MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

GURU MESTI DIDIK MASYARAKAT MENJANA KEBENARAN

PERUTUSAN HARI GURU (16 MEI 2002)

GURU MESTI DIDIK MASYARAKAT MENJANA KEBENARAN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga pendidik sempena Hari Guru 2002 pada hari ini. Sambutan ini merupakan satu simbolik pengiktirafan masyarakat terhadap sumbangan guru dalam membangunkan masyarakat dan negara. Melalui sambutan seperti ini, masyarakat diharapkan akan menghargai segala sumbangan guru-guru dan pada masa yang sama guru-guru pula akan meningkatkan komitmen dan kesungguhan mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi warga yang cemerlang dan berguna.

DPP Pusat sempena Hari Guru ini menyeru seluruh warga pendidik supaya mempertingkatkan lagi kesungguhan mereka dalam mendidik rakyat negara ini bukan sahaja dalam konteks akademik tetapi juga mendidik rakyat supaya memahami antara yang dan yang buruk. Pada hari ini guru-guru semacam didoktrinkan supaya hanya berfungsi di sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam pelajaran mereka, tetapi guru-guru dikekang daripada membina kematangan kognitif masyarakat supaya lebih sensitive terhadap pelbagai salah laku yang menyalahi etika kemasyarakatan.

Guru-guru selain daripada memberikan khidmat pendidikan kepada pelajar, mestilah juga terjun bersama masyarakat supaya mereka juga dapat mengutip manfaat daripada ilmu dan pengalaman guru-guru. Guru-guru sebagai kelompok yang disegani dan dihormati oleh masyarakat mesti menggunakan status quo mereka untuk mendidik masyarakat bagi menentang sebarang bentuk kezaliman, penyelewengan, salah laku dan kerakusan yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat juga harus diseru supaya menggandakan usaha untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan supaya mereka dapat hidup aman dan harmoni.

DPP Pusat juga menyeru Kerajaan BN supaya membuka ruang yang lebih besar kepada guru-guru untuk berfungsi sebagai agen pendidik kepada masyarakat keseluruhannya bukan hanya di sekolah semata-mata. DPP Pusat percaya dengan sumbangan guru-guru ini, banyak isu social yang menghantui masyarakat dapat dirungkaikan. DPP Pusat menentang tindakan Kerajaan BN sebelum yang cuba menghalang peranan guru-guru kepada masyarakat melalui pelbagai peraturan semata-mata kerana kepentingan politik. Menimbulkan budaya takut di kalangan guru-guru dengan perlaksanaan akujanji sebenarnya tidak menguntungkan rakyat melainkan kepentingan BN sahaja. DPP Pusat merasakan mungkin telah berlaku pertembungan di antara sumbangan guru untuk membangunkan masyarakat dan BN yang menaja kemusnahan masyarakat.

DPP Pusat juga mengajak guru-guru agar prihatin terhadap masalah-masalah yang melibatkan kepentingan mereka sendiri seperti masalah rumah guru, pencerobohan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru, akujanji dan sebagainya. Akhirnya DPP Pusat mengajak guru-guru supaya bekerja keras untuk membina sebuah masyarakat yang berbudaya tinggi. Melalui peranan besar guru-guru ini, DPP Pusat percaya peradaban bangsa dan umat ini dapat dicernakan agar menjadi lebih gemilang pada masa akan datang.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat







______________________
Terbitan : 26 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com