MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

DAP tuntut Kertas Putih mengenai siasatan BPR

Sonia Randhawa

Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang, menuntut satu Kertas Putih mengenai siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap beberapa orang kenamaan sejak 10 tahun lepas.

Lim memberi contoh kes anak presiden MCA Ling Liong Sik, Ling Hee Liong, yang mengambil alih satu syarikat bernilai RM1.2 billion.

“Pada tahun 1997, saya telah membuat laporan polis kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), bagaimana seorang yang berumur 27 tahun, boleh mengambil alih empayar korporat RM1.2 billion dalam masa yang begitu singkat, sama ada campur tangan...bapanya dalam peranan beliau sebagai menteri. Tetapi sudah lima tahun dan tidak ada apa-apa perkembangan, sungguhpun pada awalnya BPR kata mereka akan siasat dengan serta-merta.”

Dia turut menyenaraikan kes-kes lain yang masih tidak diketahui perkembangannya.

“Dan ada banyak keslah, Anwar Ibrahim sendiri ada buat empat laporan terhadap menteri-menteri kanan, terhadap Daim, Rafidah. AG (Peguam Negara) masa itu, Moktar Abdullah, Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Rahim Thamby Chik, tetapi semua tidak ada apa-apa perkembangan.”

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim berhubung kes pecah amanah yang belum diselesaikan.







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com