Rata –rata ramai orang berkata bahawa pilihanraya umum
tidak lama lagi. Ada yang kata hujung tahun 2003. Ada
juga kata awal tahun 2004. Tetapi selewat-lewatnya
akhir 2004.
Ini bermakna tempoh untuk parti-parti pembangkang
khususnya Keadilan dan PAS untuk memperkuatkan dan
memperkemas jentera parti tinggal beberapa bulan saja
lagi kiranya inginkan kemenangan dan menguasai pentas
politik tanah air.
Gabungan pembangkang sekarang ini pun sudah longgar
yang mana DAP telah pun keluar dari gabungan itu.
Gabungan yang tinggal tidak harus menjadi lemah dan
terkubur kiranya ada antara sesama parti-parti dalam
gabungan BA bermasalah.
Akhir-akhir ini kelihatanya salah satu parti dalam BA
iaitu Parti Keadlian National menghadapi masalah
dalaman yaitu perletakan jawatan beberapa pimpinan
atasan seperti Dr.Chandra,Zainur
Zakaria,Dr.Hamzah,Yahya Sahri dan puluhan pimpinan
peringkat Bahagian.
Selain daripada perletakan jawatan pimpinan tertinggi
Keadilan peringkat pusat,terdapat juga masalah
kepimpinan Keadilan Negeri Pahang dibawah pimpinan YB
Jefri bin A.Rashid,ADUN Cini,Pahang.
Semenjak YB Jefri mengambil alih jawatan Ketua
Perhubungan Keadilan Negeri Pahang daripada Dr.Wahid,
Keadilan Pahang telah tidak bermaya,tidak bersemangat
seperti orang bisu dan pekak.
Kegiatan-kegiatan parti seperti ceramah,perjumpaan
antara pemimpin peringkat negeri dan bahagian sangat
jarang berlaku.Akhir-akhir ini Keadilan Negeri dan
Bahagian hampir tidak pernah mengadakan ceramah sama
ada bersendirian atau bersama parti dalam BA khususnya
dengan PAS. Terutamanya Bahagian Kuantan,Pekan ,Paya
Besar,Maran,Muazam dll hampir ketandusan ceramah dan
penerangan daripada pemimpin Keadilan Pusat. Satu masa
dahulu Keadilan Kuantan dan Paya Besar yang diketuai
Wan Jusuh adalah antara bahagian yang aktif mengadakan
ceramah
Ketandusan ceramah di Pahang ada kaitannya dengan
krisis kepimpinan Keadilan Negeri Pahang . Ramai
ketua-ketua Bahagian dan AJK Bahagian dan Cawangan
mendiamkan diri dan ada juga meletakkan jawatan kerana
tidak mempercayaai ketokohan,keibawaan kepimpinan
Keadilan negeri sekarang ini yang dipimpin oleh YB
Jefri.Antaranya adalah Wan Jusuh ( Paya Besar),Osman
Talib (Peguam: Rompin),Borhanuddin (Mentakab),Sobri
dan ramai lagi akan meninggalkan Parti Keadilan . Kini
Wan Jusuh telah tidak dapat dihubungi sejak beberapa
bulan lepas. Ada sumber mengatakan bahawa Wan Jusoh
telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Paya
Besar .
Ada juga maklumat mengatakan banyak mesyuarat Keadilan
tidak mengikut peraturan parti . Dan perkara ini
telah dimaklumkan kepada YB Jefri selaku Ketua
Keadilan Negeri dan Pusat.Sehingga kini tidak ada
sebarang tindakan susulan diambil oleh mereka yang
berkenaan.
Ramai pemimpin Keadilan Pahang merasa tidak puas hati
terhadap corak kepimpinan YB Jefri selaku Ketua
Perhubungan Negeri.Mereka juga mencurigai tindak
tanduk dan kesetiaan YB Jefri dalam parti Keadilan.
Pertama YB Jefri telah didapati lebih rapat dan kerap
bersama dengan orang kuat Umno berbanding dengan
pimpinan Keadilan negeri.Kedua YB sangat jarang
mengadakan mesyuarat Perhubungan Negeri dan tidak
memanggil beberapa pimpinan peringkat bahagian yang
dianggap tidak sehaluan dengannya.Ketiga YB juga
seorang yang sukar menerima teguran pemimpin bawahan.
Keempat YB juga tidak mengambil berat terhadap
permasalahan pengundi-pengundi dalam DUN Cini. Banyak
masalah pengundi tidak dapat diberikan
perhatian.Kelima YB Jefri juga kurang mesra dalam
pergaulan harian dengan pemimpin bawah dan pengundinya
sendiri.YB juga seorang yang pendendam.
YB Jefri juga telah memilih Ketua Pemuda Keadilan
Negeri yang baru iaitu saudara Razali Alias.Saudara
Razali Alias adalah Ketua Penaja Keadilan Kuantan.
Sehingga kini saudara Razali Alias masih gagal
melantik AJK penaja Bahagian dan tidak pernah
mengadakan mesyuarat. Ramai ketua cawangan dan pemuda
tidak bersetuju dengan perlantikan saudara Razali.
Mereka lebih suka mendiamkan dan menjauhkan diri
walaupun mereka masih cintakan parti Keadilan.
Menyedari perkara ini,saudara Razali Alias akan
melepaskan jawatan penaja Keadilan Kuantan dan
memberi laluan mudah kepada puan Fauziah Saleh,Ketua
Keadilan Malaysia.Disampaing itu ramai pimpinan
peringkat cawangan di Kuantan juga tidak bersetuju
dengan puan Fauziah mengambil alih Ketua bahagian
Kuantan kerana beliau tidak menetap di Kuantan.
Ketua cawangan-cawangan dan ahli lebih memerlukan
pemimpin setempat yang lebih berwibawa dan mudah
dihubungi .Dikuatirkan kiranya Fauziah berjaya
mengetuai Keadilan Kuantan,maka Keadilan Kuantan akan
hancur. Ramai ketua cawangan mahuan Sdr.Osman Talib
atau Wan Jusuf untu k mengetua bahagian Kuantan.
Oleh kerena itu dicadangkan supaya Presiden atau
pimpinan tertinggi parti segeralah menghubungi bekas
pemimpin penaja Keadilan yang lalu supaya dapat
menggerakakn perpecahan parti dan kembali aktiviti
yang tergendala .
Shukri Bond, Cini
______________________
Terbitan : 4 Mei 2002
Ke atas
Home