘brutal’lan PDrM. Kata-katanya lebih kurang macam Rais juga, tapi berlapik dengan suspension yang paling lembut . Kenyataannya seperti berikut:

Semak saman trafik tak wajib - Gani

BANGI 9 Mei - Mengikut undang-undang, pengguna jalan raya tidak perlu menyemak saman lalu lintas dengan polis tetapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mereka digalak dan diharapkan berbuat demikian, kata Peguam Negara Datuk Abdul Gani Patail hari ini.

"Saya rasa kamu kena semak (dengan polis) walaupun kamu tidak menerima surat makluman berdaftar saman (lalu lintas). "Saya percaya, sebagai rakyat yang baik, kamu kena semak jika ada saman atau tidak. Jika ada, kamu kena bayar tetapi jika tidak bersetuju mengenai kesalahan yang telah kamu lakukan, kamu boleh mencabarnya di mahkamah tetapi mengikut undanag-undang, tidak perlu (untuk semak dengan polis) tetapi kita semua adalah orang yang baik-baik," katanya.

"Untuk menahan seseorang, mereka (polis) perlu memohon waran daripada mahkamah dan jika mahkamah mengeluarkannya, barulah mereka boleh ditahan," katanya. Gani berkata demikian ketika ditanya sama ada polis mempunyai hak untuk meminta pengguna jalan raya menyemak saman lalu lintas. – Bernama

Yang syoknya tu dia kata kita orang baik-baik…memanglah rakyat marhaen ni baik-baik, yang tak baik tu cuma Mahadey dan kroni-kroni dia saja yang jahat termasuk hang la Ghani Petai woii. Nampaknya lepas ni Ghani pula kena pergi balai polis terangkan undang-undang dan prosuder perlaksanaannya. Ghani Petai pasti tidak takut dengan Dollah Badui kerana di belakangnya ada Mahadey.

Semalam dalam akhbar Perdana Menteri isu extra charge RM2.00 yang dikenakan ketika bayaran saman di buat di kompleks membeli belah timbul kembali. Kali ini semuanya marah-marah. Polis tipu rakyat lagi, katanya extra charge itu dikenakan oleh telekom. Hari ini bos Telekom nafikan. Alahai PDrM awatlah hampa ni suka sangat dok putaq belit duit rakyat. Kata bos Telekom, polis akan buat kenyataan kemudian. Kita tunggu dan lihat. Aku pasti Dollah Badui akan kata…..”RM2.00 tu sikit saja, tu pun hampa nak berkira sangat ka??”

Nampaknya Umno/Be End dah mula pening kepala kerana rakyat marhaen makin pandai menjawab dan kebodohan PDrM dan ke’tongong’an Dollah Badui makin terserlah. Mari kita semua pakat telanjangkan kezaliman polis dengan menyaman PDrM..termasuklah kes menangkap dan menghalangkan ceramah-ceramah BA. Bagi yang dah terlibat dengan isu saman ni sama-samalah kita bekerja keras untuk memastikan Umno/Be End betul-betul jadi “THE END” pada pilihanraya yang akan datang.

-Panaurama.com







______________________
Terbitan : 15 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com