MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Saman ekor PDRM

Saudara Pengarang,

Izinkan saya membuat sedikit ulasan terhadap Ops Warta 11 yang heboh diperkatakan itu. Saya tak mahu sentuh perkara yang telah berlaku cuma ingin membawa kepada satu perkara yang boleh diperbahaskan dan bolih dikaji di sudut perundangan terhadap tindakan PDRM itu.

Pertama:-

Saman ekor yang dikenakan kepada pemandu yang dikatakan memandu laju itu benarkah ianya betul-betul tepat? Ini kerana pihak PDRM menggunakan Alat Perangkap Had Laju. Persoalannyan adakah alat itu telah dibuat Kalibrasi ( calibration ) sebelum digunapakai dan berapa kerapkah ianya di kalibrasikan dalam tempoh setahun? Ini kerana saya menjadi keliru dan marah apabila menerima saman ekor dan ditahan kerana memandu laju untuk disaman di Lebuhraya Utara-Selatan dekat dengan Muar. Saya dikatakan memandu melebehi hadlaju sehingga 103 km/j walhal odometer kereta saya menunjukkan sekitar 90 - 92 km/j. Apabila saya bersoaljawab dengan pegawai polis bertugas dia tak jawap dan saya dilepaskan. Tapi saya masih keliru kerana menerima saman ekor ditempat lain. Untuk makluman saya adalah seorang 'pemandu berhemah' dan sentiasa menurut had kelajuan yang ditetapkan dimana-mana jalanraya iaitu sentiasa memastikan meter odometer kelajuan kereta saya didalam hadnya. Apabila kena saman; saya persoalkan tentang ketepatan mesin perangkap hadlaju yang digunakan olih PDRM itu telah dibuat kalibrasi yakni memastikan jika kelajuan yang diperangkap itu sama dengan kelajuan odometer kereta berkenaan.(benchmarking)

Kedua:-

Kecendrongan kereta-kereta mewah dan orang-orang ternama dan bergelar memasang 'crest' (lambang) dihadapan plat keretanya. Ini menimbulkan persoalan terhadap ketelusan anggota PDRM yang bertugas untuk meneruskan saman apabila mendapati kereta yang dipandu laju itu mempunyai 'crest' VVIP, Exco, MP, ADUN, J.P dan pelbagai bintang Anugerah. Apakah rakyat yang mewah seperti ini dibebaskan dari menerima saman manakala rakyat jelata yang marhain terus dikenakan saman? Justeru itu saya syorkan pihak berwajib mengeluarkan satu arahan supaya diharamkan pemasangan 'crest' di bahagian hadapan plat kereta kecuali kes-kes tertentu sahaja.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Benar,

(Rahim Hj. Mohamad Saleh)
Batu Buruk, Kuala Terengganu,
Terengganu.






______________________
Terbitan : 24 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com