MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Syarahan Perdana: SANDIWARA MAHATHIR utk dapat lesen rakyat temui Bush

Syabasy dan terima kasih kepada sdr cikgu nasir KS yang mengulas ceramah perdana di DBP sebijik macam apa yang saya fikirkan dan bercadang nak tulis untuk laman marhaen....tapi 'computer line down' memanjang.....(saya copy and paste tulisan beliau dibawah ini sekali lagi).

Cuma saya nak tambah/ulas sikit beberapa noktah:

1. Seharusnya Dato Fadhil (DF) tidak mengimbau sejarah terlalu panjang tetapi tumpukan kepada peranan kita sebagai umat Islam harus buat dan sentuh tentang tindakan mahathir yang cuba mengelirukan/bersifat munafik ...seolah2 bersama perjuangan palestine tetapi pada masa yang sama memeluk /menyembah kuffar (bush)...pecahkan tembelang mahathir bahawa pemergian beliau ke US bukanlah urusan utama membantu palestine tetapi lebih kepada urusan memperkokohkan kedudukan beliau dan merancang menghancurkan gerakan Islam di malaysia...sepatutnya juga DF menyuarakan juga tindakan BN/UMNO mencekik gerakan Islam, megada2kan KMM (dengan tukar nama dari Mujahidin ke Militan), ISA dll...supaya m'kat memahami tindakan mahathir bukan untuk Islam...telanjangi usaha munafik ini...ini peluang keemasan...(kalau ceramah politik diluar DF berapi2 menghantam UMNO/BN...kenapa DF tidak boleh jadi 'normal person' semasa Sy. Perdana bercakap jangan terikat sangat dgn tex!!!)

2. Kenapa ABIM memilih tarikh syarahan perdana itu beberapa hari sebelum mahathir ke US...dan PAS seharusnya perlu curiga pabila mahathir sudi hadir kepentas tersebut sedangkan selama ini mati2 tak mahu!!!....(sepatutnya PAS minta tangguh selepas lawatan ke US!!!) juga syarahan perdana tidak memberikan ruang soal jawab dari hadirin...untuk huraian...dan mahathir menutup syarahan...itu advantage kepada beliau.

3. DF tidak seharusnya menyambut TANGAN mahathir yang berlumuran darah memali dan cengkaman ISA keatas pejuang2 keadilan/reformasi....kerana tangannya sudah sama dengan tangan Sharon....apa perasaan mereka dlm penjara kemunting dan keluarga mereka!!!

4. Syarah Perdana ini dirancang begitu rupa untuk MENGHALAL kan pemergian mahathir menyembah bush...kerana kononnya mission untuk bela Palestine!!!....adakah ABIM diperalatkan atau ABIM ingin menghancurkan BA kerana dendam kekalahan pimpinan mereka dalam pemilihan pimpinan KEADILAN....atau ada persefahaman untuk balik kepangkuan Mahathir setelah terpelanting dari pimpinan BA??? dan mendapt tempat dlm kepimpinan negara (ini cuma kerisauan saya....maaf bukan nak mengadu domba...cuma kita harus waspada...)

5. Kenapa perlu ada tandatangan persefahaman...adakah agenda ini tidak diberitahu awal kepada DF/PAS....kerana itulah satu tanda tangan MAUT yang disediakan untuk politikal mileage UMNO!!!

6. Akhirnya...PAS/BA mestilah sentiasa waspada dengan TIPU MUSLIHAT mahathir/UMNO/BN......apakah peranan 'think tank' PAS ...adakah program SP ini di SYURA kan dengan komponen BA yang lain spt PRM dan KEADILAN...kerana SP ini bukannya melibatkan image PAS sahaja tetapi juga IMAGE BA....atau PAS terlalu angkoh sehingga tidak mahu merujuk pandangan dari komponen yang lain!!! (ini andaian saja)...tetapi kalau sudah di SYURAkan (dibincang dengan komponen BA yang lain) maka kita anggaplah 'tragedi' ini satu perancangan Allah untuk kebaikan perjuangan ini!!! (Jangan hendaknya kita jatuh dilubang yang sama 2 kali!)

sekian

Pejuang Perihatin







______________________
Terbitan : 15 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com