MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Pastikan cawangan PAS setiap lorong & parit

Oleh AHMAD RIZAL SALIH

Ipoh: PAS Kawasan seluruh negeri Perak diminta menubuhkan cawangan PAS di setiap kawasan perumahan, taman, parit, lorong dan jalan bagi menghadapi taktik BN pada masa depan khususnya selepas persempadanan semula kawasan parlimen dan DUN tidak lama lagi, yang dibuat berdasarkan kepentingan politik BN semata-mata.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Idris Hj. Ahmad kepada Buletin Al-Ridhwan baru-baru ini.

Katanya, usaha menubuhkan cawangan di segenap ceruk dan tempat tidak harus dipandang remeh sebaliknya, inilah benteng dan perisai PAS untuk menafikan stretegi BN pada masa depan dalam memenangi pilihan raya.

PAS Perak juga katanya, telah memutuskan setiap satu saluran mengundi akan dijaga oleh sebuah cawangan PAS yang berdaftar. Oleh itu, tegas beliau, PAS Kawasan harus menubuhkan cawangan sebanyak mungkin dan paling minima cawangan ditubuh mengikut saluran mengundi di satu-satu tempat mengundi.

"Kalau ada empat atau lapan saluran mengundi di satu-satu tempat mengundi, maknanya cawangan PAS pun mestilah ada empat atau lapan," tegas beliau.

Bagi mencapai objektif kempen ini, Ustaz Idris mengarahkan PAS Kawasan membentuk Jawatankuasa Pemantau Kempen Penambahan Ahli supaya sasaran kempen dapat dicapai secara lebih efisyen dalam tempoh terdekat.

Katanya, jawatankuasa ini penting bagi mengenalpasti sasaran dan tempoh pencapaian objektif kempen. Terdapat dua kumpulan sasar yang harus ditangani secara efektif iaitu kumpulan anak-anak ahli PAS dan anak-anak muda yang sudah baligh.

Beliau berharap, selain PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan harus memainkan peranan segera bagi mencapai hasrat itu disamping mengatur pelbagai program ke luar.







______________________
Terbitan : 29 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com