MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Kenapa Pelajar IPTA menganggur ???????

Kajian yang dijalankan oleh kerajaan menunjukkan bahawa tiga faktor menyebabkan pelajar IPTA terutamanya pelajar melayu mengangur

1. Kelemahan menguasai bahasa Inggeris
2. Kelemahan berkomunikasi.
3. Tidak menguasai bidang ICT.

pada pendapat saya faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah mengenai keadaan di universiti itu sendiri. Silibus-silibus terkini yang memenuhi keperluan pihak industri adalah amat penting. Sebagai contoh masih ada universiti yang mengajar subjek pengatucaraan COBOL dan PASCAL, bahasa pengatucaraan yang tidak lagi digunakan.

Ada juga universiti yang mengarahkan pelajar menggambil tujuh subjek elektif yang tiada kaitan langsung dengan bidang dengan ICT bagi kursus dan program ICT.

Keadaan fizikal dan makmal-makmal komputer juga perlu diberi perhatian. Kerenah birokrasi perlu dikurangkan supaya peralatan dan perisian komputer di IPTA merupakan peralatan dan perisian yang terkini. Lihat sahaja di universiti mereka mengunakan peralatan dan perisian lama. Sebagai contoh pada masa sekarang dunia ICT mempunyai sistem pengoperasian terkini seperti Windows XP dan Linux tetapi agak malang bagi pelajar IPTA mereka hanya mampu melihat.

Dalam konteks dunia multimedia, komputer I-MAC keluaran APPLE menjadi satu peralatan yang terbaik tetapi masih banyak lagi IPTA yang tidak mampu untuk mengadakan satu makmal khas untuk tujuan tesebut.

Server komputer yang lambat menyukarkan pelajar untuk melayari internet.

IPTA perlu lebih banyak bekerjasama dengan pihak industri seperti menawarkan kursus - kursus profesional seperti MCSE dari Microsoft dan CSNA & CCNA dari CISCO system.

Begitu juga dengan buku-buku rujukan di perpustakaan. Kebanyakkannya adalah buku-buku lama.

Saya menyesorkan agar pegawai-pegawai kementerian datang sendiri untuk melihat keadaan universiti. Ada kalanya indah khabar dari rupa.







______________________
Terbitan : 27 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com