MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Menunggu buku rasuah Toyo

Oleh PENASAKTI

Bila Ahmad Lutfi Othman memaklumkan bahawa dia kini dalam proses siapkan buku mengenai rasuah Khir Toyo, saya rasa bersyukur. Sudah begitu banyak maklumat dan data yang Lutfi kumpulkan tentang rasuah MB Selangor itu, maka inilah masanya ia dibukukan secara lengkap dan menyeluruh.

Dengan itu, bagi sesiapa yang mahu mengetahui kes salahguna Khir Toyo akan dapat membacanya dengan jelas. Tentulah segala bukti dan keterangan yang Lutfi perolehi selama ini akan dijadikan lampiran bagi meyakinkan pembaca. Biar pengampu Khir tengok bukti taukeh mereka begitu lahap makan duit rasuah.

Saya jugasetuju dengan pandangan bahawa walaupun PM telah menyelamatkan Khir Toyo, ini bukan bermakna beliau akan selamat selamanya. Khir tentu bercita-cita tinggi dalam politik, maknanya tidak cukup hanya menjadi MB Selangor dan MT Umno.

Khir tentu mahu jawatan yang lebih tinggi, dan orang yang akan mendorongnya tidak lain tidak bukan ialah pengampu-pengampunya seperti Dr Karim Mansor, Setiausaha politiknya dan Dr Zamry Abdul Kadir, penasihat utamanya. Dan jawatan paling sesuai untuk Khir mencuba nasib ialah jawatan Ketua Pemuda Umno.

Tapi dengan segala bentuk rasuah dan kes penyalahgunaan kuasanya sebagai MB Selangor, Khir tidak akan selesa jika buku Lutfi diterbitkan dan Lutfi terus menerus membongkar penyelewengannya itu.

Memang buat masa ini Khir seperti dapat menutup mulut Dr Hassan Ali, tetapi rasa saya, untuk menutup mulut Lutfi ia cukup sukar sekali. Lutfi ada akhbar sendiri untuk tidak henti-henti menjaja segala kes rasuah Khir Toyo walaupun pada akhirnya BPR akan mengisytiharkan hasil siasatannya iaitu Khir tidak bersalah.

Semua orang tahu BPR sepenuhnya di bawah kuasa mutlak Mahathir. Apabila Mahathir mahu Khir dibebaskan maka segala hasil siasatan BPR yang sebenarnya membuktikan Khir bersalah akan dibakulsampahkan begitu sahaja.

Lihat saja isu Meram Holdings yang hampir disenaraihitamkan itu, diberikan projek membina jalan melalui kawasan sawah padi yang termahal kosnya. Meram tak dapat siapkan lima projek sebelum itu sehingga terpaksa diselamatkan oleh kontraktor penyelamat. Dan apabila berjaya Meram menyerahkan sepenuhnya kepada Cabaran Wangsa yang dipunyai oleh kroni terdekat Khir Toyo. Cabaran Wangsa menjalankan projek itu dengan kos RM60 juta sedangkan harga projek ialah RM92.5 juta. Mana pergi RM32.5 juta kalau tidak diagihkan kepada Khir sendiri dan kroninya yang lain.

Begitu juga kes kelulusan tanah di Kuala Langat kepada sekurang-kurangnya empat pemohon yang baru berumur 20 tahun sebanyak 50 ekar setiap seorang. Bayangkan kalau seekar tanah di situ dapat dijual RM100,000 satu ekar maka kalau 50 ekar sudah dapat lima juta. Sedangkan seperti laporan Lutfi, ramai antara mereka yang tidak pun tahu bahawa mereka sebenarnya ada memohon tanah berkenaan.

Ini belum dikira nama-nama kroni Khir Toyo seperti Ahmad Termizi Tejuery, seorang ahli farmasi yang membuka kedai di bawah klinik Khir di Kajang. Termizi dapat tanah 100 ekar di Bukit Cherakah, kawasan utama yang harga tanahnya cukup mahal. Termizi boleh mendapat untung lebih RM20 juta selepas menjual tanah berkenaan, tapi kalau dibangunkan tanah itu lagi banyaklah untung yang dia dapat.

Bukan pula bila saya asyik mengira keuntungan mereka bermakna saya dengki, tidak. Kalau memang rezeki itu diperolehi secara halal, sapulah, lantaklah. Tapi ia dibuat tidak secara telus, hanya mengira siapa kroni dan kenalan rapatnya. Dan lebih malang bila penama-penama yang timbul sebenarnya digunakan oleh Dr Karim Mansor, setpolnya yang pelahap dan rakus projek/tanah itu. Begitu juga nama-nama seperti Dr Azizan Mohamad, taukeh Kilnik Penawar di Serdang yang merupakan antara tempat Karim menyimpan duit rasuahnya. Cubalah periksa akaun Klinik Penawar Serdang, berjuta dikumpulnya dan apakah logik akaun sebuah klinik boleh menyimpan duit sebanyak itu.

kes-kes lain semua dah jadi sejarah bila PM tak ambil kisah dengan segala laporan penyiasatan BPR itu.

Biarlah Khir berasa selamat di bawah naungan Mahathir dan Pak Lah yang mula-mula mencadangkan namanya dulu kepada PM. Sebab itu bila PM rasa tak selesa dengan Khir maka Pak Lah cepat-cepat memujuk PM agar diberikan peluang sekali lagi kepada Khir. melalui Khir, Pak Lah mendapat dana kempen yang cukup banyak, sebab itu Pak Lah akan pastikan Khir akan ketuai BN Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Kewibawaan rakyat akan teruji dengan sikap Mahathir itu. kalau Mahathir boleh selamatkan perasuah besar macam Khir apakah rakyat boleh menjatuhkan Khir yang diselamatkan Mahathir itu? Cabaran itu sebenarnya tertumpu kepada Lutfi, orang yang mula mencetuskan isu rasuah Khir ini. Sebab itu saya percaya Lutfi membuat keputusan yang tepat bila mahu membukukan segala pengalamannya dalam kes Khir Toyo ini.

Saya sebenarnya tidak sabar menunggu kelahiran buku yang saya rasa patut diterbitkan lebih awal lagi.







______________________
Terbitan : 17 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com