Oleh : RAS
http://openmysite.com/firmanallah/
Ekoran dari terdedahnya penerbitan sebuah buku kononnya Siratul
Mustaqiim
yang sebenarnya dakyah para mubaligh di Johor bertopeng Islam dan
al-Quran
baru-baru ini saya percaya ramai di antara umat Islam yang cuba mencari
apa
lagi modus operandi mereka untuk mengelabui umat Islam. Saya yakin para
pembaca bukan Islam dalam mailing list ini boleh menilai dengan jujur
bagaimana terdesaknya pendakwah Kristian yang kononnya menyeru kepada
keharmonian beragama sanggup menipu umat Islam dengan menyamar sebagai
orang
Islam. Secara lojiknya kebenaran bentuk apakah yang dapat kita harapkan
dari
seseorang yang mendakwa menyampaikan 'kebenaran' dengan cara menipu
terang-terangan ?
Kalau diperhatikan isi kandungan website dan buku tersebut ada beberapa
point yang boleh diambil sebagai kesimpulan :
1. Untuk meyakinkan orang Islam bahawa site tersebut sebenarnya adalah
dakwah Islam mereka menampilkan elemen Islam yang biasanya kalau sekali
imbas tidak akan menimbulkan syak seseorang muslim seperti :
-Firman Allah sebagai tajuk ( ini sudah tentu orang yang hidup
dalam
budaya Melayu atau menjadikan orang Melayu sebagai sasaran ),
-Shaikh Abdullah Mohamad sebagai pemilik laman web,
-hyperlink berupa banner makanan halal,
-bismillah dan terjemahan,
-Khat kalimah Allah, 99 nama Allah,
-link ke cyber haj,
-Osama bin Laden, yg dianggap hero oleh sebahagian umat Islam,
-Link, database Al-Quran,
-Islamic Art & Culture.
- Pelbagai link lain bertema jihad, Palestine, matrimonial dsb
Semua perkara di atas adalah umpan untuk meyakinkan seseorang muslim
bahawa
lama web tersebut adalah milik dan untuk kepentingan umat Islam
memperkukuhkan akidah mereka. Perangkap mereka terselit dalam link yang
lain
seperti penjelasan dalam perkara no. 2 berikut.
2. Jika seseorang muslim tidak berhati-hati atau kekurangan asas yang
kukuh
tentang akidah Islam daripada sumber sebenar dan difahami secara mana
sepatutnya maka mereka akan dijebak melalu dengan link-link berikut :
- The Straight Path dalam format pdf yang diterjemahkan dalam
pelbagai
bahasa termasuk rumpun Melayu.
- Link "Bismillahir rahmanir rahim "yang isinya menggambarkan Kasih
Allah sebenarnya adalah melalui Jesus. Ayat-ayat al-Quran ditafsirkan
di
luar konteks untuk menghalakan kefahaman pembaca bahawa Jesuslah yang
dimaksudkan sebagai Penyelamat umat manusia, al-Quran kononnya
menegaskan
Bible dan Torah yang mereka pegang hari ini adalah asli dan
terpelihara.
- Link " What is the true Firman (Word) of Allah?" yang juga
memutarkbelitkan tafsir dua ayat dari Al-Baqarah & Ali 'Imra untuk
brainwash
pembaca supaya kefahaman mereka beralih kepada Jesus sebagai salvation.
- Link "Learn what the Al-Qur'an has to say about the Mercy of
Allah
Ta'ala" dengan maksud yang sama seperti di atas.
- The People of the Book dan banyak lagi link yang lain.
3. Apa yang ketara ialah mereka cuba mengalihkan pandangan orang Islam
daripada menperdalami ketokohan Nabi Muhammad sebagai pembawa al-Quran
kepada Nabi Isa mengikut versi Jesus dalam kepercayaan umat Kristian.
Perhatikanlah selain daripada format audio untuk ayat Al-Quran dan doa,
boleh dikatakan tiada satu patahpun petikan ayat al-Quran yang
diputarbelitkan tafsirannya menyentuh tentang kerasulan Nabi Muhammad
saw.
Saya percaya kemudiannya pembaca muslim akan sedikit demi sedikit
diharapkan
memandang darjat Jesus lebih tinggi dari nabi Muhammad. Kemuncaknya
kelak
barulah mereka menanamkan akidah Kristian seperti memperakui.
4. Ini adalah cabaran kepada umat Islam. Jangan risau dengan modus
operandi
terdesak ini kerana ia akan memerangkap mubaligh Kristian sendiri
apabila
ayat-ayat yang mereka guna dicounter dengan ayat-ayat lain yang akan
memperjelaskan konteks ayat-ayat tersebut menurut kefahaman yang
sebenar.
Sebagai reaksi balas sebarlah pendedahan ini kepada sesiapa sahaja umat
Islam yang jahil dan kurang prihatin di sekeliling anda. Sebagai usaha
membentengi diri, inilah peluang baik untuk kita umat Islam
memperkukuhkan
kefahamana kita terhadap Akidah Islam yang sahih dan memperbetulkan
segala
kekeliruan kita terhadap agama kita sendiri.
5. Kepada sahabat-sahabat Kristian dalam mailing list ini, lihatlah
betapa
bejatnya mentaliti para mubaligh anda yang sanggup menipu umat Islam
semata-mata untuk menyampaikan apa yang mereka dakwa 'kebenaran'. Ini
peluang terbaik bagi anda merenungkan kembali adakah dakyah mereka
tentang
ketuhan Jesus, keutuhanan kandungan Bible, salvation, penyaliban Jesus,
dan
pelbagai inti keimanan Kristiani adalah berasas ? Semoga Allah memberi
petunjuk dan hidayah ke hati nurani anda semua untuk menerima kebenaran
risalah Nabi Muhammad s.a.w.
______________________
Terbitan : 17 Mei 2002
Ke atas
Home