MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

NEGARA ISLAM YANG SEBENAR

Sejak akhir-akhir ini kerajaan Umno/ Bn semakin galak menganjurkan majlis-majlis berbentuk hiburan dan tarian. Yang terbaru ialah malam Citrawarna Malaysia yang disiarkan secara terus-menerus melalui RTM (Radio Television Mahathir) (TV1) yang dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, turut hadir di malam maksiat itu ialah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri kabinet serta jemputan khas.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, yang diketuai oleh Abd Kadir Sheikh Fadzir, ini turut menjemput penyanyi popular Siti Nurhaliza. Inilah agaknya “AJARAN ISLAM YANG SEBENAR” yang selalu dilaung-laungkan dan yang dikehendaki oleh Dr Mahathir dan para pemimpin Umno. Sebuah NEGARA ISLAM yang selain menganjurkan majlis-majlis seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam dan sebagainya turut menyediakan majlis tari menari, inilah AJARAN ISLAM YANG SEBENAR!!!.

Sedangkan pada hari sabtu yang baru lalu Umat Islam baru sahaja menyambut sambutan Maulidur Rasul, yang turut di rasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah “KEARAH MENGHAYATI KEINDAHAN ISLAM”. Sehari selepas menyambut perayaan Maulidur Rasul yang bertemakan “KEARAH MENGHAYATI KEINDAHAN ISLAM” majlis tari-menari diadakan di Dataran Merdeka inikah KEINDAHAN ISLAM yang dilaung-laungkan oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno?.

Seperti juga bangunan Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di dewan PWTC itulah sering diadakan majlis-majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa selain dari majlis-majlis agama yang dianjurkan oleh kerajaan, di dewan yang sama juga sering diadakan konsert-konsert hiburan, penyampaian-penyampaian anugerah untuk penyanyi-penyanyi dan sebagainya.

Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah NEGARA ISLAM?, inikah AJARAN ISLAM YANG SEBENAR yang dilaung-laungkan oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno? Inikah yang dikatakan KEARAH MENGHAYATI KEINDAHAN ISLAM?, dimana relevannya Menteri di JPM Abd Hamid Zainal Abidin yang mengatakan “sambutan Maulidur Rasul membolehkan masyarakat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w”, adakah Rasulullah mengajar program tari-menari? Lelaki dan perempuan bukan mahram bercampur dan menari di tengah-tengah jalanraya, mendedahkan aurat dan sebagainya, Adakah dalam Islam di ajar itu semua?, adakah ini AJARAN ISLAM YANG SEBENAR?

Firman Allah di dalam Surah ash-Shaff ayat 2&3 “Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?, Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Pemimpin-pemimpin Umno hanya kaya dengan slogan-slogan Islam tetapi kosong dari segi penghayatan. Setiap kali Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tilawah Al-Quran dan sebagainya slogan-slogan Islam direka. Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno berucap di majlis-majlis itu seolah-olah merekalah Ulama’ terulung yang memperjuang Islam (YANG SEBENAR), beberapa jam atau sehari selepas itu mereka menghadiri pula program-program nyanyian dan tari-tarian.

NEGARA ISLAM dan AJARAN ISLAM SEBENAR mana pemimpin-pemimpin Umno ikut??? Jawab Abd Hamid Zainal Abidin!!!. Inilah NEGARA ISLAM dan AJARAN ISLAM YANG SEBENAR ala Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno.

Firman Allah didalam Surah At-Taubah ayat 67 “Orang-orang Munafiq laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggam tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafiq itulah orang-orang yang fasiq”

Umno Dulu, Kini dan Selamanya menipu…

Perdana V6







______________________
Terbitan : 28 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com