MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Ketelusan MB Terengganu

Menarik kalau kita melihat perkembangan kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinam PAS hari ini. Diterajui oleh Ust Hadi Awang sebagai Menteri Besar.

Didalam menilai perkembangan ini kita cuba sebaik mungkin menjadi manusia yang paling ADil kerana ADIL ini adalah sifat yang di cintai Allah dan RAsul.

Kita cuba adil kepada rakyat Malaysia bukan taksub kepada mana mana kumpulan.

Kerajaan Terengganu hanya berusia selama 2 tahun. Setelah Terengganu dimenangi PAS didalam pilihanraya yang lalu. berbagai tomahan yang dilemparkan oleh musuh musuh PAS terhadap kerajaan baru ini. Lebih lebih lagi dibawah era kepimpinan ulamak. Tak perlu lah kita sebut apakah tomahan mereka yang kadang kadang tak seharusnya dilakukan oleh manusia yang diberikan hidayah oleh Allah iaitu islam.

Website dilancarkan seperti alhaqdaily.com untuk melancarkan serangan demi serangan terhadap keburukan PAS seolah olah tidak ada apa yang baik dibuat oleh PAS sehinggakan melupakan kesilapan sendiri. Seolah oleh semua pimpinan PAS diTerengganu adalah perasuah, kaki judi atau kaki perempuan.

Kerajaan PAs yang hanya berusia 2 tahun sebagaimana seorang kanak kanak yang baru pandai berjalan masih banyak kelemahan nya masih tidak tepat susunan perkataan percakapanya. jadi kita perlu menilai dari semua sudut sebelum membuat hukuman.

Kerajaan PAS bukan kerajaan superman semua perkara bolah buat dalam semua masa. sekiranya superman pun tentu nya tidak mampu berbuat banyak kerja dalam satu masa. Oleh itu gunakan akal kita untuk membuat penilaian.

Ingatkan kembali apa yang dibuat oleh kerajaan yang dianggap juara orang melayu 40 tahun yang lampau yang memerintah Terengganu, rakyat Terengganu masih juga miskin,masih juga kena bayar tol walaupun negeri kaya. maka tidak hairan Terengganu mendapat jolokan "negeri kaya rakyat miskin." kita bercakap bukan kerana membela PAS atau membela UMNO kerana rata rata keluarga kita ada dari kalangan umno atau juga penyokong kuat pas. Tapi kita berbicara diatas dasar KEADILAN dan intergriti akal yang dikurniakan oleh ALlah supaya meletakan ditempat yang terbaik.

Jadi kita buatlah penilaian yang baik dan seadilnya

Mungkin kita dapat rasakan beberapa ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap kaum keluarga kita. kalau adapun ianya satu kelemahan yang mesti dibaiki. dan tidak seharusnya melemahkan pegangan kita untuk bersama sama dengan orang orang yang ikhlas yang memperjuangkan islam dan kita menjadi salah seorang dari tenaga pengeraknya.

cuba lah kita fikirkan. mana ada negeri negeri di Malaysia yang Menteri Besarnya turun naik kemasjid mengajar islam kepada rakyatnya disetengah setengah tempat sebulan sekali,di daerah daerah dan masjid negeri samaada bulanan atau mingguan. kecuali Kelantan dan Terengganu.

MAna ada negeri di Malaysia MB nya mengadakan dialoge terbuka dengan rakyat. dimana rakyat berpeluang menhentam Menteri besar dan exco nya dikhalayak ramai. Rakya boleh menyuarakan apa saja yang terbuku didalam hati mereka dan apa saja yang tidak mereka puas hati. rakyat bebas bermuhasabah pemimpin mereka (exco,wakil rakyat dan MB)dan begitu juga sebaliknya.

Di sini mencerminkan kepada kita kepimpinan Terengganu amat telus dan terbuka.

Mana ada negeri di Malaysia yang terbaru nya MB menawarkan kepada BPR untuk bebas menyiasat dirinya, pegawai dan anak buah nya kecuali Terengganu Ada kah ini satu kenyataan yang jahat? Pemimpin seperti mana kah lagi yang kita hendak wahai rakyat Terengganu? wahat rakyat Malaysia? wahai datuk datuk, wahai doktor doktor, wahai Tan Sri Tan Sri

Mana ada negeri yang ditindas duitnya (royalti) dapat membayar hutang kerajaan pusat sebanyak 37 juta baru baru ini.

Fikir lah dan pilih lah samada kita hendakan pemimpin yang membawa kita ke surga atau pemimpin yang membawa kita ke neraka. Dan berlaku adil lah.

Wallahwaalam

Oleh: Perantau







______________________
Terbitan : 2 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com